Wednesday, September 12, 2007

Benarkan mereka murtad

Apa komen saudara mengenai kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia
KUALA LUMPUR — Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has said that those who want to leave Islam should be counselled by the religious authorities, and, if they still choose to convert, they should be allowed to do so. . Mr Abdullah made it clear later that he was making these comments in his personal capacity. . "Religious officials should be ready to listen to the problems of those people who want to leave the religion. They should not torture them but they should counsel them," said Mr Abdullah, speaking to reporters after opening an Islamic conference in Putrajaya. . Asked about the growing number of religious disputes dominating news headlines, the Prime Minister proposed that Muslims who want to convert to other faiths should be allowed to do so. .
"This is not something that cannot be done. For those who don't want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go." . Under Sharia or Islamic law in Malaysia, it is the duty of religious authorities to determine whether a Muslim can leave the religion or not. Just last week, a 29-year-old Indian woman who wanted to renounce Islam was released from a rehabilitation centre run by the state's Islamic authorities. Ms Revathi Masoosai (picture), also known as Siti Fatimah, has said her mother was a Hindu and her father a Christian, but both subsequently converted to Islam, AFP reported. She told reporters she had been ill-treated while at the centre. She was separated from her Hindu husband and 18-month-old daughter for six months. . Ms Revathi had expected her bid to be a Hindu to be approved after her period of detention. — Channel NewsAsia

Monday, September 03, 2007

Merdeka – beralih tuan



Keriangan, keseronokan dan betapa menggamit perasaan kita mendengar A. Samad Said mendeklamasikan sajak kemerdekaan hanya membawa kita kepada satu persoalan penting - “Makna Merdeka”. Ramai yang telah di temu duga dan tidak kurang yang mengatakan bahawa kemerdekaan ini adalah satu kebebasan dari penjajahan - “orang putih”. Merdeka adalah bebas, merdeka adalah bila kita tidak lagi dijajah, kata mereka yang ditemu bual. Namun adakah kemerdekaan itu suatu kebebasan mutlak atau sebenarnya mungkin satu peralihan tuan. Kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu yang telah mengorbankan status Tanah Melayu kepada Malaysia – Malaysia Singapura adakah itu satu kebebasan?

Hari ini siapa tuan? Hari ini siapa dijajah? Kalau penjajahan yang kita lalui terdahulu tidak melibatkan pertumpahan darah dan kemerdekaan yang diperjuangkan, diomongkan tidak melibatkan pertumpahan apa mustahil hari ini kita dijajah semula tanpa melibatkan pertumpahan darah? Kita mungkin ghairah melaungkan kemerdekaan tetapi adakah tidak mustahil kita kini dijajah semula tanpa melibatkan pertumpahan darah tetapi pengorbanan maruah. Mana letak maruah bangsa kita selepas merdeka? Di mana kedudukan kita sebagai orang Melayu dalam Malaysia yang semakin maju dan makmur ini.

Kita telah 50 tahun merdeka namun ke mana arah kita. Ke hadapan atau ke belakang? Adakah kita khususnya Melayu benar – benar bebas? Adakah kita sudah merdeka dari segi ekonomi atau adakah kita sedang dijajah dari sudut itu? Berkenaan kuasa politik – adakah kuasa ini semakin hari semakin terkikis atas perjuangan demokrasi segelintir kaum di Malaysia? Mungkin juga Melayu kini beralih tuan dari dijajah oleh British kepada bertuankan segelintir Melayu Elitis mahupun oleh bangsa lain seperti Cina dan India?

Kegagalan DEB yang ada sudah cukup memberi isyarat bahawa kita Melayu gagal dalam merealisasikan perjuangan. Kegagalan DEB adalah kegagalan penyatuan dan formula Tun Abdul Razak menegaskan bahawa kegagalan DEB adalah satu kegagalan sosiopolitik yang mampu meruntuhkan keharmonian negara. Berdasarkan formula itu adalah tidak kita sedang menuju ke arah sesuatu yang tidak sihat.

Beralih tuan

Melayu kini sudah beralih tuan. Kita seakan dijajah semula. Ini bukan satu omongan kosong tetapi ia jelas dengan kegagalan kepimpinan Barisan Nasional dalam pelan induk Dasar Ekonomi Baru. Ini akan menjadi punca ketegangan sosiopolitik lantas amat memudaratkan. Adakah kita lupa pada pesanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan amaran beliau mengenai kegagalan DEB.

Hari ini, adakah salah kalau kita nyatakan bahawa Melayu kini beralih tuan. Kita tidak dapat membicarakan kemerdekaan kerana kita belum merdeka secara menyeluruh. Yang merdeka adalah Malaysia yang komposisinya melibatkan berbagai-bagai kaum dan hari ini kaum-kaum lain mahu berkongsi kuasa dan mahu menonjolkan bahawa kemerdekaan juga adalah inisiatif mereka kini sedang menuntut beberapa perkara yang melibatkan hak orang Melayu.

Ini bukan sesuatu yang perlu disorokkan. Cina dan India adalah penyumbang kepada kemerdekaan dan lantas kita perlu memberi ruangan yang lebih kepada mereka. Kita juga perlu menggadaikan hak kita kerana Chin Peng dan Rashid Maidin juga pejuang kemerdekaan yang unggul, kata mereka secara tidak langsung. Kita dituntut untuk memerdekakan diri dengan membuang hak keistimewaan agar kita boleh bersaing, tidak perlu bantuan dan berdiri atas kaki sendiri. Ini adalah perjuangan kaum alaf baru. Ini adalah serangan kepada ketunanan Melayu yang ada selama ini.

Demokrasi amat benci kepada adanya hak – hak keistimewaan, kata mereka. Kita harus tanggalkan hak tersebut dan kita perlu memulakan sesuatu yang khususnya untuk mengembalikan kemerdekaan dari pandangan alaf baru. Kita perlu bersatu dan kita perlu adil. Kita tidak mahu ada lagi hak keistimewaan kerana itu adalah diskriminasi. Kita perlu hapuskan sekatan yang ada, tidak ada lagi terma bumiputera dan bukan bumiputera, kebebasan beragama dan keluar dari agama perlu ada bagi menghormati hak kemanusian. Ini semua perjuangan baru. Perjuangan yang mahu meningkatkan erti demokrasi tetapi tidak mahu memikirkan erti keharmonian.

Kita sudah beralih tuan. Melayu kini terjajah secara tidak langsung. Kuasa politik kita kini dicabar hebat. Hak Melayu yang dipersetujui juga mahu di hapuskan. Kita teruja lantas melakukan perubahan kerana tuntutan kita kini bukan politik untuk berbakti tetapi politik untuk diri. Apa sebeanrnya alternatif yang ada? Adakah kita mampu menahan cubaan penjajahan baru ini dengan air liur tanpa kehebatan orang Melayu dalam perekonomian bangsa. Mampukan kita pertahankan serangan penjajahan sekiranya kita sendiri terbelenggu dengan kekuatan kewangan bangsa lain. Kita terikat dengan penjajahan bentuk baru. Kita sekarang ini sedang berada dalam delima. Kita lupa mengenai keperluan sosiopolitik yang mencabar kita dalam bentuk berbeza. Maka kita akhirnya sepatutnya mengerti siapa tuan kita dalam negara Tanah Melayu.

Hari ini, kalu dilihat dari apa yang pernah dikatakan oleh Datuk Onn Jaafar - satu gambaran gelap akan berlaku kerana Melayu terlena dengan kuasa politik seakan berlaku. Kita sedia maklum bahawa kuasa-kuasa ekonomi merupakan senjata penjajahan baru dan adakah senjata itu sedang diacukan ke arah kita ? Kita tidak mahu kali ini kita menggariskan secara terbuka serangan yang bakal kita hadapi kerana ini akan menaikkan isu – isu yang dikatakan sensitif. Namun siapakah tuan kita sekarang ini? Siapa memegang ketuanan bumi Malaysia hari ini? Di manakah kedudukan kita sekarang ini?

Moga – moga kita sedar bahawa kemerdekaan khususnya orang-orang Melayu hanyalah kemerdekaan beralih tuan dan kita sedang dijajah, bakal dijajah terus dijajah oleh kerana Melayu itu sendiri.