Wednesday, July 26, 2006

Hentikan dan bukan tangguh

Hentikan segera ! Ini adalah petikan dari NST mengenai saranan Pak Lah agar pihak - pihak yang terlibat dalam mempromosi IFC. Apakah saranan ini cukup kuat untuk mereka memberhentikan aktiviti mereka dalam usaha untuk terus menjayakan harapan penubuhan suruhanjaya tersebut.
Kenyataan Pak Lah sepenuhnya adalah seperti berikut:
The Prime Minister said the Cabinet had already decided to postpone the setting up of the commission. "I don’t know why this group of people have to carry out activities related to it. It is creating unnecessary problems. The Government will, in the near future, make an announcement on the Inter-Faith Commission," he added. nst 26/07/2006
Adakah penangguhan itu memadai untuk menghalang perkara ini untuk berulang lagi? Pak Lah perlu bertindak lebih tegas kerana perkara ini akan timbul setiap kali ada insiden yang membabitkan penukaran agama khususnya isu murtad. Isu penanggungan ini telah juga diutarakan oleh Mufti Perak sewaktu beliau bertemu dengan Pak Lah. PENANGGUNG TIDAK MEMBAWA BERMAKSUD PEMBATALAN. Ini seolah - olah memberi harapan untuk IFC ditubuhkan kelak.
Pak Lah juga dalam kenyataan di TV3 mengatakan bahawa UMNO seboleh - bolehnya tidak mahu IFC ditubuhkan. Ini juga memberi indikasi yang IFC boleh ditubuhkan.
Secara terbuka, Pak Lah perlu menyatakan dengan tegas dan bukan meniti atas kata - kata penangguhan dan seboleh - bolehnya.


3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Sepatutnya dalam isu IFC Pak Lah tidak boleh kata tangguh, sepatutnya beliau terus kata NO, kerana beliau kata tangguh maka mereka teruskan usaha dan mula berbincang mengenai Islam. Mereka mula cabar agama, sekarang bila dah mula nak memuncak kemarahan orang Islam baru Pak Lah nak panik. Pak Lah ... Pak Lah....sayang betul ko ini lembab

7:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

PM yang kukasihi

Apabila menyentuh hal AGAMA ISLAM yang cuba diperkotak katikan oleh 'MEREKA'..silalah bertegas...

Saya pasti semua orang yang sayang AGAMA ISLAM akan menyokong PM ..tak kira mereka daripada ahli UMNO, PAS atau KEADILAN..

Jangan takut dengan puak-puak 'MEREKA'...

4:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

kehadapan Pak Lah... di harap membatalkan permintaan IFC dan apa-apa aktiviti yang menjurus kepada IFC...

1:53 AM  

Post a Comment

<< Home