Saturday, December 22, 2007

Bom Jangka?


Masyarakat India Malaysia adalah rakyat kelas ke empat kata Naib Ketua Pemuda Gerakan S Paranjothy. Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.


www.malaysiakini.com memaparkan berita kenyataan S. Paranjothy yang menuduh bahawa UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk mendapatkan undi kembali. Beliau menegur mengenai isu pemberian permit untuk berhimpun sebagai tidak adil dengan Pemuda Barisan Nasional akan sentiasa mendapat permit berbanding dengan organisasi lain. Bagi kami apa yang jelas kelihatan adalah semangat Hindraf sebenarnya semakin membengkak dan kini hati-hati mereka semua tersentuh dengan Hindraf.

Kekhuatiran kita adalah apabila Hindraf adalah Masyarakat India Malaysia dan Masyarakat India Malaysia adalah Hindraf. Sungguhpun kita lihat Datuk Hishammuddin yang menerajui Pemuda Barisan Nasional mengatakan tidak ada masalah dalam isu perkauman ini khususnya di peringkat Pemuda Barisan Nasional tetapi nampaknya sekam itu masih berasap dan bakal menjadi api. UMNO terus dilabel sebagai punca dan hari ini UMNO turut dikatakan sebagai parti yang menggunakan sentimen kaum untuk kekal mendapat sambutan dari orang Melayu. Adakah ini benar? Adakah kita orang Melayu percaya bahawa ini benar?

Barisan Nasional mungkin pada hakikat bersatu tetapi adakah sebenarnya sentimen bersatu itu hanya pada kulit dan tidak pada teras. Sebenarnya kerisauan semakin memuncak. Kita lihat segelintir mereka yang menggelar diri mereka Hindraf sudah bangkit dan seakan nampak menerima sokongan. Kita lihat juga kaum lain seperti Cina turut juga memberi sokongan kepada isu “marginalisation” kaum India. Tetapi apa yang nampak adalah semua parti politik – mungkin berjuang kita untuk menang dengan menggunakan aliran perkauman.

Adakah mungkin, bom jangka berdetik semula seperti artikel dalam Dewan Masyarakat keluaran beberapa bulan sudah?
Berikut adalah kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan:
Pemuda Gerakan tuduh Umno api-apikan sentimen perkauman
Dec 21, 07 6:18pm -www.malaysiakini.com

Pemuda Gerakan hari ini menuduhkan pemimpin Umno gemar mensasarkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan menjadikan mereka alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti parti itu di kalangan masyarakat Melayu.

"Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat mereka dalam usaha untuk meningkatkan karier politik mereka," kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy.
Dalam satu kenyataan setebal empat muka surat, beliau berkata, ahli-ahli politik harus dipersalahkan kerana memisahkan rakyat dengan memainkan politik perkauman.

"Saya ingin memetik Perdana Menteri yang berkata bahawa "kadang-kadang mereka fikir ia adalah satu cara yang mudah untuk mendapatkan undi. Tetapi ia bukanlah cara yang betul kerana memainkan politik perkauman akan hanya membakar sentimen perkauman rakyat, jika tidak dikawal, boleh memudaratkan negara kita".

Paranjothy juga membangkitkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam, yang dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan perhimpunan agung PPP Melaka.

Katanya, dalam ucapannya, Naib Presiden Umno tu bukan sahaja menghina PPP tetapi juga menegaskan bahaw PPP boleh keluar dari BN jika mereka tidak gembira.

Menurutnya, Mohd Ali juga mensasarkan parti-parti komponen BN, dengan berkata bahawa mereka juga boleh meninggalkan BN "kerana Umno tidak perlukan parti-parti komponen (BN) untuk menubuhkan kerajaan".

Ucapan Khairy "Tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) - ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Jerlun, telah mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa kaum Cina di Malaysia akan mengambil kesempatan daripada perbalahan dalam Umno untuk kepentingan mereka," kata Paranjothy.

Khairy juga, tambahnya, telah berkata, perpecahan dalam Umno akan melemahkam parti tersebut dan ia akan membuka jalan kepada kaum Cina di Malaysia untuk membuat pelbagai tuntutan untuk faedah masyarakat mereka.

"Juga tahun lalu, ahli-ahli Pemuda Umno bahagian Tanjung, telah membawa kain rentang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dituduh mengabaikan orang Melayu, di depan Perdana Menteri sendiri, dengan memberi kata dua, cuba menjatuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, kata Paranjothy, telah menghunus keris dalam perhimpunan agung Umno 2004, dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya jangan mengancam "hak orang Melayu" dan mempertikaikan kontrak sosial.

Baru-baru ini, katanya, Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros pula menggesa, antaranya, supaya dibuang tanda salib dan patung Kristian di sekolah-sekolah mubaligh.

Di samping itu, kata Paranjothy, Datuk Seri Hishammuddin dikatakan telah berkata, Umno tidak perlukan sokongan pengundi Cina dan India untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang kerana jumlah orang Melayu sudah 60 peratus.

Khairy pula, katanya, sewaktu perbahasan dalam agung Umno baru-baru ini berkata"hari ini untuk pertamakalinya, ucapan Presiden Umno tidak dapat dibaca oleh orang ramai kerana kumpulan etnik tertentu menguasai pengedaran akhbar dan mereka sedang bercuti". Keputusan berunsur diskriminasi Perhimpunan agung Umno yang lalu berlangsung sewaktu sambutan perayaan Deepavali.

Menurut Paranjothy, Umno gemar memainkan isu-isu sensitif di kalangan masyarakat dan kenyataan serta keputusan yang dibuat ahli politik Umno berunsur diskriminasi dan banyak mengandungi unsur-unsur penghinaan perkauman.

"Jadi, siapakah yang memainkan politik perkauman di Malaysia? Mengapa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Awang Selamat dalam Utusan Malaysia kerana kenyataan yang berbau perkauman dan menghasut dalam kolum Bisik-Bisik pada 20 November 2007.

"Setahu saya, tidak ada keistimewaan khas diberikan kepada akhbar bahasa Melayu ini. Jadi siapakah yang menyebabkan perpecahan kaum?" soalnya.

Paranjothy turut menyentuh satu temubual dalam akhbar New Straits Times pada 12 Disember 2007, di mana Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia yang antara lain dilaporkan berkata "tidak ada orang yang boleh berkata bahawa tidak ada yang mendapat peluang yang sama rata. Saya dapat. Saya menjadi bukti bahawa kita boleh".
"Dalam kontak ini adalah mengecewakan kerana AirAsia telah mengadakan program latihan khas untuk anak-anak peneroka Felda yang layak untuk dilatih menjadi juruterbang. Mengapa tidak ada program seumpama itu bagi orang India dan Cina yang juga rakyat negara ini?" soalnya.

Beliau turut menyentuh tentang Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, ketika orang Melayu hanya memiliki 4 peratus ekonomi Malaysia dan keistimewaan orang Melayu diperluaskan meliputi bidang-bidang lain manakala kuota telah ditetapkan untuk Bumiputera mencapai sasaran 30 peratus dalam ekuiti korporat.
Artikel 153
DEB, menurut Paranjothy, sepatutnya memberi keutamaan untuk membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum. Baru-baru ini, tambahnya, "Little Napoleons" dalam kerajaan telah mengarahkan syarikat-syarikat multinasional di negara itu supaya mengambil kakitangan peringkat kanan, berasaskan kepada bangsa.

"Jawatan kanan, dari jurutera ke atas, berasaskan kepada kuota 45% Melayu, 35% Cina, 17% India dan 3% lain-lain. Saya percaya DEB hanya untuk orang miskin dan bukan untuk semua orang dari satu kaum sahaja," katanya.

Menurutnya lagi, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi hak-hak dan keistimewaan kepada orang Melayu yang mendiskriminasikan kaum lain, seperti:
Sekolah berasrama penuh untuk bumiputera sahaja.
Program matrikulasi untuk bumiputera bagi kemasukan ke universiti awam dengan pembelajaran yang mudah, sedangkan bukan bumiputera terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi, kuota ditetapkan untuk kursus-kursus kritikal (profesional), yang kurang pelajar bumiputera.

Biasiswa kerajaan tidak diberikan mengikut merit.

Bukan bumiputera tiada peluang untuk menyertai perkhidmatan awam dan peluang kenaikan pangkat, yang didominasi oleh bumiputera. Bukan bumiputera tidak diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam badan-badan kerajaan seperti tentera, polis dan perkhidmatan awam (jeneral dalam tentera, ketua polis negeri, ketua polis negara, naib canselor di universiti awam, gabenor bank pusat, ketua hakim, ketua pengarah, pengarah dalam perkhidmatan awam).

Kontrak kerajaan diberikan kepada bumiputera tanpa melalui (proses) tender.

Diskaun diberikan kepada bumiputera untuk membeli kenderaan dan hartanah.

Perhimpunan dan demonstrasi

Mengenai perhimpunan awam pula, Paranjothy berkata, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum ada berkata, permit dikeluarkan jika ia berfaedah kepada masyarakat dan 'bukan untuk keadaan yang menimbulkan masalah" di mana pihak berkuasa akan mengkaji permohonan permit secara terperinci sebelum membuat keputusan.

"Saya telah mengambil bahagian dalam demonstrasi dan perhimpunan anjuran Pemuda Barisan Nasional, yang diterajui oleh Pemuda Umno untuk menyerahkan memorandum mengenai ketidakpuasan kami terhadap isu-isu tertentu yang berlaku di luar negara yang saya percaya tidak memberi faedah kepada masyarakat Malaysia.

"Adalah Pemuda Barisan Nasional mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan atau demonstrasi. Pernahkan permohonan mereka untuk mendapatkan permit telah ditolak oleh pihak berkuasa.

"Kerajaan nampaknya berat sebelah dalam pengeluaran permit untuk mengadakan perhimpunan awam. Barisan Nasional memulakan budaya demonstrasi dan orang lain telah mengikut jejak langkah mereka," katanya.

Menurutnya, ribuan masyarakat India Malaysia telah menyertai perhimpunan pada 25 November lalu di depan Suruhanjaya Tinggi British.

"Mereka menyertai demonstrasi itu kerana ia merupakan satu peluang untuk mereka menyuarakan kekecewaan dan kemarahan berhubung layanan terhadap mereka.

"Masyarakat India tertekan, terpinggir, tertindas dan tidak diperdulikan. Di segi ekonomi mereka merupakan kumpulan yang paling ketinggalan di Malaysia. petunjuk-petunjuk prestasi utama bagi masyarakat India telah merosot manakala bagi rakan-rakan mereka dari kaum lain meningkat," katanya.
Jangan guna statistik
Menurut Paranjothy lagi, mereka juga tidak medapatkan bahagian mereka dalam bidang pendidikan tinggi atau dalam profesyen-profesyen yang lain.

Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat.

"Dasar-dasar kerajaan gagal menangani isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India," tambahnya.

Memandangkan kerajaan telah mengakui bahawa kaum India perlu dibantu dan bersedia untuk membincangkan masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi mereka, maka katanya, kerajaan tidak seharusnya menggunakan statistik untuk membuktikan bahawa masyarakat India lebih baik dari kaum lain.

"Sebabnya ialah kita tidak tahu metodologi dan kesahihan statistik tersebut. Kita jangan lupa bahawa kerajaan menolak laporan ASLI bahawa matlamat DEB telah lama dicapai oleh masyarakat Melayu," tambahnya.
Walaupun laporan itu dibuat oleh seorang bekas pakar ekonomi Bank Dunia, kata Paranjothy, seorang Naib Presiden kanan Umno menyifatkanya sebagai mengarut.

Paranjothy memetik kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam (kiri) dalam sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut bahawa masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini adalah benar.

Menurut Musa lagi, kata Paranjothy, walaupun ada sebuah parti yang mendakwa mewakili kaum India, tetapi jelas sekali, mereka tidak puashati kerana menganggapnya sebagai tidak berkesan".

21 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Ya. Saya sokong pendapat Paranjothy dan Pemuda Gerakan bahawa UMNO adalah parti perkauman yang menggunakkan isu isu perkauman untuk mengekalkan sokongan mereka dari kalangan orang Melayu.

Kalau betul UMNO bukan parti perkauman dan tidak bergantung kepada sentimen perkauman, mereka tidak perlu menyuarakan "kegelisahan" orang Melayu di media massa.

Kalau benar Barisan Nasional mempunyai saluran saluran tertentu dan "perkara sensitif harus dibincang dalam spirit Barisan Nasional di mesyuarat BN " , kenape saluran saluran ini hanya digunakan oleh parti komponen yang lain dan bukan UMNO ?

Kenapa UMNO mempunyai hak menyuarakan kegelisahan mereka terus kepada media massa dan tidak melalui saluran saluran tertentu. adakah saluran ini hanya itu parti komponen lain atau adakah ini kerana UMNO biadap ?

4:44 PM  
Blogger Silentrader said...

Di harap UMNO dan orang melayu usah layan kerenah seperti ini. Hak keistimewaan Melayu cuba dipolitikan dengan cara sentimen perkauman. Jika dilayan habislah hak-hak kita sebagai orang melayu. Kita sebagai melayu sepatutnya usah mempersoalkan kenyataan-kenyataan menteri kita berkenaan sentimen perkauman seperti yang dipersoalkan oleh Paranjothy. Jika kita mempersoalkan kenyataan menteri2 kita bermakna kita cuba bersongkokol dengan s.paranjothy. tidakkah anda sayang kepada bangsa anda sendiri. Sehingga sekarang Umno bekerja keras untuk menjaga hak orang melayu tetapi hari ini kelihatan ada pula orang melayu yang bersongkol dengan dengan bangsa lain seperti menidakkan hak melayu. Tolonglah orang melayu jangan cuba memberi semangat kepada bangsa lain untuk terus memberontak

6:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya yakin Paranjothy akan dihadapkan kepada whip atas kenyataan beliau. kalau BN benar benar berjuang untuk Malaysia mengapa tidak merenung perkara -perkara yang diajukan. memang benar UMNO menggunakan isu perkauman Melayu yang sangat sensitif berkenaan 'ketuanan Melayu'. Sebab itu agaknya pemimpin UMNO boleh kata apa sahaja tanpa di kaitkan dengan 'penghasutan' di bandingkan dengan pemimpin lain termasuk ahli BN. Terlalu banyak perkara berlaku yang melibatkan SMS palsu dsb yang jelas menunjukan pihak tertentu tidak diambil tindakkan langung. Malaysia mengamalkan pilihkasih di semua peringkat. Bukan sahaja dari segi ekonomi tapi dari segi kebebasan bersuara dan semua aspek lain. Ini samalah dengan penindasan berdasarkan bangsa dan agama. Apakah nama amalan seperti ini?
Dalam zaman moden ini bukti untuk menuduh seorang pesalah boleh didapatkan dengan berbagai cara untuk melalui proses undang-undang yang terbuka. Tertuduh boleh diberi peluang untuk membela dirinya. Adakah Malaysia tidak percaya dengan sistem undang-undang atau kerajaan berasa sangat 'berkuasa' sehingga tak perlu mengikut kaedah yang normal. Perkara seperti ini hanya boleh berlaku kerana kerajaan berkuasa sudah sedia menghasut puak -puak tertentu untuk mengangkat senjata bagi pihaknya. Itulah kaedah UMNO menggunakan isu perkauman.

Samseng-samseng digunakan oleh ahli politik untuk menuduh 'musuh' mereka. Termasuk menyerang restoran yang berlaku baru- baru ini. Cubalah lihat bagaimana mesyuarat MIC dijalankan. Yang memerintah boleh ada perlindungan samseng sendiri. kalau keadaan mendesak, mereka gunakan samseng sendiri untuk melakukan perkara tak senonoh dan mengkaitkan 'musuh' mereka.
Teruknya politik perkauman di Malaysia. Kalau bagini Malaysia tak kemana walau dalam 1000 tahun!

7:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bagulah tu Rizan. Jangan layan! Mereka tu tak penting.Bukan manusia sebab tak sekulit dengan awak.
Orang Indonesia baru satu generasi boleh jadi menteri Besar. Itu boleh orang lain dah tinggal 4 generasi masih tak perlu dilayan bila persoalkan perkara keperluan asas seperti ekonomi, pelajaran dan tempat beribadat.
Kalau seseorang itu benar- benar Islam (seperti yang saya ketahui- adil & saksama)awak akan perlu jawab kepadaNya atas tindakan awak itu. Dunia ini untuk sementara sahaja. Awak tak boleh bawa apa -apa dengan awak. Masa itu tak ada ketuanan melayu yang akan selamatkan awak!

7:22 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tiada kaum yang disisihkan di negara ini. Hanya mereka yang gilakan nama dan kuasa sahaja yang timbulkan api perkauman. Kaum India seharusnya menunjukkan kepada negara akan kebolehan dan kemampuan mereka dalam menempuh cabaran masa kini.

Jika UMNO dikatakan parti perkauman, macamana pula dengan PAS, MIC, MCA, Gerakan, PPP dan sebagainya lagi parti-parti lain di negara ini.

Jika tiada perasaan perkauman diantara kaum-kaum di negara ini, sudah pasti parti-parti tadi tidak wujud di negara ini. mereka juga memperjuangkan hak-hak kaum mereka.

Sesiapa sahaja yang berada dalam parti masing-masing akan bercakap mengenai bangsa mereka. Jika mereka berhenti bercakap pasal bangsa mereka, lebih baik mereka keluar sahaja dari parti yang mereka sertai itu.

Kaum India mempunyai peluang yang sama rata dengan kaum-kaum lain di Negara ini. Tiada diskriminasi kaum dalam negara. Hanya orang politik yang tamak sahaja yang bangkitkan hal ini.

Jika UMNO (Orang Melayu)itu melakukan diskriminasi terhadap bangsa india sudah pasti tiadanya cerdik pandai dari kaum India di negara ini yang telah dapat berdiri dengan kaki sendiri seperti saudara Paranjothy, Mr. Samy Vellu dan sebagainya.

Kaum India perlu menilik muka sendiri di cermin sebelum membuat tuduhan yang melulu.

9:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

Sudara hanya akan tahu jika saudara dalam golongan bangsa lain di malaysia. Di Malysia disriminasi itu satu amalan yang di jadikan legal(halal!).
Peluang sama rata? Awak dimalaysia ke atau di mana? Awak akan tahu bila awak papa kerana ..anak dapat semua A tapi tak ada biasiswa ..sebab?? Alangkah baiknya kalau semua rakyat miskin dapat diskaunt beli rumah. Hanya kerana bangsa ada jutawan boleh dapat diskaun! Peluang sama rata?
Samy Velu jadi contoh! Lagi pun berapa Sami velu yang ada? Kalau bangsa itu ingin maju dia patut berdikari dan bantu yang lemah. Bila satu bangsa itu jadi gila kuasa dan gila kekayaan tanpa mengira kesusahan yang di hadapi oleh manusia lain...apakah itu namanya? sudah tentu itu bukan ajaran mana-mana agama.
Saudara tahu apa itu masalah sosial? Apa puncanya? Kenapa orang nak bersuara. Ingat merekatu tak ada kerja lain? Suka kena tembak dengan gas pemedih mata dan dituduh membunuh? Kenapa tak di hadapkan ke mahkamah kalau seseorang itu bersalah. Bila polis tembak bunuh orang ..kenapa tak ada siasatan? Kenapa orang dalam tahanan polis boleh..hilang?
Cuba fahami dasar negara sebelum cakap. Alangkah baiknya kalau awak tahu apa itu hak manusia. Apa nak buat kalau ada orang yang suka duduk bawah tempurung dan kata dia tahu segala gala nya.

10:59 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya kurang pasti. Kalau ada yang tahu cuba periksa perkara ini. Benar Tiada diskrimnasi di Malaysia?
From the below message we know that the goverment never give us equal right.
Facts from - Malaysia
Are all these facts true?
Can we celebrate Malaysiaku Gemilang (50th Independence ) when the
country we are suppose to defend and love treats non-Malays differently?
The list below covers a period of 49 years since Independence Day in
Malaysia , since 1957.
Banks
1. Out of all the 5 major banks in Malaysia , only one bank is
multi-racial, the rest are controlled by Malays.
PETRONAS
2. 99%of Petronas (the only one petroleum company) directors are
Malays.
3. 3% of Petronas employees are Chinese.
4. 99% of 2000 Petronas gasoline stations are owned by Malays.
5. 100% all contractors working under Petronas projects must be “bumi’s
status” (Malay).
CORPORATE PRACTICE
6. 0% of non-Malays staff are legally required in Malay’s companies.
But there must be 30% Malays staff in Chinese companies. And big
companies in Malaysia require a 51% shareholder Malay hold as director status.
Which this mean non-Malays own company needs to give their property to
Malays. And non-Malays citizen can’t really own their business.
CIVIL SERVICE
7. 5% of all new intake for government police, nurses, army, are
non-Malays.
8. 2% is the present Chinese staff in Royal Malaysian Air Force (RMAF),
drop from 40% in 1960.
9. 2% is the percentage of non-Malays government servants in Putrajaya
( Malaysia main government office). Malays make up 98%.
10. 7% is the percentage of Chinese government servants in the whole
government (in 2004), drop from 30% in 1960.
GOVT. CONTRACTS AND OTHER GOODIES
11. 95% of government contracts are given to Malays; even it is an
open tender. Non-Malays contractors tender the lower price and use better
materials can’t get the contract that government given.
12. 100% all business licensees are controlled by Malay government
e.g. Taxi permits, Approved permits, etc. and all the license are given to
government officer families.
13. 80% of the Chinese rice millers in Kedah (north of peninsular
Malaysia ) had to be sold to Malay and controlled by Bernas (Government
Org.) since 1980s.
14. 8000 billions Ringgit is the total amount the government channeled
to Malays pockets through ASB, ASN, MARA, privatization of government
agencies like Tabung Haji etc, through NEP over 34 years periods.
SCHOOLS
15. 48 Chinese primary schools closed down since 1968-2000
16. 144 Indian primary schools closed down since 1968-2000
17. 2637 Malay primary schools built since 1968-2000
18. 2.5% is government budget for Chinese primary schools. Indian
schools got only 1%, Malay schools got 96.5%
EDUCATION
19. Chinese parent with RM1000 salary (monthly) cannot get
school-text- book-loan, and a Malay parent with RM2000 salary is eligible.
20. 10 all public universities vice chancellors are Malays. And
politics in universities are held by Malays. If non-Malays want to form a
politics parties, there is no way to get approved.
21. 0 Chinese or Indians were sent to Japan and Korea under “Look East
Policy”.
22. 128 STPM (High Study / A Level) Chinese top students could not get
into the course that they aspired to i.e. Medicine and doctors (in
2004). Malays with no qualifying results can get into the course.
POPULATION STATISTICS
23. 25% Malaysian Chinese population in 2004, drop from 45% since 1957
because no government support for non-Malays.
24. 7% is the present Malaysian Indians population (2004), a drop from
12% since 1957.
25. 2 millions Chinese Malaysians had emigrated to overseas since 40
years ago due to unfair politics.
26. 0.5 million Indians Malaysians had emigrated to overseas.
MIGRATION
27. More than 3 millions Indonesians had migrated into Malaysia and
became Malaysian citizens with Bumi’s status.
28. 600,000 Chinese and Indians with “red I/C” (a temporary identity
card) were rejected repeatedly when applying for citizenship for 40
years. This shows racism of how easily Indonesians got their citizenships
compare with the Chinese and Indians.
29. 5% - 15% discount for a Malay to buy a house.
PLACES OF WORSHIP/RELIGION
30. 0 temples/churches were built for housing estate. But every
housing estate MUST have at least one mosque/surau.
31. 3000 mosques/surau were built in all housing estates throughout
Malaysia since 1970 with full government support. No temples, no churches
were built in housing estates that were supported by the government.
32. 1 Catholic Church in Shah Alam took 20 years to apply to be
constructed. But told by Malay authority that it must look like a factory and
can’t look like a church. Still not yet approved since 2004.
33. 1 publishing of Bible in Iban language banned (in 2002).
OTHER
34. 12% is what ASB/ASN got per annum while banks fixed deposit is
only about 3.5% per annum.

11:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tertinggal bahagian ini dari posting (dibawah)saya sebelum ini.
Jangan naik baran rakan rakan saya yang Melayu. Kita sama orang malaysia. Jangan aniya sesiapa. Bumi ini cukup luas untuk kita semua. janganlah kita anggap ini untuk selamanya pula.
kalau kita berbaik Tuhan akan balas budi kita... Tolonglah orang lain yang lemah tanpa lihat warna kulitnya dulu.


There are hundreds more racial discriminations in Malaysia to add to this list of “colossal” racism. It is hope that the victims of racism will write in to expose racism.
Malaysia government should publish statistics showing how much malays had benefited from the “special rights” of malays and at the same time tell the statistics of how much other minority races are being discriminated.
Hence, the responsibility lies in the Malaysia government itself to publish unadulterated statistics of racial discrimination.
If the Malaysia government hides the statistics above, then there must be some evil doings, immoral doings, shameful doings and sinful doings, like the Nazi, going on onto the non-malays of Malaysia.
Civilized nation, unlike evil Nazi, must publish statistics to show its treatment on its minority races. This is what Malaysia must publish……….
We are asking for the publication of the statistics showing how “implementation of special rights of malays” had inflicted colossal racial discrimination onto non-malays.
Comment by human book | Friday, September 14, 2007

12:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

Orang India mula melampau

Saya benar-benar tidak setuju dengan Hindraf. Saya rasa Hindraf adalah antara kaum India yang tidak sedar untung mereka di sini. Mereka hanya mahu sesuatu menjelang pilihan raya ini.

Kalau mereka mahu sesuatu kenapa mahu ambil dari hak orang Melayu. Kenapa persoalkan apa yang ada pada Melayu - tak kisahlah kalau melayu itu dapat atau tidak hak yang dikatakan TETAPI POKOKNYA jangan persoalkan HAK KAMI.

Kalau mereka nak minta tambah sekolah Tamil mintalah .. apa hubungkaitnya dengan hak orang Melayu.

Kalu mereka nak minta Universiti mintalah kenapa nak soalkan hak Melayu masuk universiti.

Mereka perlu sedar bahawa mereka patut diberi mengikut peratus kehadiran mereka dibumi Malaysia.

Dengan kedudukan mereka yang minoriti kuil mereka banyak...nampak aje pokok besar buat kuil lepas itu besarkan dan bila sudah itu minta ganti rugi dan minta kuil baru. Ini strategy yang tidak bermoral.

Saya lihat kalau mereka marah hentamlah Samy Vellu dan kenapa hendak hentam Melayu.

Saya minta kerajaan kendurkan segera tuntutan mereka yang sebenarnya mahu memulakan api perkauman.

Lepas tindakan ISA yang aku rasa patut dikenakan pada India Hindraf itu keadaan tidak juga kendur.

Ini semua kerana Hindraf kini mengakui mewakili orang India di Malaysia dan ini pula disokong oleh kaum lain termasuk parti politik Gerakan.

Melayu harus jangan dok leka aje. Kita mesti desak kerajaan untuk memastikan mereka yang keluar dari batas tuntutan di penjara-kerana cuba kucar kacir keselamatan dalam negara ini.

Tidak salah kalau saya katakan bahawa Hindraf bukan masyarakat India Malaysia dan Hindraf bertindak biadap.

12:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kita bodoh kalau takut dengan paranjothy. Dia penganut hindu yang mahu mengharamkan penyembelihan lembu jika berkuasa. Jadi apa kita peduli. Ini adalah peperangan antara orang melayu dengan kaum pendatang. Mereka cuba menguatkan budaya mereka di tanah melayu. Mereka tak suka cara hidup melayu.
Mereka mahu kebebasan untuk paderi kristian dan sebagainya.

Katakan saja UMNO memang parti untuk melayu.. united malays national organisation ia bukan parti liberal malaysia.

Apa yang dihairankan. Apabila mereka faham baru mereka tahu umno untuk melayu..

kalau mahu malaysian malaysia tubuh parti negara..

1:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

Siapakah orang yang terkaya diMalaysia? Ananda Krishnan? Keling hindu.. jadi ini bermakna sudah lah ada yang terlampau kaya, keling2 yang lain pun mahu sama kaya dengan ananda krishnan.. bagaimana ini boleh terjadi..

Begitu juga robert kuok dapat monopoli gula dengan aset 20 bilion, lim goh tong tauke judi kawan baik dollah badawi 14 bilion.

Orang melayu tertindas dan tertinggal dibumi sendiri...

90% kekayaan ditangan orang asing.. perjuangan belum selesai.. hapuskan hindraf dan panjothi dari bumi malaysia!!

Orang cina lagi bahaya tamak dan tak berugama mereka sanggup buat apa saja untuk mengaut harta.. mereka hanya mementingkan kaum mereka sahaja.

Awas kepada racist seperti panjorthy dan lim kit siang..

1:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Who is racist? See how you start ur sentence my friend. Anantha Krishan sure..all quote him. Does he represent all Indians. All ur UMNO poiliticians got loads more.Only they wont show. Black moneylah katakan.
U be a good and address the issue. Don't divert.If you ask me malaysia is the biggest racist country in the world. Where discrimination is legalised.So don't specify anyone. Only hen a non Malay opens his mouth he is called racist but each one like you do it daily. I have seen all my life when a Chines dies, they say China mampus. I have lots of malay friends. At time they forget i am there and say it. So tell me who is a racist? Look t the parliment sessions. Do they dare telecast it live. Sure they won't.The true colours of the MP will be out in the open.
Its really pointless talking to people who don't use the God given brain rationally. What do u expect from people who survive on government handouts and don't qualify because of merits!!!

2:17 AM  
Anonymous Anonymous said...

come on ...smua parti dlm Bn hidup dengan sentimen perkauman terutama bila nak pilihanraya atau bila ada masalah dalaman. sbb tu parti yg tak berteras kaum tak mndapat tempat dalam BN. hakikat yg kita lihat sekarang ketidak puasan hati rakyat kepada UMNO dah melangkaui smua kaum. bagus atau tidak kepada org melayu hakikat yg sebenar UMNO skrg mmg dah rosak dan mmbuat rakyat meluat dengan hipokrit yg ada pada pimpinan mereka. berlakon berjiwa rakyat dan dlm masa yg sama memerah keringat rakyat utk membina kekayaan, klu kat kampung2 projek besarkan jalan atau parit sesama mereka bergaduh berebut apatah lagi klu hal2 keuntungan yang bernilai berjuta2.

12:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

UMNO = BABI

12:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

kau tahu kau datang dari hutan mana? Mungkin nusantara.....Sekurang-kurangnya kami tahu asal kami. Tak menumpanglah..kau pun sama menumpang dengan orang asli yang kau buli. >50% orang kau darah India...budaya kau bahasa kau India..mana ada budaya kau? Kami diajar hormat orang. Kalau nak bicara cara baik Tak payah guna bahas kesat. Itu tanda orang berbudaya tak macam kau!

2:21 AM  
Anonymous Anonymous said...

So long as the people do not care to exercise their freedom, those who wish to tyrannise will do so; for tyrants are active and ardent, and will devote themselves in the name of any number of gods, religious and otherwise, to put shackles upon sleeping men. – Voltaire
When I despair, I remember that all through history the way of truth and love has always won. There have been tyrants and murderers and for a time they seem invincible, but in the end, they always fall - think of it, ALWAYS. - Gandhi

Be kind to others. Its worth a lot more and is a lot harder to be friends.

2:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hindu Rights Action Force (Hindraf) have submitted their dissatisfaction against the ruling government Barisan Nasional, lead by Umno. That’s the actual fact, but a lot of Malaysians have misunderstood on what’s happening over here. Most of us have the thought that Hindraf is against the Malays. Meanwhile its not, they are against the discrimination of their community who have been suffering for the past 50 years, obviously the special privileges given by the government to the Malays came as a comparison. Hindraf is against the rules and privileges (which are not fair at all) allocated by the government and not against the Malays itself. Hope you all have noted the actual truth.

Malaysia is well known as a multiracial country, we lived as brothers and sisters for decades under one roof, and nobody can deny it. I am sure we are still living as the same. As soon as the Indians wake up to raise their voice for their rights as a Malaysian, the statement above comes to a question mark. This is a big misunderstanding among us (Malaysian) happened. Most of us assume that Hindraf is trying to create racial disharmony among Malaysians. In fact there is no such thing happened, they did not claim anything racial or against our Malays. I would like to request to you all, please do not post comments (anywhere) which are offending any races. By doing that you are contributing for the things to be more critical.

Well, the person to be blamed for this is none other than our respected Malaysian mass media. Almost every local channel in Malaysia aired fake news regarding the Hindraf rally as well as the following updates. The real culprits behind the scenes are local politicians. All the Malaysian has been fooled by the game played by your politicians to secure their position. The media is under full control of the politicians, it’s totally against their profession. If any foreign media reveal the truth, they will condemn them by saying that they are creating hype or producing fake news.

Terrorism

I could say that, there is no such artist could have a greater imagination than our government. What a superb trick to put the 5 activist under ISA, hats off to you all. BUT where is the truth? Maybe you don’t need a truth, because the court is under your control too. I really appreciate their effort to “decorate” a peaceful gathering, as a group of peoples linked to terrorists. Once again they have used the media to spread the stupid news and fool the Malaysian. Even tough they are producing fake news, please don’t ever let you involved in terrorism and provide proof for their story. Ahimsai vellum nanba!!

The latest trick of the government is to “scare” the Indians by creating hype that Hindraf have the links to terrorism and trying to back them off. To the Barisan peoples who are reading this, the era of uneducated Indians who lived in the estates and keep on nodding for your words is gone. We gone through the revolution, no more uneducated stupid Indians are here; don’t expect us to be your slave anymore.

On the other hand, our politicians plays another game with the Malays by inciting (menghasut) them that Indians are being racist and trying to undertake the privileges given to them. “The anger of the Malays is under control” and “Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil parang” both of these headlined statement given by the racist political crooks, who were blaming that Hindraf is racist. The purpose for those statements is, to boost up the spirit of the Malays to against Hindraf as well as Indians and grow the anger of Indians against the Malays. I just get to know that inciting is also a part of a politician’s job.

For the Malaysians, please do not let yourself fooled by the political tricks of the politicians. We are matured and educated enough to judge the truth and lies. Hindraf have approached in a peaceful way, but the politicians of the ruling government who are scared of losing their seats, have blamed them and charge them with irrelevant cases. Last but not least, again I would like to insist that don’t let yourself confused, Hindraf and the followers are not against the Malays brothers and sisters. We are against the government (including MIC) who are being so cruel and discriminating the Indian community. Don’t simply believe the words of the politicians, better to be named as liars. Now we have realized the reality behind our government and their nasty games, one day you people (BN fanatic supporters) will also realize it BY: Kumaresh-n


Popularity: 2% [?]

6:16 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hindraf is a liar ... total blatant liar !!! All they way Hindraf tell to international media is indian been ethnic cleansing and they temple is destroy every weeks .. what a liar !!!

Hindu temple is demolish because its build in someone land !!! Surau also will be demolish if its illegal and build in someone land !!! refer to Kg Jawa ... and also Shah alam .

But this temple its not total demolish .. goverment move it to another legal land ... and Selangor goverment had legalised many Illegal temple !!!!

Its hindu can build their temple without rule of law and even in someone land ???

And this Paranjothy is just like to blame only - Indian is being marginalised by they own race .. remember kasta thing .. its still alive in Malaysia ...

8:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

From your writing its clear you cannot even write correct understandable English. So I can understand that you do not understand the subject.
Everyone is telling lies in our eyes. Ok.Be it! Thats the only qualification and spirit needed for the future UMNO leaders....

5:41 AM  
Blogger Kamalkamal said...

Sdr. Anuar,

Dari segi sejarahnya, Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu. Maknanya Malaysia ini merupakan pusaka orang Melayu. Mengapa hak orang Melayu dipertikaikan? Sedangkan bangsa lain juga terus mendapat hak sebagai warganegara dalam mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing. Manakala status ekonomi orang Cina dan India adalah lebih baik berbanding orang Melayu itu sendiri.

Tak kira apa juga bangsa kita, seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi hari ini. Kalau nak marah kepada parti politik cari pemimpinnya, merekalah yang mencorakkan kepimpinan politik Malaysia hari ini. Orang India cari Sammy Vellu...jangan salahkan bangsa lain. Jangan api-apikan sentimen perkauman.

Kita tidak mahu negara yang aman damai ini dihancurkan oleh segelintir pemimpin yang berkepentingan tak kira bangsa apapun. Jangan korbankan masadepan anak cucukita. Buang jauh-jauh manusia yang berkepentingan.

9:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

hahaa!!!!!!!!
cakap orang politik....
pilihanraya dah dekat.....

10:59 PM  

Post a Comment

<< Home