Thursday, November 02, 2006

Ini hanya membuka pekung kepimpinan Melayu.




Itu adalah kenyataan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin dalam mengulas tindakan Tun Dr Mahathir yang berterusan mengkritik Abdullah Hj Ahmad Badawi. Kenyataan beliau turut mengatakan bahawa bangsa - bangsa lain sedang memerhati dan menunggu pendedahan "siapa dapat itu dan siapa dapat ini". Adakah benar kenyataan Zainuddin Maidin ini? Adakah hanya bangsa - bangsa lain sedang menanti dan menunggu pendedahan Perdana Menteri Malaysia dengan mantan Perdana Menteri mengenai siapa dapat itu dan siapa dapat ini? Mungkinkah rakyat juga menanti dan orang - orang Melayu khususnya mahu tahu keluarga kepimpinan Melayu yang telah mendapat habuan.

Sedekit demi sedikit jawapan kepada kritikan Tun Dr Mahathir membuka pekung masing - masing. Pak Lah dalam interbiu beliau dengan TV3 mengatakan bahawa anaknya di bawah SCOMI tidak menjalankan perniagaan di dalam Malaysia kini mengatakan bahawa anaknya dapat sedikit berbanding dengan anak - anak Tun Mahathir. Mahathir dalam siri kritikan pula mengatakan bahawa Pak Lah bersalah dalam skandal "oil for food" dan akhir sekali dalam temubual dengan "Times" mengatakan bahawa Pak Lah menganggap UMNO sebagai miliknya.


Demikian antara siri - siri pembongkaran dan dijangka pembongkaran ini akan melewati semua kepimpinan yang pernah mendapat manafaat yang tidak sepatutunya atau berlebihan kerana jawatan.
  • Ini memang membuka pekung tetapi bukan pekung Melayu yang sedang bertani yang hasilnya hanya bernilai sebatang curut yang di hisap Pak Menteri.
  • Ini memang membuka pekung tetapi bukan pekung Melayu yang sedang menjala ikan di laut yang hasilnya dirompak orang - orang tengah dan agensi - agensi kerajaan yang mementingkan keuntungan diri dari mereka yang menyambung nyawa dilaut.


Sebenarnya konflik antara Pak Lah dan Mahathir ini hanya membenarkan kita orang - orang Melayu melihat apa sebenarnya ada pada kepimpinan Melayu hari ini. Adakah mereka hebat memperjuangkan Melayu yang semakin tercicir atau sebenarnya membenarkan statistik ASLI - 48% yang 98% dari itu milik kepimpinan, isteri mereka , anak - anak mereka, keluarga mereka , menantu mereka dan semuanya yang mempunyai pertalian dengan mereka.


Maka UMNO terus ditelanjangkan - pekung masih belum berbau telah terbuka. Terbuka kerana konflik antara Tun Mahathir dengan Pak Lah yang sepatutnya mematangkan kita untuk menilai kepimpinan kita yang hadir sekarang ini.

Pendedahan ini perlu - bukan untuk menjatuhkan Pak Lah, tetapi untuk menceritakan bagaimana kehadiran segelintir kepimpinan Melayu mengkhianati Melayu dan akhirnya Melayu tercicir dan terpinggir. Inilah yang perlu kita Melayu dan kita dalam UMNO fikir dan teliti. Adakah mereka layak dan adakah mereka sepatutnya diganti dari terus mewakili Melayu sekadar untuk ditunggangi , disedut keringat mereka dan akhirnya dicampak sebagai Melayu hina dalam negara sendiri. Kita harus memulakan langkah - langkah untuk mengenal pasti siapa antara kita yang sepatutnya dipinggirkan dan siapa antara kita yang sepatutnya hadir untuk membela Melayu.

Akhirnya, ini bukan membuka pekung Melayu, Tuan Zainuddin Maidin. Ini hanya membuka pekung kepimpinan Melayu.

19 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saudara penulis,
Saya amat bersetuju bahawa kenyataan dan kritikan Tun Dr. M akan membuka PEKUNG KEPIMPINAN MELAYU dan bukannya pekung orang Melayu. Selama ini org Melayu yang terkenal dengan ketaatan kepada pemimpin dah mula merasa DIPIJAK-PIJAK oleh mereka. Nak bersuara, siapalah rakyat biasa.
SAYA MENYOKONG KRITIKAN TUN DR.M YANG MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI RAKYAT BIASA ATAS TIKET BELIAU (DR M) JUGA RAKYAT BIASA.

1:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pekong kepimpinan melayu adalah pekong melayu la...bodoh. melayu jugak yg nampak haprak kalau ini semua berlaku. Tu lah Anuar, ko nampak pro melayu tapi ko gak dedah semua ini bagi memburukkan melayu..

1:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr Anuar,

Saya pernah memetik kata-kaa bijak bistari di halaman ini dulu, iaitu: "Kita boleh membohongi sesetengah manusia pada suatu masa, tetapi tidak boleh melakukannya kepada semua manusia setiap masa," kerana akhirnya pembohongan itu akan terbongkar.

Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Juga, dalam dunia kebendaan yang beteraskan kepada sistem-sistem sekularism ini, kerakusan menjadi norma dan naluri semulajadi manusia - pergi jahanam kepada peraturan dan kemanusiaan.

Sangking tidak mahu menjadi seperti "hinanya besi kerana karatnya, dan hina manusia kerana tidak berharta" inilah menyebabkan mereka tidak tahu di mana garis perpisahan diantara "kerakusan" dan "kesedrhanaan."

Naluri manusia memang cenderung kepada "kerakusan." Dah dapat banyak hendak lebih banyak lagi. Mereka sentiasa berasa tidak cukup; sentiasa berasa kurang. Akhirnya batasan-batasan undang-undang, peraturan, mahupun kemanusiaan tidak lagi menjadi keutamaan dan sempadan pemisahan perilaku mereka.

Saya tidak mengatakan bahawa manusia tidak dan jangan merebut keduniaan dan kebendaan.

Soalnya: Tahu atau sedarkah kita di mana letaknya "keserhanaan" sepertimana yang dituntut dalam Islam kepada umatnya itu?

Inilah delima kehidupan seseorang insan yang bernama manusia itu.

Juga, sepertimana yang sering saya katakan di sini, bahawa sesuatu perkara berlaku mestilah berpunca.
Punca atau punca-punca itulah yang menyebabkan akibat-akibatnya.

Sekiranya kita terus menerus membincangkan akibat-akibat tersebut tanpa mencari dan membetulkan punca-puncanya, selagi itulah kita tidak akan dapat menghuraikan segala permasalahan yang kita hadapi.

Di sini kita ada dua pilihan: Satu terus ikut sistem-sistem pemerintahan yang akan terus menerus akan melahirkan manusia-manusia durjana, atau sistem-sistem yang akan melahirkan insan yang mulia?

Adakah, misalnya, kita hendak membenarkan media menentukan kehidupan kita? Adakah kita hendak membenarkan sistem pendidikan kita melahirkan manusia yang tidak dapat berfikir dan tidak kritikal? Adakah kita mahu biarkan kepincangan ekonomi diantara kaum, bandar dan desa, dll menghantui kita? Adakah kitan hendak mengekalkan sistem kehakiman kita lebih berpihak kepada mereka yang "berada" daripada mereka yang "tidak/kurang berada?"

Sistem-sistem permerintah secara sekularism yang menekankan kepada kebendaan inilah melahirkan ramaii manusia berkepincangan hari ini.

Kerana manusia rata-rata dari segi semulajadinya adalah merupakan mereka yang pada asasnya "pak turut" dan "uncritically imitative", sukakan hiburan, berpeleseran, sesuatu yang mudah dan tidak memberatkan fikirannya. Dan inilah yang dieksploitasi oleh sistem media sekularisme itu.


Justeru, tepuklah dada dan tanya selera!

Mengikut pilihan pertama, yang ramai dianuti dunia sekarang, iaitu ialah sistem demokrasi.

Demokrasi pula ada bermacam-macam jenis: demokrasi liberal, demokrasi terpimpin, demokrasi otokrasi, dan sebagainya. Semuanya ini adalah tertakluk kepada "darjah" atau "degree of" kedemokrsiannya.

Tetapi, justru manusia itu manusia, (tidak sempurna), apa juga sistem pemerintahan yang dianutinya tidak dapat memuaskan hati mereka.

Manusia cuba bercakap tentang keadilan, kesamarataan, kesaksamaan; malah perkataan demokrasi itu sendiri, adalah merupakan sesuatu yang mudah diucapkan, tetapi tidak mudah diamalkan.

Pekung yang terdedah dan didedahkan bersabit dengan pemimpin dan mantan pemimpin negara kita hari ini adalah hasil daripada sistem demokrasi dan betapa tidak sempurnanya kita sebagai manusia.

Demokrasi liberal atau setengah bebas membolehkan kita bersuara meluahkan pendpat yang rata-rata boleh dikatakan subjektif. Dalam istilah ekonominya ialah citrus paribus (kalau sesuatu keadaan itu kekal saksama) barulah sesuatu yang diperkatakan itu dapat dicapi.

Justru inilah juga maka kita sebagai manusia diperlukan mengakui wujudnya fitrah alam; fitrah kekuasaan yang berada di luar kemampuan kita mengatasinya. Iaitu fitrah yang ditentukan oleh Pencipta kita, Allah SWT yang maha agong.

Bila manusia mula mengikut sesuatu sistem yang menidak atau memmikirkan wujudnya sesuatu kuasa yang lebih berkuasa daripadanya, maka itulah akan timbul kepincangan hidup mereka.

Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang, tetapi DIA, Allah SWTlah yang akan menentukan segala pada akhir-akhirnya.

Pendedahan pekung kepimpinan sepertimana yang dikatakan itu adalah amalam demokrasi ala Barat/Malaysia kita. Ini tidak dapat tiada akan berlaku dalam sesebuah negara yang mengamalkannya (bergantung kepada darjah kedemokrasian yang diamalkan).

Persoalannya, sama ada pendedahan itu "baik" atau "tidak" (yang juga merupakan sesuatu yang subjektif) pada kita sebagai orng Melayu, khususnya sebagai pemimpin negara?

Baiknya, rakyat semua akan tahu kepincangan yang berlaku dan dilakukan oleh para pemimpin tersebut, dengan itu kita boleh menilai dan cari jalan untuk cuba membaikinya.

Tidak baiknya, bilamana ia melibatkan para pemimpin negara yang diharapkan dapat membela kepentingan ramai tetapi telah menghampakan mereka, dan rakyat tidak dapat mengecapi nikmat yang diharapkan. Terutama sekali bilaman hanya segelintir manusia (Melayu) tertentu sahaja yang menikmatinya

Manusia mengharapkan kesejahteraan seimbang semungkinya, yang boleh dikecapi oleh seluruh rakyat, khususnya penduduk desa yang ramai menjadi para penyokong para pemimpin itu.

Bilamana segeliinter manusia pilihan yang menikmati kekayaan negara, maka permasalahan mulalah timbul. Mereka tidak lagi dapat melihat demokrasi sebagai suatu instrumen pemerintahan yang "adil", yang dapat membela nasib mereka.

Ambil contoh negara Brunei umpamanya. Sebauh negara yang diperintah oleh seorang Sultan yang telah berjaya mengagih-gihkan kekayaan negaranya hampir ke selurh negara. Ia mengamalkan demokrasi yang berteraskan Islam beraja.

Kehegemonian rakyatnya membolehkannya melaksanakannya dengan lebih mudah, berbanding dengan keadaan kehetrogenian penduduk Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya ini.

Begitu juga dengan Singapura. Majoriti penduduk terdiri daripada kaum China boleh menguasai kepelbagain penduduk yang minoriti. Sama seperti negara-negara lain.

Malaysia adalah unik. Nisbah penduduknya hampir sama. Britain yang mempunyai rakyat majmuk yang majoritiny terdiri daripada orang Inggeris, menghadapi masalah memerintahnya, walaupun ia merupakan sebuah negara demokratik liberal.

Malah Britiain ingin belajar daripada Malaysia bagaimana hendak mentadbir sebuah negara majmuk seperti negaranya.

Hakikat Malaysia telah mampu dapat mengagih-agihkan kekayaannya hampir sama rata, (walaupun ramai yang merungut mengatakan bukan demikian keadaannya - disebabkan wujudnya keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu), adalah merupakan sesuatu yang harus disyukuri semua.

Apa yang nyata, apa juga corak/ sistem pemerintahan yang dianuti sesebuah negara, tidak dapat memberikan kepusan sepenuhnya kepada semua, selagi manusia itu tetap sebagai manusia dengan serba kekurnganya.

Manusia hanya mampu melakukan sedayaupaya untuk "mensejahterkan" rakyatnya seramai mungkin.

Akhir sekali, sebagai imbasan kembali, bahawa kalau tidak silap saya, ProWarislah yang telah menyarankan supaya keuda-dua pemimpin negara kita itu bertemu, dengan syarat mempunyai seorang tengah untuk memandu/menjadi saksi, kalau perlu, tentang apa yang berlaku di pertemuan tersebut, sekiranya timbul sebarang masalah kemudian.

Di samping itu, sebagai orang tengah dia juga boleh menetapkan "peraturan-peraturan" yang perlu dipatuhi kedua-dua pihak tentang perjalanan pertemuan tersebut, bagi mepastikan kelicinannya.

Tidaklah akan timbul nanti sebarang "kritikan" dan rasa "tidak puashati" (sepertimana yang berlaku baru-baru ini) daripada pihak-pihak tertentu hasil pertemuan tersebut.

Dalam amalan demokrasi, tiap-tiap warga tidak harus dihalang atau disekat menyatakan apa yang perlu dan ingin dinyatakanya.

Kenyataan-kenyataan tersebut hendaklah dijawab, kalaupun tidak di masa pertemuan tersebut, tetapi secepat mungkin selepasnya untuk mengelakan sebarang kemungkinan spekulasi yang tidak diingini.

Sekian, wallahu'alam.

mansal damha

4:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ini bukan isu bangsa, ia adalah kerana sistem yang lemah. Cadangkanlah supaya Peguam Negara dan BPR diletakan dibawah parti pembangkang.

Semua yang mahu menjadi pemimpin harus faham mereka akan sentiasa dicabar khususnya dari segi undang2.

5:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

"Hakikat Malaysia telah mampu dapat mengagih-agihkan kekayaannya hampir sama rata, (walaupun ramai yang merungut mengatakan bukan demikian keadaannya - disebabkan wujudnya keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu), adalah merupakan sesuatu yang harus disyukuri semua."
saya tidak setuju
jurang perbezaan pendapatan adalah sangat tinggi di negara kita
gini coeeficient telah melebihi 0.45

tak ada masa dan mood jelas macam mana kira........

8:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr Mahathir bukan berniat untuk membuka pekung Melayu ataupun kepimpinan Melayu . Tetapi saya percaya , seorang pemimpin yang seperti beliau yang menerajui negara selama 22 tahun dan berjuang untuk kepentingan orang Melayu mempunyai niat yang ikhlas dalam pembangunan Melayu . Kenyataan seperti Ketua Pemuda Kedah , Ketua Pemuda Bahagian Kepala Batas mahupun Ketua Pemuda UMNO Malaysia boleh dikatakan untuk kepentingan diri sendiri . Masing2 mahu tunjuk hero dan berlagak seperti sudah berjasa pada orang2 Melayu . KetuaPemuda UMNO Malaysia hari ini memang tidak layak duduk sebagai Ketua Pemuda hari ini . Memang tidak boleh menandingi Dato Seri Anwar , YAB Dato Seri Najib dan yang lain2 sebelum beliau . Beliau harus ingat , beliau diberi jalan mudah dalam politik kerana disebabkan leh Tun Dr Mahathir . Beberapa isu yang menyentuh kepentingan orang2 Melay oleh parti2 pembangkang serta NGO2 yang ekstrim malah oleh parti2 komponen Barisan Nasional tidak mendapat impak yang seharusnya oleh Barisan Kepimpinan Exco Pemuda UMNO . Masing2 sibuk mencari projek dan memperkayakan diri mereka sendiri .
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas hanya meggelikan hati saya . Saya yakin , beliau juga seorang yang sedang memperkayakan diri beliau sendiri . Sudah boleh memakai kereta yang berharga ratusan ribu ringgit . Beliau pernah berkata kepada rakan2 pemuda yang lain tentang bekas Ketua Pemuda Kepala Batas , Dato Roslan Saidin yang rakus membolot serta memperkayakan diri sendiri . Tetapi malangnya , beliau juga lebih kurang sama . Saja nak tunjuk hero kat Pak Lah . Tidak lupa kepada YB DaTo Rashid Abdullah yang mencadangkan supaya Tun M diambil tindakan displin . Sebelum beri kenyataan yang bodoh seumpama sampah , cermonkanlah diri kita dahulu . Disuruh jaga Pulau Pinang sekecil inipun tak mampu berbanding dengan Tun M yang berjaya membawa Malaysia ke persada dunia . Soal Melayu tpinggir pun tak boleh selesai , yang tau cari projek untuk diri sendiri . Saya amat malu dengan kepimpinan UMNO Pulau Pinang yang jelas gagal membawa Melayu Pulau Pinang kearah yang lebih tinggi dan memuaskan . Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini bolehlah dikatakan seorang pemimpin UMNO yang takdak kualiti dan liabiliti kepada orang2 Melayu . Sebelum beri sebarang kenyataan , buat perhintungan dahulu .Saya harap dan berdoa tidak akan ada pemimpin yang serupa dengan Rashid Abdullah pada masa akan datang kelak .

12:36 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya amat setuju dgn komen saudara penulis. Yang lebih memalukan lagi melayu2 yang bertelagah ni beragama ISLAM dan menunjukkan sikap yang tidak sesuai dengan ajaran islam. baik mahathir mahupun paklah, masing2 same aje. bikin malu sama melayu aje.

5:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya sokong yang benar sahaja. bersedialah untuk menerima pembalasan bagi pemimpin - pemimpin yang tidak amanah samada hadhari atau pun bukan.

6:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

Dear mansal damha,
No you are wrong, our country isnt the only one with the "unique" different racials and cultures, and No you are wrong, Since when British wants to learn how to manage a multiracials country from malaysia? please provide information. They have no problem with their people at all. What is there to learn from us anyway.
And no you are wrong again, our country isn't really a democracy country at all! Out press is lame and controlled by government, People not allow to speak in public if they are not happy with the government, or they will be jailed, no "kempen anti rasuah" , and some unusual special rights practice , and also imbalance in education studies for our children.

so until that point, get your point right first.
What is democracy or democrazy?

5:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

bila pulak si maidin ni jadi orang melayu - tak de apa yamg nak didedahkan oleh tun. semuanya betul. keadaan sekarang adalah lebih buruk drpd masa tun jadi pm dulu, saya tak payah elaborate, semua rakyat merasakan peritnya hidup sekarang

8:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ingin saya mendapatkan penjelasan tentang jurang pendapatan yang dikatakan semakin meluas mengikut perkiraan gini coeficinet. Soalnya: Jurang yang meluas itu diantara siapa dengan siapa? Atau adakah ia merupakan jurang yang terdapat di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya - tanpa mengira kaum, atau penduduk bandar luar bandar?

Kedua, untuk makluman yang mengatakan saya salah mengatakan bahawa Britain ingin belajar daripada negara kita tentang cara kita menagani masalah perhubungan kaum, saya minta penulis merujuk kepada berita-berita baru-baru ini yang menyebutkan perkara tersebut ketika Timbalan Perdana Menteri Britain melawat Malaysia seminggu dua lalu. Kecuali kalau penulis tersebut tidak membacanya, atau tidak ingin mengetahuinya.

mansal damha

10:15 AM  
Anonymous Anonymous said...

Sdr Anuar,

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian di sini ialah bahawa masalah negara-negara yang pernah dijajah Barat, akan mengalami tekanan supaya mengikut dasar politik dan nilai-nilai mereka.

Ini bercanggah dengan pandangan China yang percaya kepada tanpa campurtangan dengan urusan dalaman negara-negara lain, dan tanpa ingin mengekang mereka dengan nilai-nilai atau falsafah politik mereka. Ini dinyatakan oleh Perdan Menterinya ketika menjalin hubungan dengan negara-negara Afrika baru-baru ini

Ketika Barat menjajah kita dan negara-negara lainnya, perkara utama yang ditekankan ialah kita hendaklah mengikut nilai-nilai hidup dan sistem-sistem atau dasar pemerintahan politik mereka.

Bila kita belajar di negara mereka (memang ini digalakkan; yang ada para pelajar diberikan biasiswa) Barat akan berusaha menanamkan nilai-nilai sekularisme mereka kepada para pelajar kita.

Apabila pelajar-pelajar ini kembali ke tanah air, ramai daripada mereka yang mula mengagong-agongkan "ilmu baru" yang dipelajari mereka itu dengan bangganya, tanpa cuba melihat apakah yang tersirat atau muslihat Barat mencurahkan ilmu "keBaratan" dan "kepakaran" mereka kepada kita.

Rata-rata kita diajar memanjangkan ilmu yang berkonsepkan mengkaji "lautan daripada ombaknya" itu dengan metodologi-metologi penyelidikannya yang berteraskan kepada "empirical research."

Dan ramai daripada para pelajar kita "menelan bulat-bulat" pendekatan penyelidikan ilmu baru tersebut dengan ghairahnya; seolah-olah itulah pendekatan yang paling terbaik daripada metodologi-metodologi pendekatan-pendekatan penyelidikan lainnya (umpamanya metodologi pendidikan Islam yang menekankan kepada siapa asal usul, peribadi para penyelidik itu lebih daripada apa yang ingin diselidikinya).

Dengan kata-kata lain pendekatan penyelidikan dari sudut Islam adalah berteraskan kepada keilmuan seseorang penyelidik, akan tetapi juga kepada latarbelakang, peribadi dan siapakah penyelidik itu.

Metodologi penyelidikan Barat itu biasanya berteraskan stastik dan perangkaan (ini boleh diterima sekiranya yang dikaji itu melibatkan ilmu-ilmu sains tulen).
berteraskan kepada konsep: "seeing is beliving".

Tetapi, kalau kita ingin mengkaji ilmu-ilmu kemasyarakatan dan kemanusiaan, metodolgi penyelidikan ini tidak boleh diterima pakai sebagai sesuatu metodologi yang tepat.

Pendapat yang mengatakan pendekatan metodologi penyelidikan empiri ini merupakan sesuatu yang "bebas nilai" tidak boleh diterima. Kerana manusia pada amnya tidak pernah "bebas" daripada nilai-nilai yang dianutinya.

Maka itulah dikatakan jangan cuba mengkaji masyarakat dan perilaku manusia seolah-olah mengkaji "lautan daripada ombaknya." (studying the waves from the sea)

Ini menimbulkan percanggahan nilai - diantara nilai-nilai yang berteraskan alam nyata dengan alam ghaib.

Nilai-nilai alam nyata tidak percaya kepada wujudnya keghaibn, dosa pahala; halal haram dan sebagainya.

Percanggahan nilai yang dianuti manusia inilah yang menjadi pokok utama konflik manusia dewasa ini, disamping tidak samanya peringkat dan kemampuan berfikir manusia itu sendiri.

Justru itu juga wujudnya kata-kata "the clash of civilizations" (pertembungan peradaban) yang tidak berkesudahan sehinggalah ke hari kiamat nanti.

Justru itu jugalah manusia yang lemah fikiran dan tidak sanggup berfikir, atau yang buntu fikiran, memutuskan menjadi seorang yang tidak percaya kepada agama atau wujudnya Pencipta Agong alam maya ini - mereka menjadi atheists - kerana bahang keberbezaan penganutan nilai-nilai yang bercanggah dengan cara hidup dan berfikir mereka telah tergugat menjadikan mereka tidak bermaya melawannya.

Manusia diminta membuat pilihan, khususnya dari segi kepercayaan dan pegangan hidup, iaitu pilihlah samada skal lebih kuat daripada sesuatu yang ghaib, atau sebaliknya, ataupun manusia perlu hidup berpegang kepada kedua-dua prinsip/nilai-nilai hidup ini.

Barat percaya dan berpegang teguh kepada prinsip yang pertama; menakala manusia yang sedar akan asal usul kewujudannya akan memilih prinsip yang kedua, khususnya prinsip yang ketiga - dunia disanjung, akhirat dikelek.

mansal damha

11:42 AM  
Anonymous Anonymous said...

"Ingin saya mendapatkan penjelasan tentang jurang pendapatan yang dikatakan semakin meluas mengikut perkiraan gini coeficinet. Soalnya: Jurang yang meluas itu diantara siapa dengan siapa? Atau adakah ia merupakan jurang yang terdapat di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya - tanpa mengira kaum, atau penduduk bandar luar bandar?"

antara malay dengan malay, chinese dengan chinese, indian dengan indian, malaysian dengan malaysian,
SEMUA PUN LEBIH DARIPADA 0.43
MALAY DENGAN MALAY PALING HEBAT, 0.46, mungkin sekarang 0.47 pun tak hairan

6:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kenyataan dan kritikan Tun Dr. M akan membuka PEKUNG PEMIMPIN MELAYU dan bukannya pekung orang Melayu.... minta maaf la kalo ada yg tersinggung..inilah pemimpin melayu yang hanya membuat kenyataan bodoh yang tak berasas...kalau dah pemimpin Melayu yang ada skrg dah memang bodoh dan rakus maka terima ajelah natijahnya...sebenarnya Allah S.W.T mahu mahu menunjukkan kekuasaannya bahawa TDM yg dulunyya dianggap bijak oleh sesetengah pihak telah bersikap kebudak-budakkan dan macam org nyayuk...TDM mengkritik Paklah walhal beliau jugalah yang mengamalkan cara berpolitik sebegitu....Kalau difikir secara rasional pertelingkahan antara TDM dan Paklah sebenarnya byk membuka pekung pemimpin melayu yang bodoh...bukan itu sahaja kita juga dapat tahu terdapat sesetengah pemimpin hanya tahu nak jadi jaguh Kg. dan kebanyakan mereka adalah golongan kacang lupakan kulit...biarlah pertelingkahan terus berlaku agar apa yang kepimpinan terdahulu buat terhadap rakyat M'sia terbongkar satu persatu....mungkin pertelingkahan ini merugikan pemimpin2 Melayu Haprak tetapi ingatlah wahai saudara2ku pertelingkahan ini adalah hikmat besar dari Allah S.W.T supaya rakyat dapat membuka mata seluas-luasnya agar dapat menilai tahap kerakusan yg amat dasyat pemimpin melayu...rakyat2 di pedalaman dan di kg. tu bukalah mata luas2 kali ini kerana byk cerita menarik yang berlaku akibat pertelingkahan ini...sy yakin pembangkang tidak perlu kerja keras utk menghadapi pilihanraya akan dtg....Kepimpinan skrg hanya pandai mencipta dasar dan polisi tapi perlaksanaannya O.

9:49 AM  
Anonymous Anonymous said...

Tukar lah kepimpinan hipokrit sekarang kepada kepimpinan islam sebenar berpandukan al-qur'an dan as-sunnah sepenuhnya.

9:31 PM  
Anonymous Anonymous said...

Itu la...yg aku dengar Si Pak Lah penaung PEKEDA aka. Amar Makruf Nahi Mungkar...apa da jadi? Bersumpah dengan nama Allah(sanggup ka terima beban dgn nama Maha Suci Allah?) dan Al-Quran? Sume depa ni nak mati terapung ka?

2:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

kita tengok dulu, dulu orang cina suka tipu orang melayu. sekarang tidak, sekarang kroni umno melayu tipu melayu. berapa ratus juta ringgit & tanah melayu serta tanah milik kerajaan negeri telah di gasak oleh orang umno kita yg dahulunya tradisi membela rakyat. sekarang tradisi menipu melayu & rasuah.

5:49 PM  

Post a Comment

<< Home