Wednesday, July 26, 2006

Hentikan dan bukan tangguh

Hentikan segera ! Ini adalah petikan dari NST mengenai saranan Pak Lah agar pihak - pihak yang terlibat dalam mempromosi IFC. Apakah saranan ini cukup kuat untuk mereka memberhentikan aktiviti mereka dalam usaha untuk terus menjayakan harapan penubuhan suruhanjaya tersebut.
Kenyataan Pak Lah sepenuhnya adalah seperti berikut:
The Prime Minister said the Cabinet had already decided to postpone the setting up of the commission. "I don’t know why this group of people have to carry out activities related to it. It is creating unnecessary problems. The Government will, in the near future, make an announcement on the Inter-Faith Commission," he added. nst 26/07/2006
Adakah penangguhan itu memadai untuk menghalang perkara ini untuk berulang lagi? Pak Lah perlu bertindak lebih tegas kerana perkara ini akan timbul setiap kali ada insiden yang membabitkan penukaran agama khususnya isu murtad. Isu penanggungan ini telah juga diutarakan oleh Mufti Perak sewaktu beliau bertemu dengan Pak Lah. PENANGGUNG TIDAK MEMBAWA BERMAKSUD PEMBATALAN. Ini seolah - olah memberi harapan untuk IFC ditubuhkan kelak.
Pak Lah juga dalam kenyataan di TV3 mengatakan bahawa UMNO seboleh - bolehnya tidak mahu IFC ditubuhkan. Ini juga memberi indikasi yang IFC boleh ditubuhkan.
Secara terbuka, Pak Lah perlu menyatakan dengan tegas dan bukan meniti atas kata - kata penangguhan dan seboleh - bolehnya.


Thursday, July 13, 2006

Pak Lah letak jawatan


Email diterima : Dengan keriuhan persengketaan Pak Lah dan Mahathir kemungkinan pemergian Pak Lah untuk bercuti ke Australia adalah untuk memikirkan soal meletak jawatan? Bagi sikit komen

Editor1 : Agak mustahil Pak Lah akan meletak jawatan kecuali Pak Lah benar - benar uzur. Dengan meletak jawatan ini akan hanya membenarkan kritikan Tun Mahathir terhadap isu yang dibawa. Saya tidak jangka ini akan berlaku dan sekiranya ada terlintas di minda Pak Lah ia akan segera dipadamkan oleh orang - orang terapat dengan Pak Lah termasuk Khalimullah dan Khairy sendiri. Ada pendapat lain