Sunday, January 13, 2008

Dah la...


www.umno-reform.com telah mengatakan bahawa pada pilihan raya akan datang pemilihan mereka yang mewakili Barisan Nasional sebagai wakil adalah penting. Ini adalah untuk memastikan Barisan Nasional khususnya UMNO terus mendapat mandat dari rakyat. Kerajaan Barisan Nasional juga perlu memastikan perubahan dalam menteri kabinet agar kerajaan Barisan Nasional tidak dianggap usang dengan kepimpinan yang sudah tidak nampak lagi memberi kesan dan penuh kontroversi. Melalui Email dan SMS yang di kirim kepada kami berikut adalah antara mereka yang dikatakan perlu digugurkan bukan sahaja dari mewakili UMNO malah dari senarai kabinet akan datang. Adakah anda setuju dengan panggilan untuk mereka ini bersara dari politik dan adakah anda turut menyarankan agar UMNO menggantikan mereka dengan kepimpinan baru yang dapat membawa langkah seterusnya dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara? Siapa lagi pada pendapat anda patut di gugurkan untuk memastikan UMNO terus relevan.

Tuesday, January 08, 2008

SPR dan Demokrasi

Norza Zakaria

" Kian jelas taktik pembangkang kerana bila mereka menang, mereka diam tapi bila kalah, mereka tuduh SPR sebagai punca kekalahan. Sebagai ahli politik, kita tidak boleh mengkambinghitamkan SPR atau Tan Sri Abdul Rashid, sebaliknya mendidik rakyat terutama penyokong mengenai kebaikan mengundi dan hak sebagai pengundi, bukan memberi persepsi yang negatif terhadap SPR kepada rakyat Malaysia. Ini berbahaya." klik sini

Salahuddin Ayub

" Kita semua mahukan negara Malaysia ini benar-benar menikmati pilihan raya yang adil dan sistem yang telus. Maknanya ketelusan kepada sistem dan bukan peti undi. Pas mahu ketelusan dalam menguruskan pilihan raya. Badan yang diamanahkan menguruskan pilihan raya tidak nampak berpihak. Ini yang Pas mahu. Kalau benarlah cop jari itu digunakan dalam pilihan raya akan datang, ini bermakna satu daripada empat yang Pas minta sudah dilaksanakan. Saya sangat bersyukur. klik sini

Secara terbuka, kita berdiskusi mengenai SPR yang kini menjadi isu penting dalam kita menghadapi pilihan raya. Saya menjemput semua untuk berdiskusi mengenai tuduhan penyelewengan dan ketidaktelusan SPR. Akhbar Mingguan Malaysia, memaparkan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Dewan Pemuda PAS dalam topik SPR dan Demokrasi.

Suara Keadilan keluaran 16 Januari 2008 mengatakan bahawa " Tien Chua" - BERSIH ( gabungan NGO) akan terus menolak RASHID dan PAS "Dr Zul" - mengatakan Rashid cemar pilihan raya sementara Datuk Norza dalam justifikasinya mengatakan, jika kerajaan tidak memikirkan kepentingan institusi melebihi individu dan mahu menang pilihan raya, kerajaan boleh meletakkan ejen kerajaan sebagai pengerusi SPR yang baru. Justeru, apa bezanya?.

Apa pula kata anda?

Thursday, January 03, 2008

Hindraf - Ganas dan Batu Caves menyala


Sungguh mengelirukan

Laman-laman pro-pembangkang banyak yang mengatakan bahawa Hindraf adalah hasil kolaborasi Khairy Jamaluddin @ UMNO dengan P Uthayakumar dan kepimpinan Hindraf. Ada komen yang kami terima turut menggariskan bahawa isu Hindraf adalah untuk mengembalikan sokongan Melayu pada UMNO dan Hindraf adalah satu pertubuhan tidak berdaftar yang aman dan tidak bertindak ganas. Dalam komen-komen di www.arahkita.blogspot.com, ada yang mengatakan bahawa Hindraf TIDAK ANTI MELAYU tetapi malang memorandum mereka tertulis berlainan. Antara pengikut Hindraf mengatakan bahawa Hindraf pada asalnya adalah untuk menuntut penindasan terhadap kaum India dihapuskan tetapi akhirnya bergerak menuruti landasan politik serta mempunyai motif politik. Apa pun isu Hindraf belum berakhir. Mereka semakin berkembang dan mereka semakin lantang dengan penahanan 5 kepimpinan mereka dalam ISA.

Berbincangan antara rakan banyak yang mengatakan bahawa Hindraf adalah isu ciptaan UMNO tetapi tersasar dari skrip.Ada yang mengatakan bahawa 5 kepimpinan mereka akan dibebaskan dan adalah aneh mereka tidak ditahan di Balai Polis tetapi terus di bawa ke Kemunting. Ada yang menyoalkan dari mana mereka memperoleh dana untuk menggerakkan masyarakat India untuk berhimpun.

Dalam pada itu kami menerima satu salinan VCD yang menunjukkan rakaman dari awal ke akhir insiden di Batu Caves. VCD ini hampir 40 minit tetapi dua babak yang menarik perhatian kami adalah tindakan GANAS PENYOKONG HINDRAF dan TINDAKAN yang terpaksa diambil sehingga BATU CAVES menyala. Saksikan dan diharap Penyokong Hindraf dapat memberi komen mengenai keganasan yang timbul dan justifikasi tindakan polis.









Batu Caves MENYALA