Wednesday, January 25, 2006

Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia

Apakah terbuka pintu Murtad Di Malaysia Mahkamah Syariah telah berjaya menunjukkan keadilan bukan sahaja kepada mereka yang beragama Islam malah kepada mereka yang bukan beragama Islam. Itulah antara komen yang diberikan oleh kepimpinan kita dalam isu nyonya Tahir.
Kritikan isu Mohamad Abdullah @ Moorthy mungkin reda setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan untuk kes Nyonya Tahir. Alasan menyeluruh keputusan kes beliau belum kami terima lagi tetapi antara yang terkandung dalam media adalah surat wasiat beliau, pernah memohon untuk menukar nama dalam Kad Pengenalan dan sejak kecil tidak mengenali Islam.
Alasan ini seolah membawa kemenangan. Pak Lah jturut mengatakan keputusan itu menunjukkan Mahkamah Syariah tidak prajudis dan telah mengambil kira fakta - fakta yang ada. Apakah keputusan mahkamah bagi isu Nyonya Tahir memungkinkan - pembukaan pintu untuk permohonan murtad dalam negara ini.
Institut Pengembelingan Dan Pembangunan Komuniti di bawah Muhfuz Omar gusar kerana isu murtad - antara membolehkan dan menidakkan masih kabur dan memerlukan satu penjelasan definisi yang menyeluruh. Kes Nyonya Tahir ini akan jadi "precedent" dan setakat ini penjelasan harus di buat dengan lebih menyeluruh lagi agar "precedent" ini tidak disalah pakai untuk tujuan membolehkan sesiapa untuk murtad dengan lebih mudah lagi.
Majlis Raja - Raja selaku Ketua Agama Islam negara ini harus bertindak untuk menggariskan secara terperinci isu murtad dalam negara kita ini. Peruntukan undang - undang perlu jelas kerana kita tidak mahu melihat apa yang timbul dari penghakiman ini adalah timbulnya satu sistem bagi memudahkan orang - orang Islam untuk keluar dari pegangan Islam atau murtad.
Kita tidak seharusnya leka dengan keputusan Mahkamah Syariah sehingga kita lupa - wujudnya kemungkinan "precedent" ini melunaskan antara tuntutan yang telah digariskan oleh Inter Faith Commission Adalah lebih baik kita bertindak untuk menentukan peruntukan - peruntukan perundangan dari sudut Syariah dalam soal ini dengan mengambilkira dua keputusan Mahkamah Syariah baru - baru ini. Kita tidak mahu jalan untuk Murtad di buka secara tidak langsung oleh Mahkamah Syariah sendiri dalam usaha untuk memberi keadilan kepada Nyonya Tahir.
Apakah tidak keputusan ini memberi ruang untuk memudahkan murtad? Apakah dengan adanya wasiat, membuat deklarasi bersendirian sudah cukup untuk membolehkan seorang itu bertindak untuk murtad. Sedang Islam memandang serius mengenai isu murtad ini , kita sudah cukup bergembira dengan keputusan yang belum memberi gambaran keseluruhan mengenai isu murtad ini khususnya dari sudut perundangan. Mereka yang arif sila kemukakan pendapat anda.

Monday, January 23, 2006

Suruhanjaya Antara Agama

Benarkah Suruhanjaya Antara Agama - atau badan seumpama itu akan diwujudkan sebagai ganti kepada isu pindaan 121 (1A) perlembagaan persekutuan yang tidak akan di pinda menuruti keputusan Pak Lah? Apakah bentuk badan ini sekiranya di tubuhkan kelak?
Apakah mereka akan bersidang untuk membincangkan kewajaran hukum hakam Islam dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan masyarakat berlainan agama di Malaysia ? Apakah itu satu kompromi, syarat penarikan memorandum yang diserahkan kepada Pak Lah oleh menteri - Menteri Bukan Islam?
Terdapat ura - ura bahawa Suruhanjaya Antara Agama atau satu badan yang agak serupa akan di bentuk bagi tujuan menentukan - menyelesaikan masalah pertindihan antara Islam dan agama - agama lain di Malaysia. Apakah sekali lagi kita bertolak dan beransur terhadap desakan keagamaan? Apa pendapat anda

Cabar Islam

Mereka cabar keluhuran perlembagaan - kenapa dipersoalkan tradisi dan budaya?
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1@umno-reform.com
Apakah sebab utama kumpulan 10 ini melanggar tradisi bagi menggesa agar Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan itu di pinda? Apakah mereka mencabar KELUHURAN PERLEMBAGAAN ? Apakah mereka hanya memperjuangkan keluhuran agama mereka sekali gus mencabar keluhuran agama rasmi negara ini - Islam? Mereka pasti sudah mengkaji dan tahu apa implikasi yang akan berlaku sekiranya Artikel 121 (1A) di pinda. Sekiranya di pinda kesan utama adalah pada perundangan Islam dan ini akan secara langsung melibatkan agama Islam itu sendiri.
Namun mereka sanggup - mereka hadir mengenepikan tradisi atau budaya dalam kabinet demi usaha mereka untuk meniriskan kuasa Mahkamah Syariah lantas mempersoalkan rukun - rukun dan ketetapan yang telah di peruntukan oleh Agama Islam itu sendiri. Ini dilakukan demi memurtabatkan agama dan budaya mereka. Mereka percaya sekiranya kekuatan mereka dapat disatukan ini tidak mungkin akan mengugat kedudukan mereka dalam kerajaan dan Pak Lah tidak akan berani mengugurkan sekali gus kesemua 10 orang Menteri yang hadir memperjuangkan agama dan budaya mereka. Mereka yakin kerajaan yang ada sekarang melakukan diskriminasi terhadap agama mereka melakukan tuntutan. Mereka hadir menuntut dan mereka bersama - sama sepakat dalam perjuangan ini.
Sedang mereka berjuang untuk keluhuran agama mereka - budaya mereka - bahasa mereka, kita dalam UMNO apabila di temubual oleh media-media tempat menceritakan mengenai cara dan budaya mereka menghantar memorandum tidak kena dan gagal melihat - INPATI TUNTUTAN MEREKA.
"Tidak manis" - kata Timbalan Perdana Menteri, Exco Pemuda (Imam Besar Bersara) Ustaz Firdaus Ismail berkata " ini bukan tradisi kita, ini kerja pembangkang dan kenapa di budayakan dalam kabinet" dan Datuk Noraini Ahmad, Ketua Puteri pula berkata " ini cara orang tidak sopan".
Kepimpinan UMNO seperti sedia kala , tradisinya, budayanya akan berlumba - lumba mengeluarkan kenyataan setelah Pak Lah mengatakan bahawa Artikel 121 (1A) tidak akan di pinda. Ini membuatkan Datuk Najib tergaman - kerana sebelum ini beliau pernah mengatakan bahawa Artikel itu akan dibincangkan untuk di pinda bagi mencari jalan yang sebaik mungkin untuk semua. Klik Sini untuk membaca temubual dan kenyataan Najib dalam Islam On Line. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas Pak Lah mengeluarkan keputusan mengenai Artikel 121 (1A) pula berkata " unsur desakan tidak boleh di terima khususnya sekiranya ini melibatkan agama Islam dan Datuk Nazri pula menceritakan tentang sensiif Melayu dan Islam.
Malu - pemimpin Melayu / Islam UMNO tidak mendahului dalam isu agama dan bangsa
Persoalan utama adalah cabaran mereka kepada Islam - mengugat sensitiviti Melayu dan bukan media penghantaran. Tidak kira sekiranya memorandum itu di faks, di hantar melalui email dan SMS tetapi intinya adalah cabaran mereka dan usaha mereka dalam meniriskan keutuhan agama Islam itu sendiri. Soalnya perjuangan mereka yang sebenarnya mencabar keluhuran perlembagaan - soalnya mereka mahu mencampuri undang - undang Islam dalam Mahkamah Syariah dan mempersoalkan ketetapan hukum dalam agama Islam itu sendiri. Itu persoalannya dan mereka sudah menunjukkan bahawa mereka bersatu tetapi kita lain pula bicaranya.
Sebenarnya bagi mereka yang dapat memahami , melihat dan mendengar dengan sempurna - jelas kalangan kepimpinan kita bersikap individualisme - mencabul amanah kehadiran mereka sebagai wakil - wakil rakyat negara ini. Lebih memalukan mereka lebih menjaga kedudukan dan pangkat mereka dari menjaga kedudukan agama Islam - kedaulatan Melayu atau apa yang kita "gah" memperkatakan sebagai ketuanan Melayu. Dari awal kita dalam UMNO bisu bila ada isu - isu mengenai Suruhajaya Antara Agama mahu di tubuhkan. Dari awal kita melihat sekumpulan aktivis Cina mencabar kepentingan dan hak orang - orang Melayu (Suqiu) tetapi kita terus mendiamkan diri kecuali beberapa kerat antara kita yang bangkit bersama - sama Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Naib Ketua Pemuda UMNO sewaktu itu. Kita tidak berani melangkah demi menjaga keselamatan diri dalam politik. Semuanya diserahkan kepada Perdana Menteri dan sekiranya Perdana Menteri membuat kenyataan maka tumbuhlah cendawan kenyataan dari mereka - melenting - lenting membicarakan isu - isu ini.
Saya teringat lagi mengenai perjuangan pembangkang khususnya DAP dalam usaha menghapuskan Tol Cheras. Kebanyakan pemimpin kita membelakangi rakyat dengan menceritakan kepentingan dan keperluan mengadakan TOL. Namun setelah umumkan bahawa TOL CHERAS akan di hapuskan, kita dalam UMNO dan dalam MCA berpesta di depan tol seolah - olah perjuangan kita sudah berjaya.Samy Velu hadir pada waktu itu di sambut oleh kita dalam UMNO dan MCA sebagai wira menghapuskan TOL Cheras.
Kontrak sosial kedua : Sujudnya ketuanan Melayu kepada ketuanan Cina dan bangsa asing
Zainur Zakaria ( peguam yang membentangkan kerta kerja ) dalam Kongress Kepentingan Melayu anjuran beberapa kepimpinan NGO Melayu - termasuk GPMS mengatakan bahawa kejayaan menuntut kemerdekaan bukan hasil dari kontrak sosial dan kontrak sosial bukan wujud sebagai tawar menawar untuk mendapatkan kemerdekaan. Hak - hak Melayu telah diperuntukkan jauh sebelum merdeka dan beliau menyatakan ini berdasarkan ketetapan Suruhanjaya Reid. Namun hari ini kita lihat hak - hak orang Melayu semakin tiris - mengecil bukan kerana di cabar tetapi sikap kita yang memberi. Kita mengorbankan hak - hak kita secara percuma dengan alasan mahu bersaing dalam era global dan mahu masyarakat glokal. Kita sendiri dengan rela hati - biar apa pun alasan lain tetap menjurus kepada kehilangan hak kita sebagai orang - orang Melayu.
Mungkin apa yang terjadi tahun 1999 dahulu ialah UMNO telah menandatangi Kontrak Sosial Kedua untuk mendapatkan sokongan dari kaum lain untuk memastikan mereka terus memerintah. Kontrak sosial kedua ini pasti ada kaitan dengan pilihan raya 1999 sewaktu UMNO tercabar kuat dan sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa perkara ini diakui oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia dahulu sewaktu program Melayu Dalam Bahaya yang dianjurkan oleh Sekretariat Melayu Muda. Sekali lagi apakah kita menjual hak - hak kita kepada bangsa lain untuk meraih undi pada masa itu?
Setakat ini kita lihat banyak keistimewaan Melayu digadai dan kita akhirnya akan merempat di sana - sani mencari jalan keluar. Kita menuruti kontrak sosial kedua dalam isu - isu seperti meritokrasi, penubuhan Universiti UNITAR , membenarkan bangsa asing dalam Maktab Rendah Sains Mara dan sebagainya. Baca artikel Prof Dr Awang Sariyan
Ini jelas kelihatan seperti kita melunaskan satu demi satu tuntutan Suqiu untuk kepentingan diri dalam terus menggenggam kuasa. Apakah sebenarnya kita telah membuat kontrak sosial kedua ini. Kontrak sosisal kedua ini mungkin di tandatangani ( secara relatif ) bukan untuk mencapai kemerdekaan - seperti teori awalnya tetapi untuk UMNO terus memegang kuasa - dengan menggadaikan hak keistimewaan Melayu.
Pak Lah - yang membuka dan menutup
Insiden ini - kebangkitan orang - orang Islam dalam menentang sebarang usaha untuk meminda Artikel 121 (1A) tercetus dari kenyataan Pak Lah yang mahu membincangkan pindaan - sokongan Najib dalam beberapa kenyataan beliau, kononnya akan berbuat yang terbaik untuk memuaskan semua pihak dalam meminda artikel tersebut dan akhirnya mengakibatkan 10 Menteri bukan Islam menghantar memorandum kepada Pak Lah sehingga Pak Lah menutup kembali luka itu dengan mengatakan pindaan tidak akan dilakukan. Namun luka masih berdarah lagi. Kita dapat melihat ada kumpulan - kumpulan mereka yang masih akan memperjuangkan isu - isu ini.
Bagi www.umno-reform.com - gelagat kepimpinan UMNO khususnya Pemuda yang sewajarnya melakukan sesuatu dengan keris yang dijulangnya senyap - hanya timbul bila setelah Pak Lah mengumumkan tidak ada sebarang pindaan perlu dibuat.
Bagi 10 mereka yang telah menghantar memorandum dan telah kini menarik balik memorandum tersebut - kita tahu dimana letak hati budi mereka. Mereka mencabar Islam itu sendiri.

Tuesday, January 17, 2006

Tercabarkah Islam ?

Tercabarkah Islam ,Asimilasi agama, natijah di sebaliknya
Anuar Mohd Nor
012-6544762

Bagi memastikan ianya menuruti apa yang di sarankan oleh Perdana Menteri Malaysia maka " Inter - Faith Commission" harus di wujudkan kata Malik Imtiaz Sarwar, seorang peguam yang merupakan Jawatankuasa Penggerak Badan tersebut dalam Majlis Peguam Malaysia.

Tujuan asas yang dimaklumkan adalah bagi menyeragamkan pendekatan keagamaan dan bertindak khususnya kepada perkara - perkara yang melibatkan hak asasi kemanusiaan dan sistem perundangan yang bertindih antara agama. Secara mudah ianya seumpama Badan Perhubungan Agama yang akan membincangkan isu -isu keagamaan bagi menyelaraskan kefahaman dan pendekatan keagamaan yang berbeza dalam Malaysia.

Di beritakan bahawa Suruhanjaya Perhubungan Keagamaan ini akan di bawa untuk penubuhan formal ke parlimen bagi mendapatkan status yang sama dengan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Sebenar ini bukan kali pertama www.umno-reform.com memaklumkan tentang kehadiran badan - badan bukan kerajaan Malaysia yang bertindak atas paksi menyeragamkan kedudukan intipati agama - agama dunia untuk di jadikan satu bentuk pegangan kolektif yang meluhurkan nilai - nilai murni kehidupan tetapi mempunyai motif lain di sebaliknya.

www.umno-reform.com dalam membicarakan isu sebelum ini MENDAKWA bahawa asas asimilasi semua agama yang di cantumkan adalah bagi mengurang mampatkan "faith" atau pegangan Islam dan mengenengahkan asas prinsip agama baru dengan nilai kemuliaan semua agama untuk dijadikan pegangan agama global. Hakikatnya atur cara agama dunia baru yang mula menjadi agenda pokok badan - badan dunia khususnya mereka yang asasnya beragama Kristian yang kini bertapak di Malaysia bagi kami amat mencurigakan.

Bagi kami kalau nilai - nilai dan pegangan norma kehidupan yang berasaskan keadilan atau meneliti kata pegangan nilai seperti - jangan lakukan apa yang anda tidak mahu orang lain lakukan kepada anda (slogan pegangan oleh kumpulan yang mahu mewujudkan Badan Penyelaras Agama ini) maka pembabitan entiti agama itu sendiri tidak perlu. Kalau nilai murni agama itu mahu di cakup dan dijadikan asas pegangan kenapa perlu kita membabitkan penukaran asas agama kita itu sendiri ?

"Global Religion" tidak perlu wujud dalam erti kata mahu membuat dasar asas agama baru yang akan sebenarnya membahaskan Agama Islam itu sendiri khususnya di Malaysia. "Council for the Parliment of world religion" telah mengemukakan garis -garis asas pegangan yang melibatkan nilai - nilai murni yang setiap agama telah melakukan simposium mereka tahun sudah di Malaysia di bawah Badan Kristian Demokrat Germany - yang mengelar pertubuhan mereka sebagai Konrad Adenauer Stiftung. Konrad Adenauer Stiftung ini telah menyerap masuk ke dalam negara ini dengan tujuan bagi mempromosi asas keperluan demokrasi dan kebebasan media. Tujuan asal ini tidak akan menjadi bahan kritikan kami malah kalau hanya agenda ini yang ada maka www.umno-reform.com pasti akan menyokong. Namun perubahan mereka dalam mempromosi agenda agama dunia dengan kekuatan asas pegangan mereka pada agama Kristian - amat mencurigakan kami. Agenda Agama Dunia ini telah di bukukan khas oleh Interfaith Malaysia Network - satu badan bukan kerajaan Malaysia dengan kerjasama Institut Kajian Dasar dan semua perbelanjaan kos ini telah di biaya oleh Konrad Adenauer Stiftung.

Bagi kami ianya hanya bertujuan untuk menyarankan agar Islam khususnya untuk melepaskan mana - mana kandungan keagamaan dalam Islam yang di katakan oleh mereka sebagai terlampau ekstrem mengikuti definisi mereka sendiri. Ini bagi kami adalah strategi asimilasi bagi mencairkan kemampatan pegangan agama bagi membolehkan dakyah - dakyah baru meresap dan mengaburi erti Islam malah mencemar konsep Islam Hadhari yang menjadi agenda Malaysia ketika ini.

www.umno-reform.com pada asasnya menolak Suruhanjaya Penyelarasan Agama di bentuk yang dikatakan separa dengan Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia.

www.umno-reform.com juga menyarankan agar usaha Global Religion yang menarik dari segi intipati tetapi mencurigakan dari segi penekanan serta perlaksanaan di teliti dan semua penerbitan mengenai erti agama sejagat ini di pantau oleh kerajaan Malaysia.

www.umno-reform.com juga menyarankan agar siasatan di buat ke atas 2 media utama Malaysia yakni Sin Chew Jit Poh dan The Star yang di katakan sebagai "partner" oleh Konrad Adenauer Stiftung ( rujukan http://www.kas-asia.org/Partners.htm Konrad adenauer Stiftung)

www.umno-reform.com mencadangkan bahawa kehadiran Konrad Adenauer Stiftung di Malaysia beralamat :

Peter Schier Suite
18.1 Level 18 ,
Menara Genesis 33,
Jalan Sultan Ismail 50250
Kuala Lumpur MALAYSIA
Tel.: 60 3 2713 73 21Fax: 60 3 2713 73 20

di pantau serta aktiviti dan strategi asimilasi agama yang di buat mereka di teliti.

www.umno-reform.com menegaskan bahawa tidak ada dalam agenda kami menolak sebarang kebaikan - kebebasan beragama dan kebebasan media tetapi strategi asimilasi yang bertujuan untuk mencabar agama Islam amat kami tentang.

www.umno-reform.com turut meragui www.malaysiakini.com yang kini dikatakan sedang melobi Konred Adenauer Stiftung atas alasan "free press" tetapi terpaksa mempromosikan isu agenda agama dunia ini.

Kami turut menolak bahawa Konsep Islam Hadhari dan kehendak Pak Lah adalah sebab penubuhan Suruhanjaya Penyelarasan Agama ini dicadangkan dan mahu dilaksanakan. Sekiranya mereka jujur maka tidak ada sebab untuk kita menolak tetapi kecurigaan pengasas dan dana penggerak untuk mereka menyebabkan kami dalam www.umno-reform.com MENOLAK sepenuhnya agenda yang kami rasakan jahat dan bertujuan untuk memecahkan saf - saf mereka yang beragama Islam itu sendiri.

Pihak www.umno-reform.com dengan itu menggesa bahawa pertubuhan NGO rakan www.umno-reform.com bertindak untuk memulakan diskusi dan penilaian bagi membincangkan isu asimilasi agama Islam dan khususnya cabaran yang di buat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sunday, January 15, 2006

Isu Metramac - pekong siapa terbuka?

Laporan media New Straits Times Malaysia
Isu Metramac membuka banyak persoalan yang menunjukkan beberapa kepincangan bukan sahaja pada sistem tetapi kepada pengurusan sistem khususnya penglibatan kepimpinan politik. Isu - isu yang timbul dalam Metramac sebenarnya banyak membuka pekong kerajaan memerintah ketika itu dan isu pokok yang harus kita tanya, apakah dalam era kepimpinan Pak Lah sudah ada "perubahan."
Kes membuka penglibatan golongan Melayu yang kononnya bijak berniaga tetapi hakikatnya mereka mungkin merupakah proksi kepada orang - orang yang mempunyai kuasa. Ini juga menunjukkan bahawa Melayu bukan sahaja bersaing dengan bangsa lain dalam perniagaan tetapi bersaing dengan kepimpinan yang mengkhianati amanah yang diberikan.

Apakah perkara seperti ini harus didiamkan sahaja atau BPR harus membuka langkah segera dalam menangani bukan sahaja isu ini malah berbagai isu lain yang melibatkan rasuah. klik sini untuk memberi pendapat.
'They took RM32m'
V. Anbalagan PUTRAJAYA, Fri
Prominent businessmen Datuk Halim Saad and Anuar Othman siphoned RM32.5 million from a toll operator. By doing so, they could have been flirting with an aggravated form of criminal breach of trust, an offence which carries a maximum 20-year jail term with whipping and fine upon conviction.
This was the damning finding of the Court of Appeal which ordered Metramac Corporation Sdn Bhd to pay about RM65 million to a construction company in compensation for loss of advertising rights. The court ruled on the case yesterday but released its written judgment today. Judge Datuk Gopal Sri Ram also ordered Metramac to pay Fawziah Holdings Sdn Bhd all proceeds to be received under future contract. The case involved Datuk Fawziah Abdul Karim and her mother Maimon Bee, who were directors and shareholders of Syarikat Teratai K.G. Sdn Bhd, now known as Metramac.
In July 1986, Fawziah succeeded in obtaining a tender to design, construct and operate the privatisation of a number of roads, including one in Jalan Cheras. But toll collection was suspended in September 1990 after a demonstration at the Cheras toll plaza. As a result, compensation of RM764 million was payable by Kuala Lumpur City Hall to STKG. The then Finance Minister Tun Daim Zainuddin told the shareholders that the Government did not have money to compensate them. STKG was then bought over by Metro Juara for RM97.5 million. Halim and Anuar were the shareholders of Metro Juara. After this transaction, the Federal Government suddenly found the funds to compensate Metro Juara, or Metramac as it was known then.
Sri Ram said: "You may well ask how all this could have happened without the direct involvement of Tun Daim. It is also incomprehensible why the defendant, as it was constituted immediately before the takeover by Metro Juara, was not given this same financial support by the Federal Government."
He noted that at least two of the pre-takeover shareholders were either Government concerns or Government-assisted concerns. "I think that it is a fair question to ask why taxpayers’ money was channeled into the hands of two private individuals — to profit them — instead of a wider section of the general public. "It is not at all clear why the Minister of Finance used his power to favour Anuar Othman and Datuk Halim Saad."
For completeness, Sri Ram noted that Halim and Anuar had siphoned from the defendant’s account RM32.5 million. He said that he had asked the lawyer representing the company how this could have happened. "His reply was stupefying," Sri Ram said in his 52-page judgment. The judge said the counsel had submitted that Anuar and Halim, as shareholders paid this sum into Metramac’s account and were now reimbursing themselves.
"This answer overlooks the most elementary principle of company law," Sri Ram said, adding that shareholders of a company had no interest, legal or equitable, in the assets of their company. He said it was clearly wrong to treat even a private limited company with only two shareholders any different from any other company.
Sri Ram said an intentional misappropriation of such a company’s property, moveable or immoveable was a criminal breach of trust. He added if the misappropriation was done by directors as was the case here, it was an aggravated form of CBT.
"I must therefore be forgiven if I were to look askance at the counsel’s rationale for what was done in this case," he said.
Lawyers contacted by the New Straits Times today said that enforcement agencies can open an investigation based on a court’s decision.

Bak Kata Melayu

Mendefinisikan Pak Lah
Anuar Mohd Nor
012-6544762
editor1@umno-reform.com

Masih belum mendapat ilham untuk merombak kabinet, kata Pak Lah bila di temui oleh media – media arus perdana, apabila beliau tanya mengenai rombakan kabinet yang bakal dan dijangka akan berlaku. Persoalan mengenai ada atau tidak perubahan kabinet sebenarnya menceriakan media – media termasuk media nyamuk seperti kami di
www.umno-reform.com . Namun bagi www.umno-reform.com perubahan kabinet pasti akan berlaku, hanya masa dan keadaan sahaja yang akan menentukan. Sungguhpun begitu persoalan yang lebih utama bagi kami adalah penelitian mengenai erti dan matlamat perubahan kabinet tersebut. Perubahan tersebut semestinya mengambil kira beberapa evaluasi yang akan menguntungkan rakyat dan negara. Sistem merit perlu di kaji – prestasi mereka dalam kerajaan perlu di ukur sebelum pemilihan di buat. Kita tidak mahu melihat perubahan kabinet tersebut umpama –
Bak kata Melayu : Di jual sayak di beli tempurung - yang baru tidak berbeza dengan yang lama.
Perlantikan tidak seharusnya di buat atas landasan kepentingan politik peribadi semata - mata. Perlantikan yang hanya dibuat untuk mewujudkan saf –saf tertentu yang bakal dan mampu menjaga kedudukan politik individu sepatutnya dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap amanah rakyat. Pemimpin pula harus sedia bersama -sama rakyat mendengar dan memahami hasrat dan definisi kemakmuran. Kita sedar bahawa kepimpinan kalanya akan membuat keputusan - keputusan yang kurang popular – namun keterbukaan adalah asas penyelesaian yang paling baik dalam menimbang kehendak, kemahuan rakyat dengan keputusan berdasarkan keadaan dan kemampuan.

Bak kata Melayu : Di imbau berbunyi dilihat bersua – kalau kebenaran itu jelas tidak ada sesiapa yang akan membantahnya.
Namun senario itu berbeza dengan apa yang ada di depan kita sekarang ini. Isu rakyat - rumah peneroka kota dirobohkan, menaikan kadar cukai pintu, air elektrik hadir dengan penuh kontroversi sehingga kebajikan rakyat di paling lantas membentuk gambaran yang bukan – bukan mengenai pemimpin tersebut. Kita ambil isu merobohkan Kg Sg Udang Segambut. Penduduk meminta setidak – tidak berilah waktu setelah semua jalan rayuan terbantut, untuk berpindah yakni selepas peperiksaan anak – anak mereka – sewaktu cuti sekolah atau perbincangan masa yang paling sesuai.
Namun harapan untuk berbincang tarikh dan masa yang sesuai terbantut – pemimpin menjerit – serta bertindak dengan sombong sekali. . Akhirnya terbentuk satu gambaran tidak senang rakyat terhadap kepimpinan negara ini . Rumah terus dirobohkan – di runtuhkan dalam keadaan tegang dan akhirnya setelah 5 bulan tempat itu masih lagi terbiar dan belum ada sebarang kerja di lakukan ke atas runtuhan rumah mereka. Apa salahnya kita memberi waktu seperti yang di pohon – mereka akan tetap berpindah dan keadaan perpindahan agak lebih selesa.Berbalik kita dalam meneliti perubahan kabinet tersebut bagi www.umno-reform.com Pak Lah tidak perlu memberi justifikasi kepada media mengenai keputusan beliau sama ada mahu membuat rombakan atau tidak. Apa yang di pohon adalah sekiranya perubahan di buat biarlah ia
Bak kata Melayu : Di jemba – jemba bagai bersiang di hela surut bagai bertanam ( mengatur – atur sesuatu supaya baik ) untuk memakmurkan rakyat.

Pemimpin yang sentiasa perihatin kepada rakyat yang mampu mendefiinisikan erti sebenar kemakmuran rakyat adalah penting. Rakyat semakin terbuka kepada media – media alternatif lantas ini meningkatkan kesedaran mereka. Mereka akan berfikir dan mereka akan juga di bekalkan dengan perbagai perpektif yang berbeza. Oleh itu jawapan kerana cukai pintu itu sudah lama tidak dinaikkan sebagai justifikasi peningkatan adalah adalah satu jawapan yang tidak cerdik datang dari seorang doktor gigi yang semakin hari semakin kuat pengaruh di kalangan mereka yang akan mengundinya tetapi semakin hilang ciri – ciri kepimpinan rakyat. Menjarakkan diri dengan rakyat atau hadir hanya untuk terus menjadi tuan kepada rakyat sebenarnya sudah mencairkan erti pemimpin. Kita tidak mahu melihat orang - setelah diberi kuasa bertindak:
Bak kata Melayu : Gagak lalu punggur rebak – orang yang memperlihatkan kuasa dengan melakukan perbuatan tidak adil kepada orang – orang kecil (rakyat)
Perolehan kuasa inilah yang sentiasa melupakan dan menjarakkan mereka untuk terus berfikir merasai masalah rakyat khususnya rakyat miskin. Apakah sukar untuk kita membezakan yang mana satu pemimpin yang sebenarnya sentiasa memikirkan mengenai kebajikan rakyat dengan pemimpin yang mendefinasikan pembangunan atas rintihan dan air mata rakyat. Apakah sukar untuk Pak Lah melantik beberapa orang yang diluar senario politik untuk memberi input tanpa sentiment berkepentingan demi rakyat. Lihat sahaja keputusan – keputusan yang mereka buat untuk rakyat - menghadiahkan beras sekampit dua lalu di tayangkan melalui media sebenarnya adalah mereka yang mencari ruang publisisti melampau, tetapi keputusan membantu rakyat secara menyeluruh tidak ada. Perjuangan yang dituntut adalah dengan perubahan beberapa dasar – bertoleransi – membina rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum menghalau mereka – memudahkan dan berkompromi dalam pembayaran khususnya keperluan asas adalah keputusan – keputusan-keputusan yang menyebelahi rakyat. Apakah sukar untuk Pak Lah mencari orang -orang sedemikian untuk dipertimbangkan bagi membarisi barisan kepimpinan beliau? Namun apa yang ada adalah mereka yang membelakangi rakyat .

Bak kata Melayu: Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah : Menyusahkan orang – orang kecil (rakyat jelata) kerana mahu menyenangkan orang - orang besar – kapitalis
Lihat sahaja pemaju yang beria – ia di sokong oleh MPAJ – sanggup melihat penduduk kampong menderita kerana pemaju mahukan tanah penempatan Melayu itu dengan kadar segera. Apa salahnya kita bebankan pemaju untuk menyiapkan perumahan rakyat yang sedang terluka sebelum mereka dihalau dan dihapuskan seperti kita menghapuskan nyamuk aedes. Apakah rakyat hanya perlu untuk menaikan mereka sebagai pemimpin akhirnya setelah kuasa di perolehi mereka akan di butakan mata dan dipekakkan telinga – diperbodohkan supaya mempercayai bahawa kuasa adalah mereka dan mereka adalah kuasa. Pak Lah perlu ingat bahawa rakyat ada yang sedang luka – menangis merintih kepayahan. Mereka juga berusaha tetapi usaha dalam dunia Malaysia yang moden ini kita memerlukan kabel. Oleh yang demikian adalah perlu untuk Pak Lah memilih mereka yang jujur dalam memegang amanah untuk negara ini maju bersama – sama rakyat dan bukan negara maju rakyat menderita.

Bak kata Melayu : Dimana kelintung berbunyi di situ kerbau tinggal diam - dimana perintah yang baik di situ rakyat hidup aman dan damai dan ini memberi pengertian kepada kemakmuran rakyat dan negara.
Ini penting kerana kalau membicarakan mengenai kekayaan dari sudut stastitik maka statistik boleh di ubah. Tetapi sekiranya rakyat menderita – tidak ada wang untuk membiayai sekolah dan perubatan – tidak ada pengubahan statistik yang akan dapat membantu mereka.Kita perlu memberi perhatian kepada kemakmuran dan bukan membaca indek kemewahan negara ini di Utusan Malaysia atau berita Harian.
Akhirnya Pak Lah, sekira boleh ingin saya sampaikan satu lagi pesanan :
Bak Kata Melayu : Diindang di tampi teras, di pilih antah satu - satu –pilih lah barisan kepimpinan yang betul – betul dan jangan tersalah pilih