Wednesday, March 21, 2007





Ada cadangan untuk kami membuat forum mengenai isu ini. Ini adalah petikan dan saranan yang dikemukakan oleh pelayar tag - board umno-reform. Sebenarnya beberapa tahun sudah sudah ada satu laman yang memperjuangan PAS - REFORM. Klik sini untuk melayari laman tersebut : www.pas-reform.com

Dari tag-board www.umno-reform.com

farrel: aku sangat setuju dengan faridshah.. faridshah.. aku harap UMNO-REFORM boleh bangkitkan isu ini untuk kepentingan RAKYAT MALAYSIA umumnya... rasanya andainya PAS berubah.. kebaikannnya adalah untuk semua bangsa melayu.. begitu juga dengan UMNO.. andai umno berubah.. yang untung tetap melayu..


farrel: Sudah tiba masanya hadi awang dan nik aziz bersara dan diganti dengan pemimpin muda seperti husam. Dunia berubah dan Pas perlu berubah. Kesinambungan perjuangan perlu dilakukan dan pemimpin muda perlu diberi peluang.


faridshah: Sudah tiba masanya hadi awang dan nik aziz bersara dan diganti dengan pemimpin muda seperti husam. Dunia berubah dan Pas perlu berubah. Kesinambungan perjuangan perlu dilakukan dan pemimpin muda perlu diberi peluang.

Nur Islam: Husam ada potensi dan kekuatan untuk berdiplomasi dengan khairy dan paklah.. ini yang kita mahukan.... kita tak mahu PAS dan UMNO gaduh.. tapi kita mahu diplomasi dan ukhwah dikukuhkan.... Hadi Awang gagal berdiplomasi dgn UMNO.. serahkan jawatan kepada HUSAM..

Satu persoalan yang menarik ditimbulkan oleh pelayar umno-reform.com adalah keperluan Nik Aziz meletak jawatan bagi pembangunan era baru di Kelantan dengan menamakan Husam sebagai Menteri Besar baru dan keperluan Haji Hadi memberi laluan kepada pemimpin baru dalam PAS. Antara justifikasi ringkas yang diberikan adalah untuk menjana perpaduan kalangan Melayu. Turut dikatakan adalah PAS dan UMNO perlu ada diplomasi dan ukhwah yang kukuh. Apa kata anda

Tuesday, March 13, 2007

Penjualan hak - mengaut undi kaum lain


Hapuskan Dasar Ekonomi Baru - dasar yang menguntungkan segelintir orang - orang Melayu, berkongsi dengan bangsa lain dalam isu ekonomi dan pendidikan dan sekurang - kurangnya 4 dari 15 Universiti Awam harus di tunjangi oleh bukan Melayu. Ini sekarang ini menjadi perjuangan Parti Keadilan Rakyat dalam usaha untuk mendapat sambutan masyarakat bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang. Perjuangan yang ada dikatakan adalah untuk kesamarataan sesama bangsa, antara bukan Melayu dan Melayu. Ironisnya perjuangan ini diterajui oleh orang Melayu yang mungkin kecewa dengan kepimpinan politik Melayu dalam UMNO. Mungkin kita lupa bahawa perjuangan sebegini bukan satu perjuangan baru. Tunku Abdul Rahman juga pernah menggariskan perjuangan menentang Malayan Union tidak disertai oleh kaum bukan Melayu dan penetapan syarat kemerdekaan - penyatuan bangsa juga bukan perjuangan kaum bukan Melayu tetapi perjuangan Inggeris untuk memartabatkan kehadiran pendatang sewaktu itu untuk terus memiliki hak di Tanah Melayu. Hari ini Melayu juga memperjuangkan hak bukan Melayu dengan bersembunyi disebalik perjuangan demokrasi dan agenda nasional.

Inilah yang sebenarnya menjadi masalah kepada kita. Perpecahan yang mengakibatkan hak orang - orang Melayu terhakis. Bukankah ini suatu realiti, kenapa harus kita sembunyikan? Sejarah membuktikan perpecahan ini merugikan orang - orang Melayu kerana kita gagal membezakan antara perbezaan idealogi politik dengan keutamaan bangsa. Lebih dahsyat lagi ialah apabila ianya hanya melibatkan kepentingan dan cita-cita beberapa orang tertentu. Maka perpecahan itu terus merugikan bangsa bilamana kita merujuk kepada bangsa lain untuk tujuan sokongan.

Hakikat kegagalan DEB bukan berpaksikan agenda tetapi perlaksanaannya. Namun kegagalan ini kononnya kesalahan polisi dan polisi ini harus diubah. Pengubahan polisi yang dicanangkan oleh kepimpinan Melayu pembangkang menyerapkan unsur - unsur yang mampu mengikis hak Melayu demi meraih sokongan bangsa lain. Ini sebenarnya amat merbahaya. Ini sebenarnya adalah usaha kepentingan politik segelintir individu yang percaya peratus undi bangsa lain akan mampu menjana kemenangan maka membeli undi itu penting untuk agenda politik mereka. Bagaimana mereka membeli undi tersebut, tidak lagi dari mengorbankan hak - hak asas kepentingan bangsa yang semakin hari semakin tergelincir.

Kesilapan dan pengkhianatan kepimpinan Melayu dalam melaksanakan DEB harus dipandang serius. Kesalahan dan kesilapan ini sengaja atau tidak merugikan Melayu. Kepimpinan yang terlibat dalam membolot keuntungan dari polisi DEB dengan mekamisma rasuah harus ditentang dan dipenjarakan. Tetapi apa bezanya mereka - mereka ini dengan mereka yang mahukan kuasa politik lantas menjual hak yang ada. Apa beza mereka ini dengan mereka yang memperjuangkan penambahan hak bukan Melayu hanya kerana politik diri?

Akhirnya Melayu terbabit dalam delima baru dan bayangkan setelah mereka - mereka ini berjaya memperjuangkan agenda politik mereka dengan meraih sokongan segelintir Melayu dengan sentimen agama dan raihan simpati khususnya era refomasi kemudian memperoleh sokongan kaum lain dengan penjualan dan menghakis hak, apa akan jagi pada bangsa kita.

Terlampau banyak insiden elitis Melayu membelakangkan Melayu kerana agenda politik dan inilah punca akhirnya Melayu menghadapi delima baru, alaf baru.