Sunday, January 15, 2006

Bak Kata Melayu

Mendefinisikan Pak Lah
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1@umno-reform.com

Masih belum mendapat ilham untuk merombak kabinet, kata Pak Lah bila di temui oleh media – media arus perdana, apabila beliau tanya mengenai rombakan kabinet yang bakal dan dijangka akan berlaku. Persoalan mengenai ada atau tidak perubahan kabinet sebenarnya menceriakan media – media termasuk media nyamuk seperti kami di
www.umno-reform.com . Namun bagi www.umno-reform.com perubahan kabinet pasti akan berlaku, hanya masa dan keadaan sahaja yang akan menentukan. Sungguhpun begitu persoalan yang lebih utama bagi kami adalah penelitian mengenai erti dan matlamat perubahan kabinet tersebut. Perubahan tersebut semestinya mengambil kira beberapa evaluasi yang akan menguntungkan rakyat dan negara. Sistem merit perlu di kaji – prestasi mereka dalam kerajaan perlu di ukur sebelum pemilihan di buat. Kita tidak mahu melihat perubahan kabinet tersebut umpama –
Bak kata Melayu : Di jual sayak di beli tempurung - yang baru tidak berbeza dengan yang lama.
Perlantikan tidak seharusnya di buat atas landasan kepentingan politik peribadi semata - mata. Perlantikan yang hanya dibuat untuk mewujudkan saf –saf tertentu yang bakal dan mampu menjaga kedudukan politik individu sepatutnya dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat. Pemimpin pula harus sedia bersama -sama rakyat mendengar dan memahami hasrat dan definisi kemakmuran. Kita sedar bahawa kepimpinan kalanya akan membuat keputusan - keputusan yang kurang popular – namun keterbukaan adalah asas penyelesaian yang paling baik dalam menimbang kehendak, kemahuan rakyat dengan keputusan berdasarkan keadaan dan kemampuan.

Bak kata Melayu : Di imbau berbunyi dilihat bersua – kalau kebenaran itu jelas tidak ada sesiapa yang akan membantahnya.
Namun senario itu berbeza dengan apa yang ada di depan kita sekarang ini. Isu rakyat - rumah peneroka kota dirobohkan, menaikan kadar cukai pintu, air elektrik hadir dengan penuh kontroversi sehingga kebajikan rakyat di paling lantas membentuk gambaran yang bukan – bukan mengenai pemimpin tersebut. Kita ambil isu merobohkan Kg Sg Udang Segambut. Penduduk meminta setidak – tidak berilah waktu setelah semua jalan rayuan terbantut, untuk berpindah yakni selepas peperiksaan anak – anak mereka – sewaktu cuti sekolah atau perbincangan masa yang paling sesuai.
Namun harapan untuk berbincang tarikh dan masa yang sesuai terbantut – pemimpin menjerit – serta bertindak dengan sombong sekali. . Akhirnya terbentuk satu gambaran tidak senang rakyat terhadap kepimpinan negara ini . Rumah terus dirobohkan – di runtuhkan dalam keadaan tegang dan akhirnya setelah 5 bulan tempat itu masih lagi terbiar dan belum ada sebarang kerja di lakukan ke atas runtuhan rumah mereka. Apa salahnya kita memberi waktu seperti yang di pohon – mereka akan tetap berpindah dan keadaan perpindahan agak lebih selesa.Berbalik kita dalam meneliti perubahan kabinet tersebut bagi www.umno-reform.com Pak Lah tidak perlu memberi justifikasi kepada media mengenai keputusan beliau sama ada mahu membuat rombakan atau tidak. Apa yang di pohon adalah sekiranya perubahan di buat biarlah ia
Bak kata Melayu : Di jemba – jemba bagai bersiang di hela surut bagai bertanam ( mengatur – atur sesuatu supaya baik ) untuk memakmurkan rakyat.

Pemimpin yang sentiasa perihatin kepada rakyat yang mampu mendefiinisikan erti sebenar kemakmuran rakyat adalah penting. Rakyat semakin terbuka kepada media – media alternatif lantas ini meningkatkan kesedaran mereka. Mereka akan berfikir dan mereka akan juga di bekalkan dengan perbagai perpektif yang berbeza. Oleh itu jawapan kerana cukai pintu itu sudah lama tidak dinaikkan sebagai justifikasi peningkatan adalah adalah satu jawapan yang tidak cerdik datang dari seorang doktor gigi yang semakin hari semakin kuat pengaruh di kalangan mereka yang akan mengundinya tetapi semakin hilang ciri – ciri kepimpinan rakyat. Menjarakkan diri dengan rakyat atau hadir hanya untuk terus menjadi tuan kepada rakyat sebenarnya sudah mencairkan erti pemimpin. Kita tidak mahu melihat orang - setelah diberi kuasa bertindak:
Bak kata Melayu : Gagak lalu punggur rebak – orang yang memperlihatkan kuasa dengan melakukan perbuatan tidak adil kepada orang – orang kecil (rakyat)
Perolehan kuasa inilah yang sentiasa melupakan dan menjarakkan mereka untuk terus berfikir merasai masalah rakyat khususnya rakyat miskin. Apakah sukar untuk kita membezakan yang mana satu pemimpin yang sebenarnya sentiasa memikirkan mengenai kebajikan rakyat dengan pemimpin yang mendefinasikan pembangunan atas rintihan dan air mata rakyat. Apakah sukar untuk Pak Lah melantik beberapa orang yang diluar senario politik untuk memberi input tanpa sentiment berkepentingan demi rakyat. Lihat sahaja keputusan – keputusan yang mereka buat untuk rakyat - menghadiahkan beras sekampit dua lalu di tayangkan melalui media sebenarnya adalah mereka yang mencari ruang publisisti melampau, tetapi keputusan membantu rakyat secara menyeluruh tidak ada. Perjuangan yang dituntut adalah dengan perubahan beberapa dasar – bertoleransi – membina rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum menghalau mereka – memudahkan dan berkompromi dalam pembayaran khususnya keperluan asas adalah keputusan – keputusan-keputusan yang menyebelahi rakyat. Apakah sukar untuk Pak Lah mencari orang -orang sedemikian untuk dipertimbangkan bagi membarisi barisan kepimpinan beliau? Namun apa yang ada adalah mereka yang membelakangi rakyat .

Bak kata Melayu: Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah : Menyusahkan orang – orang kecil (rakyat jelata) kerana mahu menyenangkan orang - orang besar – kapitalis
Lihat sahaja pemaju yang beria – ia di sokong oleh MPAJ – sanggup melihat penduduk kampong menderita kerana pemaju mahukan tanah penempatan Melayu itu dengan kadar segera. Apa salahnya kita bebankan pemaju untuk menyiapkan perumahan rakyat yang sedang terluka sebelum mereka dihalau dan dihapuskan seperti kita menghapuskan nyamuk aedes. Apakah rakyat hanya perlu untuk menaikan mereka sebagai pemimpin akhirnya setelah kuasa di perolehi mereka akan di butakan mata dan dipekakkan telinga – diperbodohkan supaya mempercayai bahawa kuasa adalah mereka dan mereka adalah kuasa. Pak Lah perlu ingat bahawa rakyat ada yang sedang luka – menangis merintih kepayahan. Mereka juga berusaha tetapi usaha dalam dunia Malaysia yang moden ini kita memerlukan kabel. Oleh yang demikian adalah perlu untuk Pak Lah memilih mereka yang jujur dalam memegang amanah untuk negara ini maju bersama – sama rakyat dan bukan negara maju rakyat menderita.

Bak kata Melayu : Dimana kelintung berbunyi di situ kerbau tinggal diam - dimana perintah yang baik di situ rakyat hidup aman dan damai dan ini memberi pengertian kepada kemakmuran rakyat dan negara.
Ini penting kerana kalau membicarakan mengenai kekayaan dari sudut stastitik maka statistik boleh di ubah. Tetapi sekiranya rakyat menderita – tidak ada wang untuk membiayai sekolah dan perubatan – tidak ada pengubahan statistik yang akan dapat membantu mereka.Kita perlu memberi perhatian kepada kemakmuran dan bukan membaca indek kemewahan negara ini di Utusan Malaysia atau berita Harian.
Akhirnya Pak Lah, sekira boleh ingin saya sampaikan satu lagi pesanan :
Bak Kata Melayu : Diindang di tampi teras, di pilih antah satu - satu –pilih lah barisan kepimpinan yang betul – betul dan jangan tersalah pilih

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Pak Lah tidak akan mendengar nasihat sdr editor kerana Pak Lah hanya dengar pada Khairi Jamaluddin sahaja. Tulisan editor menunjukkan Melayu dahulu dalam berkias tahu memberi nasihat dan tahu selok belok untuk jadi pemimpin tetapi pemimpin sekarang tahu selok belok untuk merampas hak rakyat sahaja

3:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

Dah terlalu banyak comment, tapi tak apa sayabersetuju bagi Komen 2 Sen. Kita tak boleh salahkan bangsa lain kenapa ini terjadi, cubalah sedikit `inward looking' dan renung dimana silapnya. Perhatikan antara lain:
a. Berapa banyak pesta yang mengkhayalkan Orang Melayu. Berapa peratus bangsa lain pergi dengan anak- pinak dan cucu-cicit (mengajar anak-anak ikut jejak mereka) ke Sure Heboh dan sebagainya.
b. Program TV semua mendorong Bangsa Melayu jadi penyanyi dan penari (kerja ringan mudah-mudahan untung lumayan) dan mengejar glamour.
c. Tak cukup stesen TV, anak raja turut anjurkan dengan pengaruh mereka.
d. Akhbar Melayu penuh dengan hal-hal dan gosip artis, mengkhayalkan anak-anak muda. Bandingkan dengan The Star yang penuh dengan artikel ilmiah dan membuka minda pembaca. Kenapa tak boleh terjemahkan untuk bacaan anak-anak dan pelajar Melayu (di universiti pun penguasaan BI amat mengecewakan).
e. Perhatikan bualan ana-anak muda Melayu. Kebanyakannya omong kosong dan tidak berkisar tentang masa depan dan ekonomi.
f. Kontrak besar ya memang diberikan kepada syarikat kononnya bumiputra, tetapi hanya pada nama syarikat dan pengarah-pengarah yang diberi elaun. Pentadbiran sampai kerani cabuk pun bangsa lain.

Yang lain telah banyak diperkatakan

11:32 PM  

Post a Comment

<< Home