Tuesday, November 14, 2006

Anwar Ibrahim - pengkhianat dan munafik kata Khairy?

Sedutan ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyebut bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri yang menolak Dasar Ekonomi Baru dan mengelar rancangan itu sebagai bagi satu rancangan yang hanya memberi kekayaan kepada UMNO - umnoputera sebagai pengkhianat dan munafik. Khairy yang mempertahankan DEB dan kini mencetuskan Agenda Melayu mendakwa orang yang mengelar "umnoputera" adalah orang yang sebenarnya mengaut kekayaan sewaktu memimpin.

Tuduhan pengkhianat dan munafik yang seakan ditujukan kepada Anwar Ibrahim dikatakan berpunca dari kritikan Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi Baru yang gagal mencapai hasrat 30% pegangan ekonomi orang Melayu. UMNO dibawah pemerintahan Pak LAh mendakwa bahawa kegagalan DEB itu selama ini adalah kerana ketirisan. Pwersoalan ketirisan inilah yang mengagalkan Melayu sungguhpun isu ketirisan ini berpunca dari segelintir orang - orang Melayu yang dapat peluang dan diberi peluang.

Sungguhpun begitu tindakan Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat dalam menentang DEB dilihat sebagai membelakangi Melayu oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan ini dikatakan sebagai satu pengkhianatan Melayu.

Khairy juga dalam hujahnya membidas tindakan segelitir Melayu dan mereka yang memanipulasikan statistik dalam pegangan bumiputera dalam ekuiti yang dikatakan 48%. Kalau ASLI dan mana - mana pergerakan lain mempersoalkan dengan menggunakan statistik yang dimanipulasikan - apa salahnya kalau kita menuntut pegangan 70% pula.

22 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Benar, pada hemah saya sebarang usaha untuk menentang Dasar Ekonomi Baru yang berpusat bagi mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu semata - mata untuk kepentingan politik adalah pengkhianat dan munafik. Anwar yang turut lahir dalam DEB menolak DEB semata - mata kerana mahukan lonjatan politik dan sokongan dari org-org bukan bukan Melayu/Islam. Bukankah ini satu perbuatan khianat. Saya sokong kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO mengenai isu ini kerana bagi saya adalah lebih baik Anwar berusaha untuk mengkritik perlaksanaan DEB dan bukan menghapuskan DEB seperti menuruti gesaan kaum Cina khususnya.

1:53 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Malam begitu larut, tetapi dalam kekalutan mengantuk saya terfikir, kalau benar dari sudut ekonomi kita sepatutnya menuntut 70% seperti yang dikemukakan oleh pewakilan Pemuda bagi mempertahankan hak ekonomi orang - orang Melayu, Agenda Melayu dikemukakan bagi memastikan Melayu berjaya, mempertahankan hak keistimewaan orang - orang Melayu sebagai satu perjuangan dan menurut Khairy membelakangkan DEB adalah satu pengkhianatan dan satu sikap munafik apa pula halnya dengan meritokrasi? Kenapa tidak dipertahankan kuota kemasukan Melayu ke Universiti? Kalau dikatakan ini akan menyebabkan orang - orang Melayu tidak bersaing adakah ini boleh juga diberi alasan terhadap sektor perekonomian? Maksud saya sebenarnya ialah kalau meritokrasi dikatakan perlu bagi membenarkan pelajar - pelajar bersaing bagi meningkatkan kualiti mereka kenapa pula lain dengan DEB? Maka harus kita fikirkan - siapa yang sebenarnya keliru? Mungkin saya kerana malam hampir surut dan subuh hampir menjelang.

2:08 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Salam.

Sdr Anuar dan pembaca yang lain.

Saya juga mendengar sedutan ucapan Khairy di media.

Bila dia tuduh DS Anwar rasuah, bukan susah pun untuk dia heret DS Anwar ke mahkamah di tengah kekuasaan Pak Lah.

Tuduhan pengkhianat bagi saya keterlaluan. Saya kira semua yang pernah terlibat dengan UMNO termasuk DS Anwar dan mereka yang telah keluar parti ambil tanggungjawab, terutama pemimpinnya. Ketirisan hanyalah alasan. DEB bukan baru jalan 1,2 tahun.

DEB ikut perancangan pun sampai tahun 1990..untuk stabilkan masyarakat. Saya kira wawancara tentang DEB yang dikupas oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (orang kuat DEB dulu) sudah cukup menerangkan asas pembentukan Agenda Ekonomi Baru dan sekaligus menolak Dasar Ekonomi Baru.

Dan tanya diri sendiri..berapa juga jumlah statistiknya..20%, 50% atau 100%..hanya segelintir sahaja yang mungkin tak sampai 10 000 dari berjuta Melayu yang pegang hampir 80% daripada statistik2 yang ada. Dan lebih kurang 20% tu dipegang oleh rakyat terbanyak. Kerajaan patut tunjuk siapa yang pegang ekuiti sedia ada ni..

Kalau nak isytihar harta pun penakut..nak dakwa rasuah dalam parti kepada BPR pun takut..boleh simpan Hadhari tu!

10:29 AM  
Blogger bajukurung said...

statistik tak penting. 70% 80% 90% itu tidak membawa apa faedah. sila baca majalah malaysian business yg terbaru dan lihat 100 strong business di malaysia. di situ dah boleh nampak dgn jelas sapa yg pegang ekonomi, apa yg pemuda sibuk2 sgt nak minta statistik ni?

mendekatkan diri kepada mat rempit utk dijadikan ahli umno lagi parah, in the end ahli2 umnoputra adalah golongan mat rempit.
mcm mana dgn golongan professional2 muda melayu?
mengape pemuda tak mendekati mereka?
sebab mereka ini berintelek mungkin pemimpin2 pemuda takut dipersoalkan kredebiliti hala tuju pemuda umno atau takut ada gelombang baru yg akan mengugat kuasa?
dan saya perasan pemimpin2 pemuda pakai gelang getah warna oren tu....apa imej yg cube ditonjolkan? jgn main2 dgn imej,ia adalah first impression tak kira apa yg diniatkan.

saya berpendapat = DEB ke AEB ke apa2 jelah social engineering yg cube ditonjolkan atau dipertahankan, yang penting bila hari2 esok saya membuka majalah baru malaysian business edisi masa hadapan saya nak lihat top 100 tu lebih byk melayu yang tersenarai.

tak perlu menjerit, saya sebagai professional muda melayu bukan itu yang saya mahukan, tapi satu platform utk menyuarakan pemikiran saya dan diambil tindakan.

pasal meritokrasi pula anuar, saya berpendapat ianye tiada logik intelek dalam perlaksanaannye. sebenarnye sistem pendidikan kita dah tersimpang jauh. kalau betul pemimpin2 mahu melayu bersaing mulakan dari cikgu2 dahulu. berikan mereka gaji yang tinggi supaya mereka akan melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. logiknye, bila gaji tinggi tanggungjawab lebih besar dan mereka pasti rasa bangga menjadi pendidik, bukan gaji low-class. bile gaji tinggi kementerian bole PEGANG mereka dgn memastikan murid2 yg lahir adalah lebih berkaliber.

saya tidak menentang umno, tapi pemimpin2 di dalamnye perlu diberitahu mereka bertangungjawab terhadap melayu.

perkataan 'wakil rakyat' lahir dari maksud MEWAKILI RAKYAT. mana logiknye di suatu kawasan wakil rakyat kaya raya tapi rakyat apa pun tak dapat,paling tidak pun lahirnya sebuah perpustakaan mini di sesuatu kawasan sudah cukup untuk memberi sumbangan yg besar kepada rakyat di situ.

hentikan retorik...kami sentiasa berfikir

11:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

DEB is just another way the isolated members make huge profits from the public, go ask malays working in private firm the DEB really help them or just within the circle members only.

12:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

benar juga kata orang DEB hanya mengkayakankan melayu yang kaya(hand pick millionier)...kata lain umnoputra, ex diskaun rumah untuk Melayu yang tanpa limit ..sapa dapat diskuan lebih orang kaya ke penghuni kos rendah....50% diskaun tikect mas sebelum ini utk warga emas...sapa yang guna kapal terbang warga mas miskin ke, warga mas umnoputra/BNputra,....

munafik ertinya bohong...sapa bohng anwar ke KJ...1.5billion kontrak petronas sapa dapat...second brigde sapa lead of group...700juta project trg(monsoon cup,momenent,masjid kistal)..sapa dapat..petrick badawikan.
Sapa yang munafik?...siapa Pengkhainat?
Banglo besar...langgar peraturan majlis tempatan,project besar..sapa dia kalu bukan umnoputra abdullah putra.

depan manusia kita dapat sorot depan ALLAH diakirat?

4:26 PM  
Anonymous Anonymous said...

DEB dasar yang baik tapi pelaksanaannya yang tak baik dan tidak mencerminkan dasar yang sebenar.

DEB untuk semua melayu dan bumiputra dimalaysia tetapi yang mendapat manfaatnye hanyalah cronies pemimpin dan umnoputra sahaja.

satu malaysia dah kata kalu nak kaya masuk umno dan jadilah khadam pemimpin...tentu dapatbantuan kerajaan dibawah dasar DEB... DEB hanya untuk Umnoputra saja.

Melayu kampung, melayu yang tiada hubungkait dgn pemimpin umno dan bukan umnoputra sampai matipun tak akan dapat.

hairan bin ajaid khairy lupa diapun kaya kerna umnoputra juga....kalu tak kawin dgn anak PM....dia seperti org lain terkial2 mencari harta...tapi bila dah bolot semua dia lupa...dia tu umnoputra.
betul kana mantan TPM dan mantan PM tu...dasr boleh digubah tapi kalu pelaksanaan tak ikut dasar...satu sen tak guna.

4:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pirah KJ, hang yang kaya, Mana ada Melayu yang dapat keuntungan dari DEB tu. Semua yang Pak Lah bentangkan utk DEB tu, dah lebih separuh hang dan Abg ipar hang sapu, kami ni dapat la tempiasnya, itu pun kadang-kadang boleh rugi lo.

6:04 PM  
Anonymous Anonymous said...

OK, cukuplah...

Kesimpulannya, Melayu UMNO (UMNOputra) dan Melayu Progresif/Kampung adalah dari kategori yang berlainan.

Fikirkanlah sejenak... Kita sudah ada terlalu banyak contoh. Pilihlah kerajaan yang betul-betul ikhlas ingin membangunkan Melayu Progresif/Kampung (pilihanraya akan datang)

Sekian...

1:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sdr Anuar,
angka tak penting.yg penting adalah keikhlasan pemimpin melayu umno dalam memperjuangkan rakyat marhain. UMNO lah pengkhianat bangsa yang menjadikan DEB gagal. pemimpin melayu umno dapat projek di alibabakan, dapat projek jual projek, jadi barua bangsa asing untuk dapatkan projek, balik2 yg dapat projek muka yang sama, pergilah ke pejabat tanah dan daerah, yg dapat projek kontrak kelas F adalah muka2 UMNO. kadang2 seorang ketua pemuda UMNo bahagian ada pegang sampai 20, 30 lesen kontraktor kelas F. pi mai pi mai, dia juga yg dapat projek. kes macam n lah yang menggagalkan matlamat DEB.
yang pasti pemimpin melayu UMNO macam KJ lah yang sebenarnya pengkhianat bangsa melayu, PASTI.

Din Gombak

10:43 AM  
Blogger Anuar Mohd Nor said...

Sdra Amin Ahmad

Apa kabar, salam dari saya. Terima Kasih atas komen sdra. Saya juga percaya tuduhan pengkhianatan kepada mereka yang memberi pandangan dan cadangan adalah keterlaluan. Sepatutnya cadangan harus di kritik dengan cara yang bernas. Saya percaya Anwar Ibrahim mempunyai alasan beliau sungguhpun secara dasar konsep DEB itu pada asalnya mempunyai objektif sesuai untuk orang - orang Melayu. Saya cukup sedar bahawa DEB itu memberi manafaat kepada segelintir orang - orang Melayu sahaja dan satu bentuk pengstrukturan semula harus dilaksanakan. Sungguhpun begitu pengstrukturan semula itu perlu lebih telus bagi menyalurkan manafaat bagi orang - orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain dalam negara kita ini.

Salam ..lama betul kita tidak berjumpa..Selamat Hari Raya

11:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

Apa tak mungkinkah Anwar sebenarnya org munafik. Bertopengkan agama utk politik. Tengok judgement..mereka tidak kata anwar tak guilty pada perbuatan Hari ini Anwar sokong hapuskan DEB kerana nak undi org Cina dan lain - lain kaum...munafik lah tu...sokong kafir...

9:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

dr. MIR

Apa bangang punyer orang... Kalu nak tahu UMNO ni dah tak relevant lagi utk orang melayu... mai sokong PAS & PKR pilihananraya akan datang.

10:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

dr MIR

Puak UMNO ni memang sangat suka tengok melayu ni jadi orang bodoh dan miskin... kerana untuk mereka kekal berkuasa.... Jadi pemimpin UMNO ler pengkhianat .. Malu ler sikit .. DS Anwar tak pernah bersuara nak masuk balik dlm UMNO... tiba tiba ada orang besar UMNO yg bersuara hal ini... sape main dgn bayang bayang... hoiii

10:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

KJ punya komen pun nak dibincang....kata kata dia boleh pakai ke?
tak payah nak dibahas bahas...bersatulah kita gugurkan KJ di pilihanraya

4:24 AM  
Anonymous Anonymous said...

At least DSAI is trying to bring back justice and equality to the country. Unlike UMNO people who until today back up DEB but eat up all the money.
MALAYSIA is for ALL MALAYSIANS not only Malays...

Malays have been abusing so much of the privileges given. Its time to take it away and fight equally.

4:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

hak muslim perlu dijaga
hak melayu perlu dijaga
hak yang lain biar je
temple di pulau pinang roboh sahaja
istana di klang dipelihara je
tak pe
yang lain takut kita orang je

Daripada melayu muslim

1:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mentaliti pemimpin pemuda Umno yang makin sempit dan kurang isi. Inikah pemimpin yang ingin diangkat oleh rakyat terutamanya bangsa Melayu. DEB cuma nama yang seperti rumah tanpa tiangnya.Tiada yang boleh digunakan dan lebih membebankan kaum Melayu sahaja..Opps!! Ada satu kaum sahaja yang dapat menggunakan sepenuhnya DEB iaitu..kaum Umnoputera. Dimana pemikir-pemikir yang selama ini mengagungkan bangsa melayu.Nah!! tengok sahaja betapa bumi kita sudah merdeka selama 49 tahun tetapi bangsa melayu masih ketinggalan dari sudut pegangan ekonominya. Tiap-tiap kali PRU, parti yang kononnya membela bangsa melayu diangkat tetapi bangsa melayu semakin terpinggir. Memang benar melayu sudah jauh maju dari dahulu tetapi jika dijadikan DEB sebagai tali pengukur..jauh sekali kemajuan itu dicapai. Kita mengharapkan pemimpin yang sudah tidak ada harapan.Di dalam pemikiran hanya ada perasaan mengampu dan mengaut kekayaan. Jangan dipersoal kenyataan bangsa lain..tapi soal kenyataan pemimpin melayu ini. DEB adalah dasar yang sekadar retorik semata-mata. Munafik dan pengkhianat kenyataannya tetapi usia belum mencecah 35 tahun sudah mengaut keuntungan jutaan ringgit.

11:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

Secara terus terang, DEB sebenarnya telah banyak membantu org Melayu..wp mungkin sedikit dinikmati oleh kebanyakan Melayu. Golongan intelek Melayu yg kini menjadi cendikiawan serta profesional tapi sertai pembangkang, cuba renungkan..selain tekun berusaha, adakah mudah melanjutkan pengajian ke takat tinggi begitu tanpa kemudahan pd anak2 Melayu oleh kerajaan pimpinan UMNO melalui DEB?? Ya,betul banyak lagi yg DEB gagal capai terutama bantu golongan miskin, tapi adakah tiada semangat terus cuba memperbaiki dari golongan Melayu yg dah berjaya tadi?? Pendapat saya seterusnya, KJ dari awal memang saya akui tokoh muda yg berani pertahankan DEB..SYABAS KJ!! Kpd DS Anwar, cukuplah apa yg dah berlaku..marilah pulang ke pangkal jalan..kembali sebagai pejuang Islam dan Melayu bantu rakyat Melayu dan Islam demi masa depan yg cemerlang, gemilang dan terbilang!!

12:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

Soalan apakah wajar DEB dipertahankan atau dihapuskan sebenarnya bukanlah suatu persoalan pokok..

Seringkali umat melayu gagal untuk melihat kepada persoalan pokok.. Apakah persoalan pokok sebenarnya yang dihadapi oleh umat melayu sekarang ini?

UMNO sebenarnya ialah sebatang pokok kepada umat melayu, tetapi sayangnya pokok tersebut telah lama berulat oleh anai-anai yang sekian lama telah bersarang di merata-rata bahagian pokok tersebut sehingga telah menular ke bahagian akarnya umbinya juga..

Kalau umat melayu masih sayangkan bangsa melayu, maka musnahkanlah pokok tersebut dengan anai-anainya sekali..

Tiada gunanya sayangkan UMNO lagi.. Pokok tersebut memang tiada boleh direform lagi...

Yang hanya boleh direform ialah diri kita dan pemikiran kita orang melayu...

Ingatlah... Melayu mungkin juga akan hilang di dunia ini akhirnya.. tetapi ISLAM itu kekal selamanya...

Melayu tanpa ISLAM akan layu!!
ISLAM tidak memerlukan melayu untuk menjadi gemilang!!

7:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kepada anonymous yang mengucapkan syabas kepada kj saya sungguh terkejut sebab saudara kagum sangat dengan orang yang kononnya memperjuangkan DEB tetapi saudara tak namapak sebenarnya dialah pengkhianat bangsa melayu (negara) kalau tak kerana dia takan pantai holding "terlepas" ke tangan singapor..ada banyak dalil lagi kenapa dia patut di singkirkan.

2:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

eh khairy mentang2 menantu pak dollah ko ingat ko bagus sgt ker..ko lah buaya besar...nak sgt ekuiti malay 70% dalam DEB sebab ape? mesti org tau dia dah ready nak amik contract juta2...eh khairy sedarlah la woi!! ko mati nanti jugak, ingatlah ini dunia woi!!! nak manipulasi duit rakyat jek..ko dah kaya...insaflah

12:11 AM  

Post a Comment

<< Home