Thursday, February 16, 2006

Ezam berhenti berpolitik?

Ezam akan berhenti dari berpolitik - demikian katanya kepada Malaysiakini.com Ezam Mohd Nor pernah di penjara dan di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Beliau hebat memperjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim. Selepas di bebaskan Ezam terus senyap. Kehangatan gerakan reformasi tidak seperti sebelum beliau di bebaskan. Sebaik sahaja Anwar Ibrahim di bebaskan - gerakan reformasi lebih kaku. Beliau kemudiannya baru - baru ini menubuhkan GERAK - yang di ibaratkan oleh umno-reform sebagai meng-institusikan perjuangan dan helah untuk tidak lagi aktif dalam Pemuda dan Keadilan.
Hari ini diberitakan Ezam akan kembali hanya sebagai ahli biasa dalam PKR dan akan meninggalkan politik untuk berjuang dengan cara lain - "experimental" katanya. Apa pendapat anda? Apakah ini satu langkah permulaan untuk berjinak dengan UMNO?
Apa kata mereka yang hebat dalam gerakan reformasi. Selepas komen anda editor1@umno-reform.com akan mengulas secara keseluruhan mengenai Ezam Mohd Nor yang beliau kenali.

Wednesday, February 15, 2006

Rombakan Kabinet, simpulnya - ikut kata Pak Lah


Jam 2.45, penantian pengumuman Pak Lah mengenai rombakan kabinet hampa di depan kaca TV - saluran "Info - Entertainment" anda. TV3, siaran swasta yang menyiarkan pengumuman tersebut secara langsung dan bukan RTM 1.

Hari ini 14hb Febuari 2006, Zainuddin Maidin mengurus Kementerian Penerangan. Beliau dalam ucapan beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Menteri terdahulu kerana banyak mengajar beliau dalam memimpin Kementerian Penerangan. Sekiranya ini senarionya kemungkinan RTM tidak akan berubah - dan kekal dengan keadaan yang sedia ada. Kemungkinan tidak banyak dapat di pelajari oleh beliau. Bayangkan, insiden penting melibatkan pengumuman Pak Lah - tidak disiarkan secara langsung dalam RTM 1 - saluran Media Perdana negara ini.

Itu satu hal yang berbeza. Berita panas hari ini ialah mengenai rombakan kabinet yang telah di buat oleh Pak Lah. . Kami di hujani dengan SMS dan panggilan untuk bertanya apa komen kami terhadap rombakan kabinet. Amat tidak kami jangka bahawa komen kami mahu didengari oleh pelayar www.umno-reform.comAsas rombakan adalah untuk memastikan perkhidmatan kerajaan berganjak - dari satu tingkat kepada satu tingkatan yang lebih memuaskan. Seharusnya tiga perkara utama menjadi asas bagi digandingkan dengan ilham Pak Lah untuk memulakan langkah merombak kabinet beliau.
  • Evaluasi Pak Lah terhadap prestasi barisan kepimpinannya
  • Prestasi perkhidmatan dari segi suara rakyat
  • Pandangan dan suara - suara ahli UMNO


Mengambil kira perkara - perkara asas ini, maka ilham mengenai rombakan harus di padankan dengan realiti harapan perubahan dan arah tujuan rombakan. Sekiranya hanya untuk memenuhi kerusi akibat kekosongan maka perkataan rombakan adalah terlalu drastik. Sekiranya rombakan mahu di buat maka beberapa faktor lain perlu dimasukan bagi mengertikan perubahan agar ianya akan bergerak ketahap satu standard yang ditetapkan ( secara relatif) . Pergerakan kita menunju kearah standard inilah yang di nilai sebagai peningkatan kualiti dalam pentadbiran. Apakah ini satu rombakan?

Melihat dari satu sudut, penguguran beberapa Menteri khususnya Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Pelancongan menunjukkan ada usaha penilaian prestasi yang dilakukan. Namun pengekalan beberapa Menteri Kanan dan justifikasi untuk pengekalan Menteri Kanan tersebut tidak pula memberi indikasi yang serupa. Kenyataan Pak Lah berhubung dengan Rafidah Aziz hanya menunjukkan bahawa injeksi moral dalam kabinet tidak disertakan dalam penilaian rombakan kabinet Pak Lah. Ini juga dapat kita lihat dari pengekalan Datuk Seri Samy Vellu. Inkejsi moral ini perlu dibuat untuk memulakan satu kabinet baru - bersesuaian dengan imej pembentukkan Pak Lah sewaktu memenangi pilihanraya umum ke 11. Secara rambang - rombakan yang dinanti - nantikan adalah untuk melihat penyuntikan moral dalam kabinet Pak Lah namun kenyataan Pak Lah mengenai penetapan dan pengekalan Menteri Kanan hanya menunjukkan bahawa suntikan moral tidak diperlukan.

Apa yang jelas ialah satu bentuk re-konstruksi "struktur" dalam kabinet Pak Lah gagal kelihatan dan gagal menepati harapan, baik mereka dalam UMNO mahupun rakyat yang menanti perubahan tersebut. Membicarakan isu re-konstruksi "struktur" ini pasti akan mengambil masa yang panjang tetapi asas yang perlu kita lihat ialah kehadiran kementerian - kementerian yang sepatutnya hanya bertindak sebagai jabatan masih wujud. Ini akan menyumbang kepada masalah birokrasi dan selanjutnya kepada masalah rasuah yang semakin menular.

Injeksi moral

Suatu perkara yang di lihat agak penting ialah penyuntikan "moral" dalam kabinet Pak Lah. Kita faham dan menerima pengekalan menteri - menteri kanan sewaktu Pak Lah mula menerajui kuasa pemerintahan. Sungguhpun begitu, harapan perubahan pada rombakan kali ini adalah untuk menyaksikan penyuntikan keperluan penilaian moral dalam kabinetnya. Harapan bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih bukan lagi asas penimbangan dalam perlantikan kabinet tersebut. Ini benar - benar mengecewakan berbagai pihak khususnya mereka yang pernah menyaksikan menteri - menteri ini beraksi sewaktu pergolakan politik tahun 1998.
Persoalan moral mereka - prinsip mereka dan keprihatinan terhadap isu kecil rakyat menjadi pengukur dan harapan agar rombakan ini dapat menunjukkan bahawa ianya adalah salah satu ukuran penting untuk menyertai "feel good" kabinet Pak Lah.

Namun hampa. Jawapan Pak Lah mengenai lantikan Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Seri Rafidah Aziz seolah - olah menolak keperluan ini dan penolakan ini mengaburkan satu harapan perubahan baru dalam kabinet tersebut. Ini akan hanya menunjukkan kesinambungan pemerintahan Dr Mahathir kepada Pak Lah sungguh pun ada unsur - unsur perubahan secara asas tetapi tidak pada teras.

Kesimpulannya

Kita tidak tahu apakah ada formula atau pun Pak Lah tidak mengikut fomula yang ada - khususnya dalam kenyataan beliau pada Bernama 14-02-2006 bagi memberi justifikasi perlantikan Datuk Seri Azmi Khalid yang turut kalah dalam pemilihan Majlis Tertinggi seperti Datuk Abd Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Dr Shafei Mohd Salleh. Apa yang pasti ialah Pak Lah dalam kenyataan pada, Bernama melaporkan juag - "Mereka kena bergerak pantas, tidak ada masa untuk belajarlah," kerana itulah beliau membuat rombakan tersebut dengan menggugurkan, menaikkan dan mengekalkan beberapa pemimpin yang ada. Pak Lah mungkin terlepas pandang beberapa perkara lain yang perlu dalam menyenaraikan kabinet - baru/lama beliau. Simpulnya - ikut kata Pak Lah sahaja.

Monday, February 06, 2006

Tanah Melayu, Ketuanan Cina

Menjawab komen - komen dan artikel terbaru - Perjuangan Bangsa, Tanah Melayu Ketuanan Cina 11 klik sini
www.umno-reform.com dan pemilik blog www.arahkita.blogspot.com , saya berjanji akan menjawab segala yang telah diutarakan mengenai artikel saya " Tanah Melayu , Ketuanan Cina". Bagaimanapun saya memohon agar pelayar membaca keseluruhan artikel tersebut sebelum melemparkan tuduhan yang mampu mengusutkan keadaan. Saya sedia di temui dan mampu berbincang dengan sesiapa juga sekiranya di beri peluang dan ada kelapangan. Saya juga boleh di hubungi pada talian 012 -6544762 bagi menjawab segala persoalan sekiranya ada. Sekian dan Terima Kasih kepada semua yang memberi komen.
Anuar Mohd Nor
__________________
Ironis sekali melihat perjuangan bangsa kita Melayu. Bangkit dengan keris panjang - melaungkan perjuangan membela bangsa , mendesak hak - hak dan menjerit menuntut keistimewaan. Siapa yang sebenarnya pejuang, siapa yang sebenarnya berani mahu mengatakan kebenaran - siapa pula sebenarnya menjadi lawan dan saingan kita tidak pula diperjelaskan dalam kita meniupkan semangat kebangkitan Melayu.

Ini bukan satu artikel yang mahu meniupkan semarak api perkauman tetapi adalah penting untuk kita mengenalpasti siapa yang sebenarnya menjadi lawan dan saingan kepada Melayu. Sekiranya artikel ini berbau perkauman maka se akan pasti penulis akan berdepan dengan penahanan - di penjarakan oleh kerajaan Melayu sendiri terhadap seorang Melayu yang hanya mahu mengupas kemelut Melayu seperti yang dikatakan oleh Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Atas alasan ini kita diharuskan berbicara di antara garis - garis barisan ayat , berusaha menceritakan realiti sebenar kedudukan Melayu, dalam kelambu - berbisik kerana tidak mahu tertakluk menyalahi apa - apa peruntukan perundangan yang terkandung dibawah Akta Hasutan. Akhirnya penjelasan kita kepada bangsa kita mengelirukan, kita akhirnya kembali membohongi diri kita sendiri.

Bukankah pelik bila kita melaung-laungkan slogan Melayu kita dalam bahaya, bangsa kita tersisih ke tepi, bangsa kita mundur, bangsa kita dikhianati, bangsa kita ketinggalan di tanah sendiri tetapi kita tidak berani mengatakan secara jujur dengan siapa kita berlawan - dengan siapa kita bersaing - siapakah yang mencabuli hak kita - siapakah yang mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu - siapa yang mencemar daulah Islamiah - mencabar peruntukan perlembagaan dan undang - undang syariah dan siapa yang sedang menjadi tuan dan siapa menjadi hamba di negara ini.

Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang - orang Melayu dalam apa bidang sekali pun? Terkejutkah kita bila kita menyebut realiti dan hakikat ketuanan Cina semakin berkembang - ketuanan Melayu masih terkongkong dengan keris panjang yang akan di balut setelah gagah berbicara pada sidang - sidang media dan dewan - dewan tertutup.

Tidak ! Kita tidak boleh menyebut ketuanan Cina - ini provokasi namanya. Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu juga provokasi ! Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut - memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu - keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini.

Satu perjuangan yang mengelirukan. Perjuangan menentang siapa? Siapa musuh kita? Siapa lawan kita? Apakah kita berjuang menentang bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain.

Apakah kita berjuang menuntut agar perlembagaan kita digubal semula untuk memperuntukkan hak keistimewaan orang - orang Melayu?

Apakah kita berjuang sesama Melayu sendiri atau lebih tepat lagi dengan hipokrasi kepimpinan Melayu?
Mengenai peruntukan fasal - fasal dalam Perlembagaan Persekutuan:

(3) Islam sebagai agama rasmi persekutuan di cabuli haknya oleh orang - orang cina atau lain - lain bangsa?

(32) Apakah kedudukan raja - raja Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan bangsa -bangsa lain?

(38) Apakah kuasa peruntukan Majlis Raja -Raja berhubung dengan daulah Islamiah di cabul oleh kaum Cina dan bangsa - bangsa lain di Malaysia?

(152) Apakah penggunaan bahasa Melayu di tentang - cuba dihapuskan oleh bangsa Cina dan bangsa - bangsa lain?

(153) Apakah hak keistimewaan orang - orang Melayu dicabar oleh bangsa Cina dan lain - lain bangsa di Malaysia?

Secara amnya, apakah perkembangan sedia ada dicabar - dicabul, ditentang dan dirampas oleh bangsa - bangsa lain khususnya Cina. Apakah jawapan kepada persoalan ini - tepuk dada tanya selera?
Perjuangan ini benar - benar mengelirukan. Kalau kita lihat perlembagaan , sudah cukup lengkap peruntukan dan fasal - fasal seperti 3, 32, 38, 152, dan 153 untuk menjaga hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu tetapi mengapa Cina juga yang maju .

Ketuanan Melayu mati - sekarang ketuanan Cina

Jangan terkejut kalau kita didepankan dengan kenyataan Tanah Melayu - Ketuanan Cina? Kenapa kita perlu gusar - kenapa kita perlu menganggap itu satu kenyataan berbau perkauman - kenapa kita katakan ini adalah satu usaha menghasut? Apakah kita tidak pernah sedar bahawa ketuanan harus datang dengan kuasa dan kuasa dalam negara ini adalah satu komoditi yang boleh diniagakan lantas memberi satu indikasi yang kukuh bahawa kuasa hadir dari pegangan ekonomi yang kukuh dan pemilikan yang padu - yang mampu membentuk satu ketuanan. Apakah ini bukan realiti kehidupan dan apakah kenyataan ini berbentuk hasutan.

Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu / Bumiputera yang tidak sampai 10% yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? Apakah pemilikan equiti oleh bangsa lain khususnya Cina melebihi pemilikan Melayu tidak juga menyedarkan kita bahawa ketuanan kita telah berubah dari ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina? Tidak sedarkah kita bahawa pegangan majoriti perniagaan - pemilikan tanah di bandar - bandar besar negara ini pasti menunjukkan siapa tuan dan siapa hamba? Apakah salah akhirnya kita secara ikhlas mengakui - Tanah Melayu - Ketuanan Cina?

Hari ini kita digesa berjuang - melawan entah siapa - bertanding dan bersaing dengan entah siapa? Kita hanya diberitahu Melayu Dalam Bahaya. Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita perlu berjuang - kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada.

Kita terus digesa berjuang - ketuanan Melayu masih lagi menjadi satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita? Apakah kita perlu menentang bangsa Cina untuk memulihkan ketuanan Melayu? Apakah kita perlu bersaingan dengan cina untuk menentukan kuasa seterusnya menjadi tuan kembali di negara ini? Dengan siapa harus kita berjuang? Apakah kita perlu merampas kembali hak - hak kita yang telah di rampas oleh kaum Cina?

Hak Melayu di rampas oleh Cina?

Perjuangan se olah - olah dihalakan kepada menuntut kembali hak - hak Melayu, menuntut kembali pegangan ekuiti, menuntut pegangan ekonomi dan mengembalikan ketuanan Melayu. Ini di bicarakan - sebagai perjuangan. Apakah kaum Cina sudah merampas hak - hak keistimewaan Melayu dan bumiputera seperti yang di peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan? Apakah kaum Cina sudah merampas pegangan ekonomi orang - orang Melayu?

Cina kini memiliki pegangan ekonomi yang lebih kukuh dari Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar - pemilikan hartanah bandar dan pemilikan perniagaan yang jauh lebih baik dari Melayu. Cina sudah melangkah jauh sedangkan Melayu masih di situ. Dengan pegangan ini - apakah tidak ketuanan Melayu kita wajar diganti dengan ketuanan Cina? Apakah mereka sebenarnya merampas?

Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikkan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh - sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lain mereka tahu membezakan antara isu dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun.

Kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana

Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita ghairah memperjuangkan pegangan ekonomi yang akhirnya balik kepada kaum - kaum lain Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.

Salah siapa?

Hak Keistimewaan Melayu sudah terkandung dalam Perlembagaan. Kuasa Kepimpinan Kerajaan di tangan orang - orang Melayu dan kita seperti mana peribahasa Melayu menasihati " terpulanglah - diracit halus - halus lah ia " . "Pisau di tangan kita" kenapa lain jadinya. Apa sebenarnya sedang berlaku. Apakah Ketuanan Melayu dikhianati oleh Melayu sendiri. Siapa dan mengapa?
Anuar Mohd Nor
012-6544672