Sebenarnya agak pelik bila kita di serang dengan isu – isu rasis oleh negara luar seperti Singapura, kita bertindak untuk mengambil keputusan untuk diam. Pemuda UMNO khususnya yang mengatakan bahawa tidak ada kompromi bila ada persoalan mengenai isu bangsa khususnya Melayu mengambil keputusan bila Singapura bertindak untuk memanaskan perhubungan etnik di Malaysia. Mungkin Singapura menjangka dengan kekucar-kaciran Malaysia dari segi kestabilan sosiopolitik maka ini akan memberi keuntungan kepada mereka?
Sebenarnya kenyataan Lee Kuan Yew itu adalah serangan bentuk baru. Ini adalah serangan Singapura ke atas Malaysia dan kita di Malaysia masih melihat Singapura sebagai jiran yang akrab. Mungkin ada benarnya pegangan Tun Dr Mahathir mengenai Singapura.
Kaum Cina dan India Malaysia bersetuju?
Mungkin kaum Cina dan kaum lain di Malaysia bersetuju bahawa mereka ditindas oleh kepimpinan negara ini? Mungkin MCA dan komponen kaum lain dalam Barisan Nasional juga bersetuju dengan kenyataan Lee Kuan Yew? Mungkin keseluruhan kaum-kaum lain turut bersetuju dengan apa yang disebut sebagai penindasan terhadap kaum lain di Malaysia oleh Lee Kuan Yew.
Kalau benar maka MCA, Gerakan dan MIC sebagai parti yang majoriti Cina dan India harus memberi pendapat dan kenyataan yang jelas dan jujur mengenai kenyataan Lee Kuan Yew. Adakah sebenarnya mereka tertekan dengan kenyataan tersebut ataupun mereka menekankan mengenai kebenaran kenyataan Lee Kuan Yew.
Adakah Malaysia negara yang menindas kaum-kaum lain yang rata-rata lebih maju dari Melayu dan Bumiputera? Adakah Malaysia menindas kaum-kaum lain dengan kaum - kaum ini juga memimpin dan mentadbir negara ini. Adakah kita dalam konteks kongsi kuasa tidak menunjukkan bahawa kaum lain di Malaysia mempunyai taraf dan kedudukan yang baik malah lebih baik dengan pegangan ekonomi di tangan mereka.
Mungkin sebenarnya kita tidak faham mengenai serangan Lee Kuan Yew terhadap kita tetapi setakat hari ini, bukan sahaja Melayu dalam kepimpinan negara ini senyap malah kaum-kaum lain turut senyap seolah-olah bersetuju dengan Lee Kuan Yew dalam isu ini.
Apa pun kita harus meneliti ketidakpuasan hati kaum lain sekiranya tidak melibatkan isu-isu seperti fundamental Agama. Kita harus mengambil serius dengan kenyataan – kenyataan yang dibuat oleh Singapura kerana sebenarnya kenyataan ini adalah kenyataan yang diharap dapat mengundang bencana buat negara kita. Kita harus sedarkan seluruh rakyat kita mengenai erti dan makna Keadilan Sosial dan kenapa kita perlu menjalankan dasar - dasar yang memberi sedikit keutamaan kepada bumiputera dengan tidak menindas kaum lain.