Cabar Islam
Mereka cabar keluhuran perlembagaan - kenapa dipersoalkan tradisi dan budaya?
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1@umno-reform.com
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1@umno-reform.com
Apakah sebab utama kumpulan 10 ini melanggar tradisi bagi menggesa agar Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan itu di pinda? Apakah mereka mencabar KELUHURAN PERLEMBAGAAN ? Apakah mereka hanya memperjuangkan keluhuran agama mereka sekali gus mencabar keluhuran agama rasmi negara ini - Islam? Mereka pasti sudah mengkaji dan tahu apa implikasi yang akan berlaku sekiranya Artikel 121 (1A) di pinda. Sekiranya di pinda kesan utama adalah pada perundangan Islam dan ini akan secara langsung melibatkan agama Islam itu sendiri.
Namun mereka sanggup - mereka hadir mengenepikan tradisi atau budaya dalam kabinet demi usaha mereka untuk meniriskan kuasa Mahkamah Syariah lantas mempersoalkan rukun - rukun dan ketetapan yang telah di peruntukan oleh Agama Islam itu sendiri. Ini dilakukan demi memurtabatkan agama dan budaya mereka. Mereka percaya sekiranya kekuatan mereka dapat disatukan ini tidak mungkin akan mengugat kedudukan mereka dalam kerajaan dan Pak Lah tidak akan berani mengugurkan sekali gus kesemua 10 orang Menteri yang hadir memperjuangkan agama dan budaya mereka. Mereka yakin kerajaan yang ada sekarang melakukan diskriminasi terhadap agama mereka melakukan tuntutan. Mereka hadir menuntut dan mereka bersama - sama sepakat dalam perjuangan ini.
Sedang mereka berjuang untuk keluhuran agama mereka - budaya mereka - bahasa mereka, kita dalam UMNO apabila di temubual oleh media-media tempat menceritakan mengenai cara dan budaya mereka menghantar memorandum tidak kena dan gagal melihat - INPATI TUNTUTAN MEREKA.
"Tidak manis" - kata Timbalan Perdana Menteri, Exco Pemuda (Imam Besar Bersara) Ustaz Firdaus Ismail berkata " ini bukan tradisi kita, ini kerja pembangkang dan kenapa di budayakan dalam kabinet" dan Datuk Noraini Ahmad, Ketua Puteri pula berkata " ini cara orang tidak sopan".
Kepimpinan UMNO seperti sedia kala , tradisinya, budayanya akan berlumba - lumba mengeluarkan kenyataan setelah Pak Lah mengatakan bahawa Artikel 121 (1A) tidak akan di pinda. Ini membuatkan Datuk Najib tergaman - kerana sebelum ini beliau pernah mengatakan bahawa Artikel itu akan dibincangkan untuk di pinda bagi mencari jalan yang sebaik mungkin untuk semua. Klik Sini untuk membaca temubual dan kenyataan Najib dalam Islam On Line. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas Pak Lah mengeluarkan keputusan mengenai Artikel 121 (1A) pula berkata " unsur desakan tidak boleh di terima khususnya sekiranya ini melibatkan agama Islam dan Datuk Nazri pula menceritakan tentang sensiif Melayu dan Islam.
Malu - pemimpin Melayu / Islam UMNO tidak mendahului dalam isu agama dan bangsa
Persoalan utama adalah cabaran mereka kepada Islam - mengugat sensitiviti Melayu dan bukan media penghantaran. Tidak kira sekiranya memorandum itu di faks, di hantar melalui email dan SMS tetapi intinya adalah cabaran mereka dan usaha mereka dalam meniriskan keutuhan agama Islam itu sendiri. Soalnya perjuangan mereka yang sebenarnya mencabar keluhuran perlembagaan - soalnya mereka mahu mencampuri undang - undang Islam dalam Mahkamah Syariah dan mempersoalkan ketetapan hukum dalam agama Islam itu sendiri. Itu persoalannya dan mereka sudah menunjukkan bahawa mereka bersatu tetapi kita lain pula bicaranya.
Sebenarnya bagi mereka yang dapat memahami , melihat dan mendengar dengan sempurna - jelas kalangan kepimpinan kita bersikap individualisme - mencabul amanah kehadiran mereka sebagai wakil - wakil rakyat negara ini. Lebih memalukan mereka lebih menjaga kedudukan dan pangkat mereka dari menjaga kedudukan agama Islam - kedaulatan Melayu atau apa yang kita "gah" memperkatakan sebagai ketuanan Melayu. Dari awal kita dalam UMNO bisu bila ada isu - isu mengenai Suruhajaya Antara Agama mahu di tubuhkan. Dari awal kita melihat sekumpulan aktivis Cina mencabar kepentingan dan hak orang - orang Melayu (Suqiu) tetapi kita terus mendiamkan diri kecuali beberapa kerat antara kita yang bangkit bersama - sama Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Naib Ketua Pemuda UMNO sewaktu itu. Kita tidak berani melangkah demi menjaga keselamatan diri dalam politik. Semuanya diserahkan kepada Perdana Menteri dan sekiranya Perdana Menteri membuat kenyataan maka tumbuhlah cendawan kenyataan dari mereka - melenting - lenting membicarakan isu - isu ini.
Saya teringat lagi mengenai perjuangan pembangkang khususnya DAP dalam usaha menghapuskan Tol Cheras. Kebanyakan pemimpin kita membelakangi rakyat dengan menceritakan kepentingan dan keperluan mengadakan TOL. Namun setelah umumkan bahawa TOL CHERAS akan di hapuskan, kita dalam UMNO dan dalam MCA berpesta di depan tol seolah - olah perjuangan kita sudah berjaya.Samy Velu hadir pada waktu itu di sambut oleh kita dalam UMNO dan MCA sebagai wira menghapuskan TOL Cheras.
Kontrak sosial kedua : Sujudnya ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina dan bangsa asing
Zainur Zakaria ( peguam yang membentangkan kerta kerja ) dalam Kongress Kepentingan Melayu anjuran beberapa kepimpinan NGO Melayu - termasuk GPMS mengatakan bahawa kejayaan menuntut kemerdekaan bukan hasil dari kontrak sosial dan kontrak sosial bukan wujud sebagai tawar menawar untuk mendapatkan kemerdekaan. Hak - hak Melayu telah diperuntukkan jauh sebelum merdeka dan beliau menyatakan ini berdasarkan ketetapan Suruhanjaya Reid. Namun hari ini kita lihat hak - hak orang Melayu semakin tiris - mengecil bukan kerana di cabar tetapi sikap kita yang memberi. Kita mengorbankan hak - hak kita secara percuma dengan alasan mahu bersaing dalam era global dan mahu masyarakat glokal. Kita sendiri dengan rela hati - biar apa pun alasan lain tetap menjurus kepada kehilangan hak kita sebagai orang - orang Melayu.
Mungkin apa yang terjadi tahun 1999 dahulu ialah UMNO telah menandatangi Kontrak Sosial Kedua untuk mendapatkan sokongan dari kaum lain untuk memastikan mereka terus memerintah. Kontrak sosial kedua ini pasti ada kaitan dengan pilihan raya 1999 sewaktu UMNO tercabar kuat dan sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa perkara ini diakui oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia dahulu sewaktu program Melayu Dalam Bahaya yang dianjurkan oleh Sekretariat Melayu Muda. Sekali lagi apakah kita menjual hak - hak kita kepada bangsa lain untuk meraih undi pada masa itu?
Setakat ini kita lihat banyak keistimewaan Melayu digadai dan kita akhirnya akan merempat di sana - sani mencari jalan keluar. Kita menuruti kontrak sosial kedua dalam isu - isu seperti meritokrasi, penubuhan Universiti UNITAR , membenarkan bangsa asing dalam Maktab Rendah Sains Mara dan sebagainya. Baca artikel Prof Dr Awang Sariyan
Ini jelas kelihatan seperti kita melunaskan satu demi satu tuntutan Suqiu untuk kepentingan diri dalam terus menggenggam kuasa. Apakah sebenarnya kita telah membuat kontrak sosial kedua ini. Kontrak sosisal kedua ini mungkin di tandatangani ( secara relatif ) bukan untuk mencapai kemerdekaan - seperti teori awalnya tetapi untuk UMNO terus memegang kuasa - dengan menggadaikan hak keistimewaan Melayu.
Pak Lah - yang membuka dan menutup
Insiden ini - kebangkitan orang - orang Islam dalam menentang sebarang usaha untuk meminda Artikel 121 (1A) tercetus dari kenyataan Pak Lah yang mahu membincangkan pindaan - sokongan Najib dalam beberapa kenyataan beliau, kononnya akan berbuat yang terbaik untuk memuaskan semua pihak dalam meminda artikel tersebut dan akhirnya mengakibatkan 10 Menteri bukan Islam menghantar memorandum kepada Pak Lah sehingga Pak Lah menutup kembali luka itu dengan mengatakan pindaan tidak akan dilakukan. Namun luka masih berdarah lagi. Kita dapat melihat ada kumpulan - kumpulan mereka yang masih akan memperjuangkan isu - isu ini.
Bagi www.umno-reform.com - gelagat kepimpinan UMNO khususnya Pemuda yang sewajarnya melakukan sesuatu dengan keris yang dijulangnya senyap - hanya timbul bila setelah Pak Lah mengumumkan tidak ada sebarang pindaan perlu dibuat.
Bagi 10 mereka yang telah menghantar memorandum dan telah kini menarik balik memorandum tersebut - kita tahu dimana letak hati budi mereka. Mereka mencabar Islam itu sendiri.
2 Comments:
Malanglah kepada sesiapa yang tidak sedar matlamat penubuhan Umno, dulu-kini dan selamanya. Walaupun nampak indah, Umno memperjuangkan martabat bangsa Melayu, namun kayu ukur Umno untuk martabat bangsa tidak sama dengan kayu ukur orang Melayu di luar Umno. Bagi Umno, Melayu yang bermartabat ialah Melayu yang banyak harta! Orang Melayu bukan Umno kata Melayu bermartabat mestilah berkuasa besar, berjati diri, budayanya disanjung dan dimuliakan, bahasanya diguna pakai di mana-mana, tentulah juga Melayu yang kuat jaringan eknominya, tapi bukan dengan cara haram!
Bangsa Melayu tidak patut kaget dengan 'jualan murah-mahal' hak-hak Melayu kepada bukan Melayu dengan syarat pemimpin Umno terus berkuasa. Dengan kuasa mereka menguasai ekonomi, sekurang-kurangnya semua ahli keluarga pemimpin Umno terjamin ekonominya. Adakah mereka fikir jutaan Melayu bukan Umno apa lagi yang jauh-jauh di tanjung dan hulu?
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik-Sains-teknologi sekarang sudah cukup untuk meruntuhkan tamadun Melayu yang dahulu dibanggakan. Tak perlu tunggu lama-lama, 10 tahun sudah cukup untuk melihat lumpuhnya bangsa Melayu dalam negara dengan dasar ini. Kalau Melayu lumpuh tentulah ada puak yang menang, kan?
umno adalah parti yang bodoh.
Post a Comment
<< Home