Wednesday, January 25, 2006

Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia

Apakah terbuka pintu Murtad Di Malaysia Mahkamah Syariah telah berjaya menunjukkan keadilan bukan sahaja kepada mereka yang beragama Islam malah kepada mereka yang bukan beragama Islam. Itulah antara komen yang diberikan oleh kepimpinan kita dalam isu nyonya Tahir.
Kritikan isu Mohamad Abdullah @ Moorthy mungkin reda setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan untuk kes Nyonya Tahir. Alasan menyeluruh keputusan kes beliau belum kami terima lagi tetapi antara yang terkandung dalam media adalah surat wasiat beliau, pernah memohon untuk menukar nama dalam Kad Pengenalan dan sejak kecil tidak mengenali Islam.
Alasan ini seolah membawa kemenangan. Pak Lah jturut mengatakan keputusan itu menunjukkan Mahkamah Syariah tidak prajudis dan telah mengambil kira fakta - fakta yang ada. Apakah keputusan mahkamah bagi isu Nyonya Tahir memungkinkan - pembukaan pintu untuk permohonan murtad dalam negara ini.
Institut Pengembelingan Dan Pembangunan Komuniti di bawah Muhfuz Omar gusar kerana isu murtad - antara membolehkan dan menidakkan masih kabur dan memerlukan satu penjelasan definisi yang menyeluruh. Kes Nyonya Tahir ini akan jadi "precedent" dan setakat ini penjelasan harus di buat dengan lebih menyeluruh lagi agar "precedent" ini tidak disalah pakai untuk tujuan membolehkan sesiapa untuk murtad dengan lebih mudah lagi.
Majlis Raja - Raja selaku Ketua Agama Islam negara ini harus bertindak untuk menggariskan secara terperinci isu murtad dalam negara kita ini. Peruntukan undang - undang perlu jelas kerana kita tidak mahu melihat apa yang timbul dari penghakiman ini adalah timbulnya satu sistem bagi memudahkan orang - orang Islam untuk keluar dari pegangan Islam atau murtad.
Kita tidak seharusnya leka dengan keputusan Mahkamah Syariah sehingga kita lupa - wujudnya kemungkinan "precedent" ini melunaskan antara tuntutan yang telah digariskan oleh Inter Faith Commission Adalah lebih baik kita bertindak untuk menentukan peruntukan - peruntukan perundangan dari sudut Syariah dalam soal ini dengan mengambilkira dua keputusan Mahkamah Syariah baru - baru ini. Kita tidak mahu jalan untuk Murtad di buka secara tidak langsung oleh Mahkamah Syariah sendiri dalam usaha untuk memberi keadilan kepada Nyonya Tahir.
Apakah tidak keputusan ini memberi ruang untuk memudahkan murtad? Apakah dengan adanya wasiat, membuat deklarasi bersendirian sudah cukup untuk membolehkan seorang itu bertindak untuk murtad. Sedang Islam memandang serius mengenai isu murtad ini , kita sudah cukup bergembira dengan keputusan yang belum memberi gambaran keseluruhan mengenai isu murtad ini khususnya dari sudut perundangan. Mereka yang arif sila kemukakan pendapat anda.

28 Comments:

Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

8:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya khuatir ini akan jadi satu pembukaan kepada mereka utk murtad. Cabaran besar bagi Agama Islam. Saya setuju supaya kita mengkaji semula undang - undang murtad agar keharmonian tercapai. Satu soalan saya, kenapa ini berlaku dalam kepimpinan Hadhari Pak Lah?

10:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hadhari tercabar - membenarkan murtad. Semua ini berlaku kerana bangsa lain sepakat dalam memperjuangkan agama mereka sedangkan Melayu terus bertoleransi. Saya hairan kenapa kalau kita persoalkan mengenai kaum kita bakal diugut dengan tangkapan tetapi kalau Cina mencabar Islam , mengutuk Islam dan menjatuhkan maruah agama serta memainkan isu perkauman mereka berlalu begitu sahaja.

Malah semasa Suqiu mencabar perlembagaan dan hak asasi Melayu kita diam dan mereka bebas dengan perbincangan tertutup untuk menyelesaikan masalah antara kita dengan mereka setelah "damage has been done"

10:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

Satu persoalan yang menarik? Apakah mudah untuk kita memohon untuk keluar dari agama Islam? Saya percaya bahawa sebarang usaha kita untuk menunjukkan keadilan seperti yang Pak Lah kata harus berasaskan ketetapan ALLAH. ALLAH SWT telah mengariskan hukum - hukum mengenai mereka yang murtad, Mahkamah Syariah harus menerima pakai ketetapan ini. Saya yakin keputusan Mahakamah Syariah adalah keputusan terdesak dengan mengambil kira kedudukan pertelingkahan agama yang semakin ketara. Mahkamah Syariah tidak seharusnya memberi keputusan yang mudah malah harus menghujah dengan lebih detail lagi mengenai hukum keatas mereka yang murtad. Kita tidak mahu kelak orang pergi ke Mahkamah Syariah hantar wasiat - minta tukar nama dan mereka dipertimbangkan utk keluar dari agama. Mahkamah harus memberi ketegasan bahawa Murtad adalah kesalahan besar dan hukumannya adalah paling berat. Nyatakan ketetapan ini dan buat keputusan suapa mereka yang lain sedar - bila sudah mengamalkan ISlam tidak ada jalan keluar mudah.

10:51 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya ingin mendapat pandangan umum mengenai perkataan 'murtad' dan 'convert' ini. saya dilahirkan bukan beragama islam tetapi setelah berusia 5 tahun keluarga kami di"islam"kan secara beramai-ramai di Sabah dan mendapat berbagai-bagai habuan seperti pangkat dan pekerjaan semasa era kerajaan USNO/BERJAYA. tetapi ramai golongan seperti kami ini yg membesar tidak mempraktikkan agama tersebut dan kini hidup sebagai bukan islam, seperti saya.
jadi..bagaimana dan dimanakah hak beragama saya didalam perlembagaan malaysia yg memberi KEBEBASAN untuk rakyatnya menganut agama pilihannya jika golongan seperti saya apabila memohon untuk menukar status KP saya yg berstatus "muslim" tidak dilayan oleh MUIS kerana menanggap saya masih seorang muslim walhal saya sendiri tidak mengenali agama tersebut. kes moorthy dan nyonya tahir telah membuka lembaran baru bagi golongan kami utk menuntut keadilan dan kebebasan beragama di negara ini.

11:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

say berpendapat tiada salahnya jika penganut islam hendak tinggalkan agama islam. agama islam haruslah bersikap terbuka and tidak perlu takut kepada fahaman dan agama lain. itu adalah hak individu.

just do the best.

7:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

Jay, ketetapan dalam agama Islam bukan boleh di pinda - pinda macam perlembagaan. Di tetapkan murtad dengan hukumannya dan ini tidak boleh dipinda. Saya syorkan kalau hanya mahu masuk Islam kerana mahu berkahwin, fikir dua ratus kali. Penganut Islam bukan takut tetapi menerima segala ketetapan yang telah dibuat oleh ALLAH

11:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

Agama Islam sendiri bersifat universal. oleh kerana ia bersifat universal tiada apa yang boleh meruntuhkan fahaman agama islam. tetapi dengan menghalang sesiapa untuk membuat pilihan dalam mengikuti agama lain, ini hanya akan melemahkan Islam. Islam tidak perlu takut kepada sesiapa yang meninggalkan agamanya.
Banyak juga penganut agama lain memeluk agama islam. Islam tidak akan runtuh hanya kerana ada yang berpendapat lain. Islam has been on earth for more than a thousand years. its solid. it wont vanish.

Saya berpendapat agama Islam boleh berkembang lagi jika penganutnya bersikap lebih terbuka dan meneruskan perjuangan dengan lebih rasional.

1:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat Jay, kalau seseorang itu tak mau menjadi muslim lagi, kita tak patut memaksa mereka. Perkataan "tiada paksaan dalam Islam" seperti sudah menjadi satu cliche, satu perkataan yang tidak diendahkan. "Islam was built on solid foundation" tak ada apa yang patut dirisaukan jika segelintir ingin meninggalkannya. Judaism, Christianity, Hindu, Buddhism tidak mengugut akan membunuh pengikut mereka yang ingin bertukar. Ramai Hindu yang menukar ugama tetapi saya fikir Hinduism tidak pun/akan lenyap. Seperti anonymous 11:25am yang tidak pernah hidup seperti Muslim, yang ibubapanya menjadi Muslim kerana "economic reason" berilah kebebasan untuk mereka memilih, jangan merantai mereka pada satu kepercayan yang mereka tidak hormati, akhirnya kita yang rugi.

12:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat yang diutarkan oleh Jay. Apa yang Jay ingin sampaikan adalah Agama Islam tidak akan pupus sama sekali oleh kerana perilakuan oleh segelintir penganutnya yang menganut agama Islam. It's a universal religion, so why we should be scared... Jika hari ini 20 orang penganut Islam meninggalkan agama ini dan menganut agama lain...saya yakin dan akur....bahawa keesokan harinya.....lebih 200 orang dari agama lain akan mengikut pegangan Islam dan menganutnya. It's depends on how every human understand about themselves

2:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

I look forward to the day when I can meet people who are Muslims inside ie no outwardly appearance, name nor culture will determine their faith and creed, but only their religious convictions. I have met Canadian caucasian muslims and business suited Egyptian Muslims in Australian who really gave me no idea that they were Muslims in all their appearance, talk, names etc. except for the fact that they volunteered to disclose their faith. Wouldn't that be nice instead of exhibiting the faith?
Religion free of culture, tradition, customs and norm is indeed pure and universal. In Malaysia unfortunately, Malay customs, culture, traditions etc. have made it a unique brand of Islam - same goes for Christianity - one denomination ( there are hundreds ) with traditions etc. versus another that eg goes Sola Scripture ( me ) without all those - again Christianity being universal, same with Buddhism, Hinduism etc.

Peace and have a good weekend and holiday.

8:33 PM  
Anonymous Anonymous said...

Agak aneh kalau seorang yang tidak lagi beriman dan tidak percaya lagi kepada Islam, mahu dipaksa kekal di dalam Islam.

Mungkin orang yang demikian diistilahkan sebagai murtad.

Tapi sama ada pintu murtad terbuka atau tidak, pada hakikatnya dia telah pun keluar dari Islam.

Jadi tak payahlzh sibuk-sibuk hendak menutup pintu murtad. Tak ada gunanya.

10:59 PM  
Anonymous Anonymous said...

Saya kasihan benar dengan berbagai luahan manusia tentang agama. Kenapa ianya boleh jadi begitu? Maknanya ada yang tidak kena! Islam bukanlah agama, tetapi jalan hidup yang Tuhan tentukan dan tetapkan buat semua insan di dunia. Jika jalan Tuhan sudah dibentukkan sebagai agama, sudah tentulah pincang jadinya. Ini yang berlaku sekarang. Jika kita semua sudah berada di jalan Tuhan yang sebenar, sudah tentu kita tidak akan masuk lagi ke jalan lain. Ini yang Tuhan tentukan. Jadinya kenapa perkara macam ini, berebut memperkatakan tentang agama berlaku sekarang? Inilah masanya kebenaran yang sebenar orang ramai perlu tahu. Iaitu benarkah Islam yang ada sekarang ini adalah Islam yang sebenar? Tidakkah kita semua terfikir di akhir zaman semua manusia sebenarnya sesat. Jika tidak takkan jalan yang sebenar tidak jumpa-jumpa lagi? Adanya keraguan dan adanya tanda tanya dan adanya yang perlu dibuat begitu begini, jelas nyata mereka ini tak jumpa-jumpa lagi jalan Tuhan yang sebenar? Wake up everybody! Islam Maha Suci dan Maha Mulia, tetapi kenapa Islam boleh dihina dan dipertikaikan? Jalan Tuhan tidak ada ruang untuk dihina dan dipertikaikan. Jalan Tuhan, ia-itu Islam Maha Suci dan Maha Mulia. Jadinya kenapa Islam sekarang ini ada ruang untuk dihina dan dipertikaikan? Kita pastikah ianya benar Islam?Benarkah rasul Tuhan tidak perlu Tuhan turunkan lagi? Jika begini yang dikatakan, beginilah seterusnya kita semua bergaduh pasal agama. Inilah persoalannya sekarang! Kita perlu fahamkan sifat Tuhan yang ini, ia-itu Maha Berkuasa. Bila kuasa Tuhan dihadkan inilah jadinya. Jadinya, manusia yang berada di zaman serba maju ini masih tercari-cari dan masih terumbang ambing. Seharusnya ulamak yang perlu jawab persoalan ini!

9:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

Dari segi hukum, di Malaysia barangkali pintu murtad memang tidak terbuka (maknanya orang murtad tidak boleh keluar Islam).

Tapi dari segi realiti, tidak ada sesiapa (kecuali Allah) yang boleh menghalang seseorang yang murtad tu keluar dari Islam.

Kalau seseorang tu dah tak beriman dan dah tak percaya lagi pada Islam, bukankankah dia sudah terkeluar dari Islam?

Jadi apa gunya pintu murtad itu ditutup?

Ataupun ada di antara kita yang masih mahu membunuh orang murtad?

11:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

Masalah kita bukannya pintu murtad terbuka atau tidak. Kita harus tangani masalah mengapa orang Islam mahu murtad.
Tidak ada sedikit sebab pun kita mesti memilih ugama lain atau tidak beragama langsung. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap; ia mengatur bagaimana kita menjalani kehidupan kita setiap hari. Kita diajar cara makan, tidur, berjalan, belajar, berkawan, bekerja, kahwin, berekonomi, berpolitik, mengingati Allah, dan seterusnya.
Kita datang dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya. Tidak ada sedikit pun yang tak kena dengan Islam. Yang tak kena adalah peribadi orang2 Islam yang kita lihat - yang rasuah, yang samseng, yang gila betina, yang kaki arak, yang kaki judi,yang mulut celupar dll - kadang2 ditunjuki oleh orang2 kenamaan sendiri - ciri2 yang sangat dibenci oleh Islam.
Masalah kita sekarang adalah kita tak kenal Islam. Kalau nak kenal, mesti belajar. Nak belajar mesti cari guru, buku dan sekolah/ surau/masjid. Kalau tak mau pergi masjid atau belajar dengan guru lagi, tak apa - tetapi cari buku dulu. Beli buku - bukan mengenai fiqah, muamalat, tasauf etc - tetapi buku mengenai keindahan Islam terutamanya buku2 yang ditulis oleh pendatang baru keIslam spt Mariam Jameela. Juga bacalah "The Road To Mecca" oleh Mohamad Asad, yang asalnya Yahudi (Saba Islamic Media - PKNS Complex, Shah Alam), Halal Dan Haram oleh Sheikh Yusuf Qardhawi. Buku2 ini dapat membantu kita menghargai Islam. Bila kita kenal Islam, dengan sendirinya kita akan tekad untuk duduk dalam Islam dan tak akan mahu keluar, InshaAllah. (Yang tinggal di Shah Alam, cuba datang ke Surau Annajahiyah di 19/6, Seksyen 19,untuk kuliah maghrib (hampir setiap hari)- berbagai2 topik dapat dipelajari).
Kalau orang asing mahu peluk Islam, kenapa kita mahu keluar?

5:57 PM  
Anonymous Anonymous said...

nak keluar dari Islam kerana nak bebas minum arak, bebas makan babi, bebas melakukan hubungan seks tanpa nikah, bebas berpakaian/berbogel, bebas berjudi, bebas menukarkan jantina, bebas berhibur, bebas bersosial..., ATAU kerana cinta/nafsu???????

mengapa manusia menetapkan kebebasan itu mengikut kemahuan mereka TETAPI tidak mahu mengikut peraturan oleh PENCIPTA MANUSIA, Pencipta segala yg dapat dilihat, disentuh, didengar, dirasai dan dibayangkan dlm fikiran.., everything...

Islam bukan setakat Agama manusia/bangsa itu..ini.., tapi Islam adalah tujuan penghidupan..

ISLAM bukanlah AGAMA PENDAPAT mengikut fikiran manusia, tetapi adalah WAHYU..petunjuk dari PENCIPTA MANUSIA..PENCIPTA segala2nya..

jadi tdk perlu samakan ISLAM dgn anutan/kepercayaan/agama lain..

manusia adalah makhluk yg sentiasa menuntut hak, diberi, dan menuntut lagi dan terus dan terus...

manusia patut MALU dgn PENCIPTAnya..

2:52 PM  
Anonymous Anonymous said...

Lihatlah Indonesia sebagai pengalaman dan pengajaran. Orang keluar masuk Islam seperti keluar masuk kedai makan.
Tidakkah status quo yg dialamai Malaysia sekurang2nya menenangkan iklum sosial negara? Memang kalau nak murtad, tak perlu daftar pun dah banyak berlaku. Itu Lina Joy dah lama jadi Kristen, dia dah dapat apa yg dia mahu. Kita masih muslim juga kan, namun janganlah tambah bilangan Lina joy dengan menabur borang murtad kepada awam. Siapa nak murtad, dah begitu kehendaknya,biarlah antara dia dengan Allah. Selagi Islam menghalang murtad, kita pertahankan sebaik2nya. Pada saya lebih baik kita masih bersaudara muslim yang tidak tegar daripada hanya bersahabat taulan dengan bekas-bekas saudara seIslam. Bagi yang tidak merasa wajibnya menjaga nasib saudara seagama, tidak sedih dengan ancaman azab di akhirat tentulah senang2 mempersilakan orang murtad. Hanya yang terasa mahu menyelamatkan manusia (Islam dan bukan Islam)daripada azab Allah, tetap mahu menjaga aqidah Islam setiap muslim. Orang seperti ini tetap mahu menyampaikan dakwah Islam, kerana Islam membawa sejahtera dunia akhirat. Biar kita bicara yang jangkauannya sampai akhirat, bukan setakat di Ulu Kelang atau Jertih saja!

4:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

KEPADA yang masih meragui kebebasan beragama and liberalisme. artikel in dipetik dari sebuah suratkhabar utama di UK.bacalah dan fahamilah betapa hebatnya sumbangan islam and hentikanlah perbincangan yang tidak munasabah seperti isu murtad and hudud.


How Islamic inventors changed the world

The Independent, UK

From coffee to cheques and the three-course meal, the Muslim world has given us many innovations that we take for granted in daily life. As a new exhibition opens, Paul Vallely nominates 20 of the most influential-and identifies the men of genius behind them.

1. The story goes that an Arab named Khalid was tending his goats in the Kaffa region of southern Ethiopia, when he noticed his animals became livelier after eating a certain berry. He boiled the berries to make the first coffee. Certainly the first record of the drink is of beans exported from Ethiopia to Yemen where Sufis drank it to stay awake all night to pray on special occasions. By the late 15th century it had arrived in Mecca and Turkey from where it made its way to Venice in 1645. It was brought to England in 1650 by a Turk named Pasqua Rosee who opened the first coffee house in Lombard Street in the City of London. The Arabic qahwa became the Turkish kahve then the Italian caffé and then English coffee.

2. The ancient Greeks thought our eyes emitted rays, like a laser, which enabled us to see. The first person to realise that light enters the eye, rather than leaving it, was the 10th-century Muslim mathematician, astronomer and physicist Ibn al-Haitham. He invented the first pin-hole camera after noticing the way light came through a hole in window shutters. The smaller the hole, the better the picture, he worked out, and set up the first Camera Obscura (from the Arab word qamara for a dark or private room). He is also credited with being the first man to shift physics from a philosophical activity to an experimental one.

3. A form of chess was played in ancient India but the game was developed into the form we know it today in Persia. From there it spread westward to Europe - where it was introduced by the Moors in Spain in the 10th century - and eastward as far as Japan. The word rook comes from the Persian rukh, which means chariot.

4. A thousand years before the Wright brothers a Muslim poet, astronomer, musician and engineer named Abbas ibn Firnas made several attempts to construct a flying machine. In 852 he jumped from the minaret of the Grand Mosque in Cordoba using a loose cloak stiffened with wooden struts. He hoped to glide like a bird. He didn't. But the cloak slowed his fall, creating what is thought to be the first parachute, and leaving him with only minor injuries. In 875, aged 70, having perfected a machine of silk and eagles' feathers he tried again, jumping from a mountain. He flew to a significant height and stayed aloft for ten minutes but crashed on landing - concluding, correctly, that it was because he had not given his device a tail so it would stall on landing. Baghdad international airport and a crater on the Moon are named after him.

5. Washing and bathing are religious requirements for Muslims, which is perhaps why they perfected the recipe for soap which we still use today. The ancient Egyptians had soap of a kind, as did the Romans who used it more as a pomade. But it was the Arabs who combined vegetable oils with sodium hydroxide and aromatics such as thyme oil. One of the Crusaders' most striking characteristics, to Arab nostrils, was that they did not wash. Shampoo was introduced to England by a Muslim who opened Mahomed's Indian Vapour Baths on Brighton seafront in 1759 and was appointed Shampooing Surgeon to Kings George IV and William IV.

6. Distillation, the means of separating liquids through differences in their boiling points, was invented around the year 800 by Islam's foremost scientist, Jabir ibn Hayyan, who transformed alchemy into chemistry, inventing many of the basic processes and apparatus still in use today - liquefaction, crystallisation, distillation, purification, oxidisation, evaporation and filtration. As well as discovering sulphuric and nitric acid, he invented the alembic still, giving the world intense rosewater and other perfumes and alcoholic spirits (although drinking them is haram, or forbidden, in Islam). Ibn Hayyan emphasised systematic experimentation and was the founder of modern chemistry.

7. The crank-shaft is a device which translates rotary into linear motion and is central to much of the machinery in the modern world, not least the internal combustion engine. One of the most important mechanical inventions in the history of humankind, it was created by an ingenious Muslim engineer called al-Jazari to raise water for irrigation. His 1206 Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices shows he also invented or refined the use of valves and pistons, devised some of the first mechanical clocks driven by water and weights, and was the father of robotics. Among his 50 other inventions was the combination lock.

8. Quilting is a method of sewing or tying two layers of cloth with a layer of insulating material in between. It is not clear whether it was invented in the Muslim world or whether it was imported there from India or China. But it certainly came to the West via the Crusaders. They saw it used by Saracen warriors, who wore straw-filled quilted canvas shirts instead of armour. As well as a form of protection, it proved an effective guard against the chafing of the Crusaders' metal armour and was an effective form of insulation - so much so that it became a cottage industry back home in colder climates such as Britain and Holland.

9. The pointed arch so characteristic of Europe's Gothic cathedrals was an invention borrowed from Islamic architecture. It was much stronger than the rounded arch used by the Romans and Normans, thus allowing the building of bigger, higher, more complex and grander buildings. Other borrowings from Muslim genius included ribbed vaulting, rose windows and dome-building techniques. Europe's castles were also adapted to copy the Islamic world's - with arrow slits, battlements, a barbican and parapets. Square towers and keeps gave way to more easily defended round ones. Henry V's castle architect was a Muslim.

10. Many modern surgical instruments are of exactly the same design as those devised in the 10th century by a Muslim surgeon called al-Zahrawi. His scalpels, bone saws, forceps, fine scissors for eye surgery and many of the 200 instruments he devised are recognisable to a modern surgeon. It was he who discovered that catgut used for internal stitches dissolves away naturally (a discovery he made when his monkey ate his lute strings) and that it can be also used to make medicine capsules. In the 13th century, another Muslim medic named Ibn Nafis described the circulation of the blood, 300 years before William Harvey discovered it. Muslims doctors also invented anaesthetics of opium and alcohol mixes and developed hollow needles to suck cataracts from eyes in a technique still used today.

11. The windmill was invented in 634 for a Persian caliph and was used to grind corn and draw up water for irrigation. In the vast deserts of Arabia, when the seasonal streams ran dry, the only source of power was the wind which blew steadily from one direction for months. Mills had six or 12 sails covered in fabric or palm leaves. It was 500 years before the first windmill was seen in Europe.

12. The technique of inoculation was not invented by Jenner and Pasteur but was devised in the Muslim world and brought to Europe from Turkey by the wife of the English ambassador to Istanbul in 1724. Children in Turkey were vaccinated with cowpox to fight the deadly smallpox at least 50 years before the West discovered it.

13. The fountain pen was invented for the Sultan of Egypt in 953 after he demanded a pen which would not stain his hands or clothes. It held ink in a reservoir and, as with modern pens, fed ink to the nib by a combination of gravity and capillary action.

14. The system of numbering in use all round the world is probably Indian in origin but the style of the numerals is Arabic and first appears in print in the work of the Muslim mathematicians al-Khwarizmi and al-Kindi around 825. Algebra was named after al-Khwarizmi's book, Al-Jabr wa-al-Muqabilah, much of whose contents are still in use. The work of Muslim maths scholars was imported into Europe 300 years later by the Italian mathematician Fibonacci. Algorithms and much of the theory of trigonometry came from the Muslim world. And Al-Kindi's discovery of frequency analysis rendered all the codes of the ancient world soluble and created the basis of modern cryptology.

15. Ali ibn Nafi, known by his nickname of Ziryab (Blackbird) came from Iraq to Cordoba in the 9th century and brought with him the concept of the three-course meal - soup, followed by fish or meat, then fruit and nuts. He also introduced crystal glasses (which had been invented after experiments with rock crystal by Abbas ibn Firnas - see No 4).

16. Carpets were regarded as part of Paradise by medieval Muslims, thanks to their advanced weaving techniques, new tinctures from Islamic chemistry and highly developed sense of pattern and arabesque which were the basis of Islam's non-representational art. In contrast, Europe's floors were distinctly earthly, not to say earthy, until Arabian and Persian carpets were introduced. In England, as Erasmus recorded, floors were "covered in rushes, occasionally renewed, but so imperfectly that the bottom layer is left undisturbed, sometimes for 20 years, harbouring expectoration, vomiting, the leakage of dogs and men, ale droppings, scraps of fish, and other abominations not fit to be mentioned". Carpets, unsurprisingly, caught on quickly.

17. The modern cheque comes from the Arabic saqq, a written vow to pay for goods when they were delivered, to avoid money having to be transported across dangerous terrain. In the 9th century, a Muslim businessman could cash a cheque in China drawn on his bank in Baghdad.

18. By the 9th century, many Muslim scholars took it for granted that the Earth was a sphere. The proof, said astronomer Ibn Hazm, "is that the Sun is always vertical to a particular spot on Earth". It was 500 years before that realisation dawned on Galileo. The calculations of Muslim astronomers were so accurate that in the 9th century they reckoned the Earth's circumference to be 40,253.4km - less than 200km out. The scholar al-Idrisi took a globe depicting the world to the court of King Roger of Sicily in 1139.

19. Though the Chinese invented saltpetre gunpowder, and used it in their fireworks, it was the Arabs who worked out that it could be purified using potassium nitrate for military use. Muslim incendiary devices terrified the Crusaders. By the 15th century they had invented both a rocket, which they called a "self-moving and combusting egg", and a torpedo - a self-propelled pear-shaped bomb with a spear at the front which impaled itself in enemy ships and then blew up.

20. Medieval Europe had kitchen and herb gardens, but it was the Arabs who developed the idea of the garden as a place of beauty and meditation. The first royal pleasure gardens in Europe were opened in 11th-century Muslim Spain. Flowers which originated in Muslim gardens include the carnation and the tulip.

2:50 PM  
Blogger Gundohing said...

Periksa usul kenapa orang Islam masuk Kristian atau mengapa orang Kristian masuk Islam. Cuba kaji sebab dulu.

http://www.nytimes.com/packages/khtml/2004/04/05/international/20040 406_RWAN_AUDIOSS.html

Very interesting link...Muslim population in Rwanda reaches a high of 15 % because of their peaceful and civilized attitude...does this teach us a lesson or what? Also it is worth mentioning that the attitude of the Christian Pastors who helped in the massacres that took away millions of lives in Rwanda should not form our opinions of what Christianity is all about...just like the crimes committed by Muslims are not representative of what Islam is! This is not a shout of joy for the conversions that took place...because in other parts of the world this situation might have happened in reverse ( i.e. Muslims converting to Christianity or any other religion) it is rather a cry for more understanding and tolerance and also for a stronger commitment to the tenets of one's religion...peace, forgiveness, honesty and mercy...

11:15 AM  
Blogger Dek Mat said...

kalau kita paksa mereka tukar fikiran daripada murtad atau kita bunuh mereka adakah kami boleh pasti masuk ke syurga?

saya rasa tidak...

2:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

sejarah zaman nabi pun ade mengenakan hukum bagi org yg murtad...bunuh!!kebebasan beragama utk yg masih kafir...jadi org yg lahir suci sbg seorg islam knp mesti menggelapkan diri dgn menganuti agama yg karut dan yg telah diubah suai tu...fikirlah..tak cukup lagi ker aper yg telah kita dpt tahu cara mati seseorg yg kufur terhadap agamanyer...dan cara mati org yg suci disisinyer(allah)

4:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

kita cuma mpunyai 1 shja Tuhan..tdk ujud pelbagai Tuhan..adakan anonymous suda prnh mgalami alam kmatian..?

bagaimana paksaan masuk islam bramai2 d sabah..?adakah itu betul dan direstui..?

mngapa ada yg mgatakan org dr agama lain masuk islam adalah satu jalan yg betul..?itu mmg x salah sbb semua agama adalah baik..tp mgapa org islam yg hendak masuk agama lain dikatakan satu dosa yg paling besar dan x blh dmaafkan.?

ada yg masuk islam dan berkawin dgn org islam dan mgamalkan ajaran dgn baik tp keluarga yg mmg origin islam tu x prnh m'amalkan kewajipan spt smbyg 5 waktu,puasa ,zakat dll? malah mhina org yg bkn origin islam..?jd bagaimana perasaan org tu?bila nak keluar smula,mcm2 alasan or peruntukan or undang2 or hukuman utk mhalangnya keluar dr islam..?adakah itu kebahagian..?

agama2 lain yg mengetahui org yg ingin msk islam x pernah mbuat undang2 or memberi hukuman kpd org tsebut..?kenapa? sbb Tuhan adalah pyayang..

tapi apa yg saya t'tanya2 sehingga hari ini,mgapa ada peristiwa yg memaksa masuk islam bramai2 dan memberi habuan yg lumayan,pangkat yg besar dan nama yang dhormati..?padahal org2 yg dpaksa itu sudah mpunyai agama..adakah itu bkn ksalahan..?islam mgatakan tdk ada pkataan 'paksaan' dlm islam..

1:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

bkn semestinya keluar islam,org tu mahu mgamalkan minum arak,seks bebas or mkn babi..mmg ada jg..tp jan lihat kpda itu shaja..bagaimana pula yg mmg origin islam..?ada yg islam tp mcm setan..siang berpuasa tp mlm pegi jackpot,clubbing n minum smpi pagi dan bw ppuan walaupun dah b'isteri?

saya prnh ada seorg kawan islam yg mpunyai kwn btudung labuh tapi bila ppuan tu buka tudung,love bite ada d mana2 even d payudara..?so camana tu.?

bagaimana penangkapan maksiat d hutan2 or taman yg b'alaskan tudung..?adakah itu namanya hormat..?

jadi tdk wajar la mgatakan agama bkn islam mgajar perkara2 seperti yg tertulis di atas sekali..

dan saya mgatakan semua agama mgajar ajaran yg baik dan tdk prnh mgajar yg salah d sisi agama..semua kelakuan jahat adalah dr pganut agama2 itu sndri x kira la dia tu islam,hindu,kristian,buddish or wat ever..

jadi jangan menghakimi agama2 lain..

1:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

perlu fahami maksud kebebasan agama...... jika masing-2 memperjuangkan agama masing2, saya percaya padah akhirnya. maksudnya tiada pun termaktub dalam injil, al-quran mengatakan, arab+melayu dll mesti beragama islam? dan mat salleh+ dll adalah beragama kristian atau agama lainnya......

kita kena ingat kita bukan duduk di bawah tempurung..... kita kena tengok persekitaran luar kita...

4:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

apakah maksud kafir? tidak perlu saya jelaskan kerana saya orang kafir? maksud kafir jelas berbeza dengan falsafah duniawi.

4:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

masalah murtad berlaku sejak dulu.bkn hnya d bwh pimpinan pak lah.kita kena tnya umat islam itu sendiri.iaslam hadhari cuma satu pendekatan ke arah pembangunan untuk umat islam.kita juga kena tny kenapa pemimpin islam skang tak mahu bersatu.sibuk dgn harta dan kuasa hingga sanggup berkompromi dgn org bkan islsm..think about it..

10:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

saya amat tertarik dgn isu yg di utarakan ni. Bg saya, ini adalah isu yg besar yg tak pernah padam sampai bila2 yg harus DIPERANGI hingga ke akar umbi.Bkn bermaksud utk berfikiran sempit tetapi inilah yg wajib diperjuangkan oleh penganut Islam seluruhnya demi menyelamatkan akidah saudara2 seagama. Jika kita soroti kisah Saidina Abu Bakar di zaman pemerintahan khulafa ar-rashidin, beliau memerangi puak2 yg murtad secara besar-besaran waktu itu. Sekiranya ia bukanlah isu yg serius, tentunya beliau tidak akan mengambil tindakan sebegitu. Tetapi
oleh kerana ini melibatkan AKIDAH, ia bukan sesuatu isu yg boleh dipinggirkan lebih2 lagi jika ia berlaku di dlm sebuah negara yg dinobatkan sbg negara ISLAM. "tiada paksaan dlm Islam" inilah frasa yg seringkali disalahertikan oleh org2 Islam sendiri lebih2 lagi org2 kita. Saya berpendapat begini..saya beri contoh spt Askar/tentera. Ini sekadar utk mudah faham apa yg saya ingin sampaikan.Mungkin perumpamaan ini kurang tepat tetapi boleh digunakan utk kita sama2 renungkan. Kita tak boleh Paksa org utk masuk tentera tapi bila shj dia sendiri yg menawarkan diri utk masuk tentera dan bila shj dia telah diterima masuk, maka dia WAJIB mnjlnkan tggjwb & tugas2 sbg seorang tentera. Malah ia termasuk etika berpakaian dan pelbagai protokol ketenteraan bagi mencerminkan imej seorang tentera. Sekiranya seorang tentera mengingkari semuanya, dia akan didenda/dihukum dgn undang2 ketenteraan. Begitu juga dgn pelbagai profesion lain. Saya tidak bermaksud utk menyamatarafkan agama dan profesion . Tetapi kaedahnya lebih kurang sama. Kita tak boleh paksa org memeluk Islam tetapi jika dia telah memeluk Islam, dia Wajib menjalankan tggjwb sbg seorang Islam spt solat, puasa, zakat dsb termasuk utk TIDAK keluar dari ISLAM. Semua org akui bahawa setiap undang2 tertentu utk org2 tertentu d dunia ni ada hukuman tertentu baginya sekiranya undang2 tersebut diingkari. Begitu juga dgn Islam di atas kesalahan Murtad td. Dan wajib bagi sebuah negara ISLAM memartabatkan UNDANG2 ISLAM lebih daripada undang2 lain termasuk perlembagaan yg saya secara peribadi menganggapnya syirik. Renung2kan wahai saudara2ku. salam.

10:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Masuk Islam pun Allah tak tahu tu yang keluarpun bila-bila masa.

11:46 AM  

Post a Comment

<< Home