Monday, November 20, 2006

Tamat sudah perhimpunan Agung UMNO


  • Akan benarlah tulisan Yahaya - Perdana Menteri berumur 40 tahun akan wujud
  • Kita akan terus melihat Pak Lah dalam sebagai Perdana Menteri beberapa penggal selagi selagi mampu wang saku rakyat menjadi jaminan.
Setiap kali - Perhimpunan Agung UMNO maka Dewan PWTC akan bergegar, menceritakan kepayahan orang - orang Melayu, membicarakan hak - hak orang - orang Melayu dan kedudukan orang - orang Melayu. Yang paling utama, yang jelas kedengaran adalah perjuangan orang - orang Melayu untuk orang - orang Melayu. Akhirnya kita berjumpa lagi pada perhimpunan akan datang dengan semangat yang sama dan agenda yang agak serupa. Melayu masih di situ, masih belum berganjak dan masih ketinggalan. Saban kali begitu rupa ceritanya dan saban kali yang bercerita masih mengatakan kita belum berjaya. Dr Mahathir 22 tahun meminpin akhirnya menyalahkan Melayu secara pukal dengan sikap mereka. Akhirnya beliau kecewa kerana perjuangan belum selesai untuk memartabatkan orang - orang Melayu. Kini Pak Lah pula memimpin UMNO. Kita dengar semangat - kita rasa semangat - tapi belum juga bersemangat untuk melakukan perubahan.

Apa lagi yang kita perlu. Agenda sudah ada - petikan dari Datuk Najib, kalau tidak ada visi ianya tidak bermakna dan sekiranya ada visi dan tidak ada perlaksanaan maka ianya hanya omongan kosong. Sampai ke saat ini kita dalam kategori mana - omongan kosong atau tidak ada makna?

Mungkin kedua - dua sekali. Kita dengan omongan kosong dan kita dalam perjuangan yang belum memberi makna. Habis salahnya dimana? Pada mereka yang tidak mengetahui atau mereka yang tidak dibenarkan mengetahui.

Masih tidak terjawab salahnya, masakan kita mampu mengatasinya. DEB gagal kerana ketirisan dan ketirisan adalah hasil perbuatan orang - orang Melayu. Itu yang telah mereka kenal pasti tetapi bagaimana mahu mengatasi. Semua agenda ada disiapkan, semuanya dikatakan teratur. Malangnya UMNO masih berjuang - menentang musuh yang mereka sendiri tidak tahu. Namun satu tuduhan tersembur keluar dari mereka - ada pemimpin kaum lain kurang ajar - tidak dikatakan merompak tetapi dikatakan kurang ajar. Melayu digesa bangkit - mengangkat keris - berjuang untuk Melayu mendapatkan 30% sehingga ke 70% dan yang pasti masih ditakok serupa.Itulah yang ada dan mungkin itulah maksud - TIDAK ADA PERUBAHAN.

Persidangan kini sudah tamat dan hasil dari persidangan itu hanya satu konklusi yang boleh dibuat - Pak Lah tidak akan hilang dari memimpin untuk satu penggal dan UMNO serta ahli - ahlinya akan tetap begitu.

Maka jangan mimpilah kalau kita mahu katakan bahawa Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk 1 penggal kerana Pak Lah akan tetap memimpin selagi hayat dikandung badan dan selagi sihat bergerak maka selagi itu Pak Lah akan memimpin negara ini. Kita akan terus melihat Pak Lah sebagai Perdana Menteri beberapa penggal selagi wang saku rakyat diambil menjadi jaminan. Ini juga mungkin memberi indikasi kepada kita - Akan benarlah kita akan mempunyai Perdana Menteri berusia 40 tahun seperti yang tertulis dalam buku tulisan Yahaya Ismail.

Sungguhpun ini satu kesimpulan ringkas tetapi itu adalah hakikat yang perlu kita terima - Pak Lah bukan Perdana Menteri 1 penggal dan pasti akan terus mengukuhkan kedudukan dimasa - masa akan datang. Mungkin itu ceritanya. Ada cerita lain?

Tuesday, November 14, 2006

Anwar Ibrahim - pengkhianat dan munafik kata Khairy?

Sedutan ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyebut bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri yang menolak Dasar Ekonomi Baru dan mengelar rancangan itu sebagai bagi satu rancangan yang hanya memberi kekayaan kepada UMNO - umnoputera sebagai pengkhianat dan munafik. Khairy yang mempertahankan DEB dan kini mencetuskan Agenda Melayu mendakwa orang yang mengelar "umnoputera" adalah orang yang sebenarnya mengaut kekayaan sewaktu memimpin.

Tuduhan pengkhianat dan munafik yang seakan ditujukan kepada Anwar Ibrahim dikatakan berpunca dari kritikan Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi Baru yang gagal mencapai hasrat 30% pegangan ekonomi orang Melayu. UMNO dibawah pemerintahan Pak LAh mendakwa bahawa kegagalan DEB itu selama ini adalah kerana ketirisan. Pwersoalan ketirisan inilah yang mengagalkan Melayu sungguhpun isu ketirisan ini berpunca dari segelintir orang - orang Melayu yang dapat peluang dan diberi peluang.

Sungguhpun begitu tindakan Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat dalam menentang DEB dilihat sebagai membelakangi Melayu oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan ini dikatakan sebagai satu pengkhianatan Melayu.

Khairy juga dalam hujahnya membidas tindakan segelitir Melayu dan mereka yang memanipulasikan statistik dalam pegangan bumiputera dalam ekuiti yang dikatakan 48%. Kalau ASLI dan mana - mana pergerakan lain mempersoalkan dengan menggunakan statistik yang dimanipulasikan - apa salahnya kalau kita menuntut pegangan 70% pula.

Monday, November 13, 2006

Perhimpunan Agung UMNO 2006

Dulu, kini dan selamanya telah diganti. Pak Lah dalam ucapan dasarnya dalam mesyuarat Agung UMNO 2006 telah menggunakan DULU, SEKARANG dan MASA HADAPAN bagi menggambarkan sokongan yang pasti dan perlu diberi kepada UMNO. Ucapan yang menunjukkan kecenderungan sikap kepimpinan normatif Pak Lah banyak memperagakan nasihat - nasihat yang dipetik dari Al Quran sebagai pedoman yang perlu diambil dalam kita melalui hidup yang sementara. Berbicara seakan dari mimbar, Pak Lah menasihati kepimpinan UMNO agar memegang amanah dan menyimpulkan dirinya juga hamba kepada ALLAH SWT. Digariskan 12 gagasan yang telah diterangkan oleh Pak Lah termasuk:

Keberkesanan kepimpinan,
Kematangan demokrasi,
Pembangunan modal insaniah,
Transisi ekonomi,
Pembangunan bumiputera,
Peranan sektor swasta,
Peningkatan keefektifan sektor awam dan kerajaan,
Penentangan terhadap rasuah,
Perlaksanaan undang - undang,
Penglibatan wanita,
kedaulatan negara dan misi nasional

secara sederhana dengan menuruti landasan seperti yang dikatakan oleh beliau " jika dengan berbisik mampu mencapai matlamat kenapa perlu melaung". Pak Lah banyak menyelitan nilai - nilai menuruti agama dalam memohon kepada ahli - ahli UMNO untuk berjuang meningkatkan martabat Melayu dan berusaha memenuhi agenda yang telah ditetapkan oleh beliau. Beberapa kali Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menyatakan " BANTULAH KEPIMPINAN DAN BANTULAH SAYA " khususnya dalam menangani rasuah. Dalam nada yang tegas Pak Lah turut memberi amaran akan kebebasan yang benarkan oleh beliau supaya tidak melampaui batas dan pertimbangan perlu dibuat oleh media dalam melaporkan agar ianya tidak menerbitkan huru - hara dalam negara. Apa kata anda mengenai ucapan dasar Pak Lah klik sini


"Lonjakan Perkasa Bangsa - kemana? Diskusi semasa

Sekali lagi UMNO akan bersidang. Kita mengucapkan "Selamat Bersidang" kepada perwakilan - perwakilan Melayu yang akan sekali lagi menentukan arah tujuan baru orang - orang Melayu. Adakah Agenda Melayu yang diperbincangkan pada perhimpunan Agung lepas telah berhasil? Adakah kita akan sekali lagi mengangkat keris untuk memperbaharui nekad dan tekad seperti keselaluan dan akan meninggalkan nekad dan tekad sebaik keluar dari dewan. Kita imbas kembali Ucapan Pak Lah dalam teks ucapan beliau bertajuk:

"Lonjakan Perkasa Bangsa" Klik sini

Lonjakan Perkasa Bangsa - pengkhususan topik Melayu Klik Sini

Kita cuba pula berdiskusi mengenai matlamat yang disasar sebelum ini dengan amanat baru yang bakal disampaikan.

Kita juga ingin melihat pencapaian Pemuda dalam Agenda Melayu seperti yang disaran pada perhimpunan Agung yang lepas. Kita sedar bahawa pejuangan Melayu masih lagi menjadi tajuk utama. Seperti diwar - warkan tajuk Agenda Melayu akan turut menjadi diskusi semasa seperti mana tahun - tahun sebelumnya.

Kita mulakan diskusi - Lonjakan Perkasa Bangsa ke Sang Saka Bangsa

Friday, November 10, 2006

Bila semuanya ada "dalil"




Bermula dari 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri vesi cetak, kemudian 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi Perdana Menteri juga vesi cetak dan dituruti dengan 70 dalil kenapa Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara yang tersiar dalam media internet
www.malaysia-today.net maka dalil menjadi satu perkataan popular seakan menjadi satu "trend" apabila ada hasrat untuk menjatuhkan sesorang pemimpin. Kalau kita dahulu berdepan dengan Allahyarham Khalid Jefri dengan dalilnya, kini kita berdepan dengan "orang Kedah" siaran Raja Petra Raja Kamaruddin sebagai editor www.malaysia-today.net dengan dalil Pak Lah. Bentuk dan cara persembahan berlainan tetapi "dalil" nya mempunyai motif yang serupa. Apakah dalil kali ini akan memperolehi kejayaan yang serupa dengan 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri dan adakah dalil Najib akan juga berkembang luas sewaktu pilihanraya atau pemilihan UMNO nanti sehingga beliau bisa tumbang?

Biarpun dalil - dalil ini mempunyai banyak kekurangan - lebih tuduhan dan penuh andaian tetapi ianya seakan diterima dan ianya akan menjadi sebutan sehingga menjadi illusi kebenaran. Ini bukan sesuatu yang patut dipandang lekeh dan ini perlu tindakan segera untuk ditangkis. Malang, mereka yang kini sudah mempunyai dalil gagal bertindak awal atas beberapa kemungkinan : kemungkinan ada kebenaran, tidak mahu mengerohkan keadaan atau sikap tidak kisah yang akan memakan diri.

Hari ini kita sudah mempunyai dalil baru - 70 dalil kenapa Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara ini? Adakah dalil ini tidak akan dicabar oleh mereka yang masih sedia dengan Pak Lah? Adakah mereka akan terus menyepi dan bertindak mengambil jalan tengah - menanti dan melihat, sekiranya dalil ini mujarab maka kita akan langsung menyokong orang baru yang akan menggantikan tempat Pak Lah. Dalil dari www.malaysia-today disertakan bagi memudahkan kita berbicara apa sebenarnya kesalahan Pak Lah selain dari suka tidur, tidak banyak membaca dan terlalu mengikut sanak saudara tulisan Sang Kelembai dalam blognya dan Orang Kedah di malaysia-today.net. Adakah Pak Lah benar - benar sudah menjual negara ini dan negara ini akan tergadai seperti culaan cerdik pandai sewaktu Mahathir menjilat Jepun dengan dasar pandang ke Timur.


Kenapa pembelaan terhadap Pak Lah amat mendatar sehingga memberi indikasi kuat bahawa seluruh rakyat sudah mula benci dengan Pak Lah. Hari ini kita cuba meneliti dalam blog "arahkita" APA DOSA PAK LAH yang sebenarnya dan apakah langkah pembetulan atau perubahan yang perlu kita lakukan. Adakah kita tidak memberi Pak Lah peluang untuk melunaskan agenda beliau atau sebenarnya yang kita marah hanya satu - menteri - menteri yang dikelilingi Pak Lah adalah menteri - menteri yang jelas usang dan perlu diganti. Mungkinkah ini hanya persepsi yang timbulkan agar pergolakan dalam UMNO terus berlaku bagi memulakan langkah perubahan dalam umno atau apa yang disebut umno reform. Mungkin kita tidak mengetahui secara menyeluruh rancangan perlaksanaan Pak Lah atau imej Pak Lah sahaja yang tidak nampak karismatik tetapi perlaksanaannya dasar pemerintahannya cukup "conclusive".

Monday, November 06, 2006

Bangsa Malaysia tidak perlu definasi - Najib



Bangsa Malaysia tidak perlukan satu definasi khusus kerana ini akan menimbulkan polemik. Najib dalam kenyataan beliau (TV3 Bulentin Utama 6/11/2006) turut mengatakan bahawa Agenda Melayu tidak berhasrat untuk meminggirkan kaum - kaum lain, tidak akan mendiskriminasi bangsa - bangsa lain dan akan terus berlaku adil kepada semua bangsa. Isu ini timbul apabila Menteri Besar Johor dalam konvensyen UMNO Johor menyatakan kelonggaran dan ketidakjelasan erti Bangsa Malaysia. Kegusaran ketiadaan erti Bangsa Malaysia akan merugikan Melayu adalah kemungkinan maksud yang mahu disampaikan oleh MB Johor tersebut.


Isu ini pernah kami sentuh satu ketika dahulu yang turut menarik pengkritik dalam blog arah kita dengan tajuk Angan Angan Bangsa Malaysia. Bagi kami sekiranya tidak ada definasi mengenai terma tersebut maka ini bermakna tidak ada pengertian dan penggunaan hanya sekadar merujuk kepada semua bangsa di Malaysia. Bangsa Malaysia yang sebelum ini berlingkar pada paksi asimilasi kaum dan intergrasi kaum kini kuncup dengan pengertian semua kaum di Malaysia. Ini mungkin penting ditinggalkan sebegitu sahaja kerana Bangsa Malaysia yang membawa pengertian lebih mendalam kemungkinan tidak akan dapat dicapai dan sekiranya mahu dicapai juga maka banyak kompromi antara kaum perlu diadakan. Kompromi - kompromi bahasa, budaya dan adat bukan mudah untuk dilaksanakan. Masing - masing masih kukuh menyuburkan dan memperjuangkan pegangan kaum masing - masing lantas tidak akan memberi laluan langsung kepada terma Bangsa Malaysia untuk tumbuh.

Bagi kami Timbalan Ketua Pemuda Gerakan - Lim Si Pin tidak perlu gusar kerana apa yang diperkatakan oleh MB Johor adalah benar. Apa guna terma kalau tidak ada makna dan apakah terma yang tidak ada makna dapat memupuk perpaduan yang lebih erat. Mungkin sebenarnya hari ini pengertian Bangsa Malaysia adalah bermaksud " semua kaum - kaum di Malaysia" dan tidak merujuk kepada kehadiran satu bangsa di negara ini. Maka dengan itu betul seperti apa yang pernah kami katakan sebelum ini - Angan Angan Bangsa Malaysia.

Thursday, November 02, 2006

YANG BURUK DALAM SENARAI UMNO-REFORM

Khir Toyo
Menteri Besar Selangor dicalonkan oleh www.umno-reform.com sebagai yang buruk dalam UMNO-REFORM



ADUN Bukit Antarabangsa dicalonkan oleh www.umno-reform.com sebagai yang buruk dalam UMNO-REFORM




Siapa lagi yang akan tersenarai adalah bergantung pada anda? Beri justifikasi anda berserta nama mereka yang anda kata tidak layak untuk menjadi pemimpin rakyat Malaysia. Mereka adalah YANG BURUK DALAM SENARAI UMNO-REFORM. Sekiranya ada bantahan maklumkan kepada kami untuk pertimbangan selanjutnya.



Setakat ini :


1. Mohd Said Yusof (Ahli Parlimen Jasin)
isu tutup sebelah mata klik sini

2. Zakaria Md Derus
(ADUN Pelabuhan Kelang) isu Istana Zakaria klik sini

3. Ahmad Bujang (ADUN Ulu Kelang) rumah peneroka kota klik sini

4. Amid Nordin (ADUN Teluk Mas Melaka) politik wang -
dicalonkan oleh pelayar blog ini

5
. Dato Jaei bin Hj Ismail (ADUN Kawasan MERU) - dicalonkan oleh pelayar blog ini

6.
Dato Kamaruddin Ambok ( Ketua Bahagian UMNO SEGAMBUT) - dicalonkan oleh Jawatankuasa Penduduk Kg Sq Udang (arkib umno-reform.com) klik sini

Ini hanya membuka pekung kepimpinan Melayu.




Itu adalah kenyataan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin dalam mengulas tindakan Tun Dr Mahathir yang berterusan mengkritik Abdullah Hj Ahmad Badawi. Kenyataan beliau turut mengatakan bahawa bangsa - bangsa lain sedang memerhati dan menunggu pendedahan "siapa dapat itu dan siapa dapat ini". Adakah benar kenyataan Zainuddin Maidin ini? Adakah hanya bangsa - bangsa lain sedang menanti dan menunggu pendedahan Perdana Menteri Malaysia dengan mantan Perdana Menteri mengenai siapa dapat itu dan siapa dapat ini? Mungkinkah rakyat juga menanti dan orang - orang Melayu khususnya mahu tahu keluarga kepimpinan Melayu yang telah mendapat habuan.

Sedekit demi sedikit jawapan kepada kritikan Tun Dr Mahathir membuka pekung masing - masing. Pak Lah dalam interbiu beliau dengan TV3 mengatakan bahawa anaknya di bawah SCOMI tidak menjalankan perniagaan di dalam Malaysia kini mengatakan bahawa anaknya dapat sedikit berbanding dengan anak - anak Tun Mahathir. Mahathir dalam siri kritikan pula mengatakan bahawa Pak Lah bersalah dalam skandal "oil for food" dan akhir sekali dalam temubual dengan "Times" mengatakan bahawa Pak Lah menganggap UMNO sebagai miliknya.


Demikian antara siri - siri pembongkaran dan dijangka pembongkaran ini akan melewati semua kepimpinan yang pernah mendapat manafaat yang tidak sepatutunya atau berlebihan kerana jawatan.
  • Ini memang membuka pekung tetapi bukan pekung Melayu yang sedang bertani yang hasilnya hanya bernilai sebatang curut yang di hisap Pak Menteri.
  • Ini memang membuka pekung tetapi bukan pekung Melayu yang sedang menjala ikan di laut yang hasilnya dirompak orang - orang tengah dan agensi - agensi kerajaan yang mementingkan keuntungan diri dari mereka yang menyambung nyawa dilaut.


Sebenarnya konflik antara Pak Lah dan Mahathir ini hanya membenarkan kita orang - orang Melayu melihat apa sebenarnya ada pada kepimpinan Melayu hari ini. Adakah mereka hebat memperjuangkan Melayu yang semakin tercicir atau sebenarnya membenarkan statistik ASLI - 48% yang 98% dari itu milik kepimpinan, isteri mereka , anak - anak mereka, keluarga mereka , menantu mereka dan semuanya yang mempunyai pertalian dengan mereka.


Maka UMNO terus ditelanjangkan - pekung masih belum berbau telah terbuka. Terbuka kerana konflik antara Tun Mahathir dengan Pak Lah yang sepatutnya mematangkan kita untuk menilai kepimpinan kita yang hadir sekarang ini.

Pendedahan ini perlu - bukan untuk menjatuhkan Pak Lah, tetapi untuk menceritakan bagaimana kehadiran segelintir kepimpinan Melayu mengkhianati Melayu dan akhirnya Melayu tercicir dan terpinggir. Inilah yang perlu kita Melayu dan kita dalam UMNO fikir dan teliti. Adakah mereka layak dan adakah mereka sepatutnya diganti dari terus mewakili Melayu sekadar untuk ditunggangi , disedut keringat mereka dan akhirnya dicampak sebagai Melayu hina dalam negara sendiri. Kita harus memulakan langkah - langkah untuk mengenal pasti siapa antara kita yang sepatutnya dipinggirkan dan siapa antara kita yang sepatutnya hadir untuk membela Melayu.

Akhirnya, ini bukan membuka pekung Melayu, Tuan Zainuddin Maidin. Ini hanya membuka pekung kepimpinan Melayu.