Hentikan dan bukan tangguh
Hentikan segera ! Ini adalah petikan dari NST mengenai saranan Pak Lah agar pihak - pihak yang terlibat dalam mempromosi IFC. Apakah saranan ini cukup kuat untuk mereka memberhentikan aktiviti mereka dalam usaha untuk terus menjayakan harapan penubuhan suruhanjaya tersebut.
Kenyataan Pak Lah sepenuhnya adalah seperti berikut:
The Prime Minister said the Cabinet had already decided to postpone the setting up of the commission. "I don’t know why this group of people have to carry out activities related to it. It is creating unnecessary problems. The Government will, in the near future, make an announcement on the Inter-Faith Commission," he added. nst 26/07/2006
Adakah penangguhan itu memadai untuk menghalang perkara ini untuk berulang lagi? Pak Lah perlu bertindak lebih tegas kerana perkara ini akan timbul setiap kali ada insiden yang membabitkan penukaran agama khususnya isu murtad. Isu penanggungan ini telah juga diutarakan oleh Mufti Perak sewaktu beliau bertemu dengan Pak Lah. PENANGGUNG TIDAK MEMBAWA BERMAKSUD PEMBATALAN. Ini seolah - olah memberi harapan untuk IFC ditubuhkan kelak.
Pak Lah juga dalam kenyataan di TV3 mengatakan bahawa UMNO seboleh - bolehnya tidak mahu IFC ditubuhkan. Ini juga memberi indikasi yang IFC boleh ditubuhkan.
Secara terbuka, Pak Lah perlu menyatakan dengan tegas dan bukan meniti atas kata - kata penangguhan dan seboleh - bolehnya.